test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Wednesday, 11 March 2015

After 2nd attempts..... Oh my leche flan

Hari tu mrs pip seriously mengidam mau makan puding telur yg lebih dikenali sebagai leche flan untuk masyarakat Filipina....  Yg 1st try tu,  rasanya tidaklah menjadi sgt,  so mrs pip pun cuba 2nd attempts la kan....

And YES,  ianya menjadi...  SUPERB fantastic the taste! 




Mmg sungguh teruja bila mkn the puding,  rasanya sgt sedap seperti yg my late auntie buat...  Oh ya,  kalau mau tau cerita pasal puding ni,  klik klik la sini.... 

Puding ni serious giler senang ja mau buat... Bahan bahan pun senang ja mau dapat.... 

Ni bahan bahan nya

8biji kuning telur sahaja
2biji telur (whole egg) 
1tin susu cair IDEAL (boleh jerrr guna jenama lain) 
1/2tin susu krimer manis cap junjung (boleh jerrr guna jenama lain) 
5ml perisa vanilla
5sudu besar brown sugar (boleh jerrr guna gula biasa) 
30ml air

Cara membuat


Campurkan semua telur di dalam mixing bowl dan pukul sebati 
Masukkan susu cair,  susu manis dan vanilla di dalam campuran telur tadi,  pukul sehingga betul betul sebati


Kemudian panaskan loyang di atas api perlahan,  masukkan gula,  kacau hingga gula menjadi cair,  dan masukkan air dan kacau perlahan sehingga gula tadi benar benar cair
Matikan api,  dan masukkan campuran telur td ke dalam loyang yg ada gula ni...

Kemudian,  masukkan loyang ke dalam pengukus,  dan kukus selama 30 - 45 minit dengan api sederhana besar,  pastikan air di dalam pengukus cukup yer.... 

bila dah masak,  sejukkan seketika loyang td sebelum puding dikeluarkan dari loyang dgn cara menelangkup puding menggunakan piring
Kemudian,  sejukkan puding di dalam peti sejuk 
Dah cukup sejuk,  apa lagi.... Jom BON APETIT! 

photo from mr google,  tq

Lepas ni,  bolehlah cuba ya mak mak semua.... 


No comments:

Post a Comment

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017