Tiada lagi whitehead & blackhead dengan Bioglo Skin Gel Exfoliating & Refining For Face & Body

siapa yang suka barangan cosway mesti tau jenama Bioglo kan kan kan *angkat tangan tinggi tinggi* T_T ... mrs pip pun tak terkecuali  *pasal aku gila beli barang di cosway semata mata mau RC* ....

baru baru ni, mrs pip terasa kulit muka semakin kasar :( sob sob sob ... siapa suruh malas sangat jaga kulit muka kan ... once dah kulit kasar, kering dan berwhitehead blackhead bagai, barulah riuh mencari perawatan muka kan yang boleh kasi hilang semua bintik2 putih hitam dan sekaligus melembutkan kulit muka  ....


once terlihat kempen terbaru cosway ada buy 2 free 1 untuk Bioglo Skin Gel ni, so cepat cepat mrs pip pigi cosway *takut kehabisan stok* untuk dapatkan Bioglo Skin Gel, lagi lagi harga tengah murah plus buy 2 free 1 pulak tu, siapa tak nak kan ... mestilah nak!

mcm mana nak pakai Bioglo Skin Gel ni? 

alahai, senang jer la ... once korang bangun pagi pagi busy busy mau take shower kan, waitttttt, jangan basahkan kulit muka dulu .. memula, ambil sejemput Bioglo Skin Gel di tapak tangan, then dab dab kan ke muka, dan urut urut la muka korang tu dalam circular motion ok ...

tapi janganlah kelam kabut pula nak urut muka, slow and steady sehingga Bioglo Skin Gel ni dah 'hilang rasa gel nya' seakan akan mcm dah nak kering gitew .. then bolehah basuh muka dengan air ... jangan setakat muka jer, pastikan kawasan leher pun korang letak Bioglo Skin Gel ni tau ...

lepas dah basuh tu, sure korang boleh rasa kulit korang licin jer ... satu lagi tips, bagi tumpuan menggosok Bioglo Skin Gel ni di kawasan yang bermasalah, let say di sekitar hidung tu banyak sangat whitehead, aaaaa gosok la kat situ lama sikit ....:))


kena pakai tiap tiap hari ke?

no no no .... janganlah pakai setiap hari .. ikut arahan yang diberikan ... pakai dua kali seminggu jer ... dah nama pun exfoliate, kang hari hari nak exfoliate skin, nnt kering pula kulit muka korang gara gara terlebih exfoliate ...

since Bioglo Skin Gel ni boleh guna untuk badan , jadi seminggu sekali, korang bolehlah menyental Bioglo Skin Gel ni di seluruh badan seminggu sekali T_T ... *oh, kulitku licin bak sutera* ....

Bioglo Skin Gel ni terdiri daripada serat penghalusan, AHA, BHA, manik jojoba membersihkan secara mendalam untuk melarutkan bintik bintik putih, bintik hitam, dan sebum yang mengeras, sambil menyingkirkan sisa yang menyumbat liang roma *sesiapa yang suka pakai make-up tebal hari hari, sesuai la pakai produk ni yer* ...

juga mengandungi aloe vera yang diadun bersama geranium, chamomile, dan witchazel mampu melega dan menyamankan kulit si samping pengaktifkan penjanaan semula sel kulit yang sihat *no wonder la kan, after mrs pip guna skin gel ni, kulit terasa lembut dan selesa*

******************************
selain tu, Bioglo Skin Gel ni diperkukuh dengan kompleks pelembab iaitu Asid Hyaluronik dan Asid Laktik yang meningkatkan keupayaan kulit dalam membendung lembapan supaya kulit kelihatan gebu, lembap dan selesa T_T

dan ada pati ginseng yang membekalkan khasiat penting di samping merangsang peredaran agar kulit dapat berfungsi dengan sempurna ...

kalau korang tanya mrs pip ok ke tak produk ni, mrs pip thumbs up bagi banyak banyak bintang untuk produk ni ... sangat puas hati :) ...

lepas ni tak akan lagi take for granted bab bab jaga kulit muka, bukan kena pakai Bioglo Skin Gel semata mata ok, kena lah juga lengkapkan penjagaan muka dengan pencuci muka, toner, moisturizer, dan sebagainya ...

apapun, kulit yang cantik, sihat dan berseri itu, akan buat diri kita lebih berkeyakinan !

cheers, xoxo ...

Post a Comment

0 Comments