test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Sunday, 29 November 2015

Resepi rice fritters yang senang dan sedap ... memang yummylicious!

salam semua .... hujung2 minggu macam ni, tambah tambah lagi dengan cuaca hujan, memang sedap kalau dapat makanan yang panas2 macam ubi goreng ka, pisang goreng ka, or whatsoever hot fritters giteww kan ....

so, siapa yang mau makan rice fritters??? eh eh, apa tu ???? alah, mcm kuih pulut goreng tu, cuma yang ni kita ganti dengan nasi biasa .... then tambah bahan2 sesuka hati yang berkenan dgn selera memasing ....


so, marilah intai2 resepi daripada mrs pip ... quite sometime juga mrs pip ndak upload resepi ... mrs pip ni bukan pandai memasak pon, setakat resepi orang malas yang simple simple tu bolehlah ... kekadang kita ni ada ja bahan2 tu semua dalam dapur, tapi malas sesangat mau fikir apa mau buat dgn semua bahan tu kan ...

Bahan - bahanya

1 gelas tepung gandum
beberapa helai daun bawang dihiris
semangkuk (saiz kecil) nasi 
1 biji telur
2 biji bawang merah dihiris halus dan digoreng
semangkuk (saiz kecil) labu kuning yang sudah direbus dan dihancurkan
gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya

1- Masukkan sedikit air di dalam mangkuk, kemudian pecahkan telur dan kacau
2- Masukkan daun bawang yang sudah dihiris dan bawang merah yang sudah digoreng
3- Masukkan tepung
4- Tambah air perlahan lahan dan kacau hingga adunan sedikit cair
5- Masukkan labu kuning
6- Masukkan nasi
7- Masukkan gula dan garam
8- Kacau adunan hingga sebati, pastikan adunan tidak terlalu cair, dan tidak terlalu keras
9- Panaskan minyak, guna api sederhana panas ... bolehlah menggoreng .... saiz kuih tu terpulang kpd korang
10- Once gorengan tadi berwarna kuning keemasan di kedua-dua belah, bolehlah diangkat ...


tada! inilah hasilnya


sesuai dimakan terus, atau dimakan bersama sambal / sos

it's too much kalau 4 biji ni dimakan sekali, no no no .... rosak my diet! ngee


utk makanan orang diet kan ouch mrs pip kan on diet, so tekniknya ambil mangkuk, potong rice fritters ni dalam potongan yang kecil kecil, dan makan perlahan lahan, sedap diminum bersama teh panas tanpa gula ... sesuai la dgn cuaca yang hujan2 sejuk gitewww .....

ni cara untuk mengurangkan kuantiti makanan, sesekali perlu tipu otak kita ni kononnya kita makan banyak diet punya pasal, kita makan ala kadar  ... yang dalam mangkuk tu, mrs pip cuma makan dua biji fritters yang dipotong pada potongan yang kecil kecil .... kalau sesiapa yang on diet, bolehlah cuba teknik mrs pip ni :))


ni la gelas yang mrs pip guna utk sukat 1 cawan tepung :)), seriuosly, this is my treasure glass! asal mau fritters, or fried pancake, mmg sukat tepung guna cawan ni, then kalau mau minum hot drinks pun guna cawan ni , as if tiada cawan lain yang boleh pakai ... pendek cerita, ni fav cawan mrs pip T_T ...

tips

kalau korang ndak suka dgn nasi, atau sayur labu kuning tu, boleh ja ganti dgn udang segar yang dihiris, atau sedikit ubi kentang yang dilenyek .... kalau mau something spicy, boleh ja tambah serbuk kari daging atau serbuk cili, dan kalau mau bagi warna tu lagi cantik, tambah sedikit serbuk kunyit ....

see, semua bahan2 ni, selalunya ada ja di dapur rumah korang kan, unless dapur orang bujang, tu lain la ceritanya kan ....

cheers! selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017