test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Saturday, 2 April 2016

Bila anak anak pandai memanjat, si ibu asyik berleter pada si suami ... erk, apa kaitan?

jangan biarkan anak anak kecil memanjat pada tempat tempat tak seharusnya ...
kan bahaya tu, nanti terjatuh, mak mak sekalian juga yang gigit jari menyesal
tak sudah sudah kan ...

lihat aksi lil' Iman tu, panjat panjat meja TV kan,
lepas tu habis semua plug tu lil' Iman on off berkali kali T_T

jadi, selepas beberapa insiden lil' Iman panjat memanjat suatu ketika dulu,
klik sini kalau nak tengok aksi pantas lil' Iman memanjat nak main air
maka berleterlah mrs pip kat telinga mr.Husband setiap hari agar semua
segala meja perabot whatsoever dialihkan dan sila cari alternatif supaya
anak anak kita para askar2 kecil ni tak memanjat sembarangan ....

cukup cukup lah kecuaian mrs pip waktu lil' Amin terjatuh dari sofa kan,
see .... that's the reason why our merphin house tetiba 'kehilangan' sofa!
ataupun klik sini kalau nak tengok lil' Iman skodeng mommy di dapur

tak nak pisang berbuah dua kali, so better alihkan semua yang patut
agar lil' Iman tak mengalami sebarang 'kemalangan' dek kerana aksi
stunt yang suka panjat panjat ... *safety begins at home*

selepas tak tahan dengar isteri berleter, maka si suami pun
buatlah sedikit perubahan ... mrs pip bagitau mr.Husband,
kalau tak sempat nak buat yang cantik2, tak sempat nak mengecat
bagai, it is ok, asalkan lil' Iman tak panjat segala meja perabot ...

tada! bukan susah pun nak alihkan meja tu kan ...
and tak lah susah manapun nak pasang rak di dinding ...
yang simple simple pun ok, mrs pip tak la cerewet mana pun T_T
*angkat bakul sendiri*

so, before and after ....
better macam ni :) ...
wait until anak anak mommy ni dah reti yang panjat memanjat tu
ada risiko bahaya, so biarlah our merphin house simple mcm ni ...
yang penting, semua penghuni the merphins hidup aman damai
penuh ketenangan jiwa raga, especially untuk si mommy yang
setiap saat perlu menjaga keselamatan si anak kecil while daddy
keluar bekerja  ............

cheers, xoxo ...
happy parenting :)

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017