Trip ke Seoul Day 1 (Part 4) ... Berjalan jalan sekitar Insadong

selepas merehatkan diri di hotel setelah hampir
seharian sejak kemarin tidak berehat,
bayangkan flight KK- KL 2 jam setengah,
then sambung pula flight KL - SEOUL 6 jam,
barulah mrs pip and mr.Husband keluar berjalan-jalan
di sekitar kawasan hotel, lagipun kesian lil'Iman tidur tidak menentu ....
serius bangunan ni very the sexy buat mata tak lepas pandang
bangunan ni berada di seberang jalan sebelah kiri time
mrs pip on the way menapak untuk ke Gyeongbokgung


Hotel Icon ni berada dalam kawasan Gwanhungdong, dan tidak jauh dari Jongno-gu, so memang kawasan ni lebih tertumpu kepada benda-benda yang berkaitan historical ... tidak jauh dari Hotel Icon ni (kalau rajin boleh la jalan kaki ke beberapa istana yang terkenal pada zaman Joseon atau boleh ja naik subway),

a/Gyeongbokgung
b/ Changdeokgung
c/ Changgyeonggung
d/ Unyeongung - ni dekat laluan untuk ke Hotel Icon
d/ Jongmo (Royal Shrine)

Selain beberapa istana terkenal, bolehlah melawat
National Palace Museum, National Folk Museum of Korea,
Samcheongdong-gil, Bukchon hanok Maeul,
dan juga harus singgah ke Insadong yang
sangat hampir dengan Gyeongbokgung ....

haha, time time jenjalan tu, ternampak gambar budak ni
suka la sangat ... anak siapa la ni, kecil2 lagi dah pandai
posing seksi tahap gaban :) *nampak tut kan*
kawasan Insadong ni merupakan blok blok
deretan kedai yang menjual 'korean souvenirs' ....
memang rambang mata masuk satu kedai ke
satu kedai untuk pilih mana satu idaman kalbu ...
last last mrs pip pening mau pilih kan,
satu benda pun tak beli time di Insadong ni :(
menyesal la pula!

ni seberang jalan dengan gyeongbukgong

yes, nak minum apa?

untuk memudahkan perjalanan lawatan anda ketika berada di sekitar
Insadong ni, paling senang mrs pip rekomenkan kamu
datang ke tourist information centre, dan dapatkan
peta kawasan Insadong, yang ada detail penting
'mark' kedai kedai terkenal, dan kawasan
sekitarnya yang boleh dilawati ....
banyak sangat museum la, kedai souvenirs la,
cafe la, temples la, studio photoshoot la di kawasan ni ....
rambang mata mau pigi lawat yang mana satu dulu ...

ni di luar kawasan gyeongbukgong
nampak tak gyeongbukgong kat belakang tu?
walaupun Korea dah maju, tapi kerajaan mereka still sangat mengambil berat
untuk preserved khazanah sejarah mereka .... 
mr.Husband yang terpaksa sandang beg galas sepanjang honeymoon kitorang :)


santai
hahaha, pintu istana ditutup :(
time kitorang datang, istana ditutp ... lupa pula, istana ditutup every tuesday
so, tak dapat masuk istana, kita snap snap di taman larangan jer la
nnt hari lain kita datang lagi yer .... ni dah mark dalam plan kitorang 'must visit place'
penat la ... lil' Iman tidur nyenyak dalam baby carrier  
lepas selesai berjalan2 di sekitar taman larangan gyeongbukgung,
mrs pip and mr.Husband bercadang untuk melihat lihat sekitar Insadong
la pula ...

Post a Comment

0 Comments