Kongsi makan

awak nak kongsi makan dengan saya tak?
teringat ketika zaman di universiti, mrs pip ada seorang girlfriend yang setia sentiasa bersama mrs pip dalam suka dan duka T_T, aiseh flash back the good old days ....

satu perkara yang paling seronok yang kami selalu kongsi bersama ialah bila datang bab bab makan ... mrs pip time di uni memanglah jenis kurus bak papan lapis, dan GF mrs pip tu, chubby bak sherry alhadad .... dan dia memang suka jalan jalan cari makan!

setiap pagi breakfast sebelum ke kelas, kami akan makan bersama, berkongsi kasih dalam sepinggan nasi, biasanya GF tu akan bagi mrs pip makan dulu, then lebihnya dia makan ... kalau dia yang makan dulu, alamatnya mrs pip cuma telan air liur lah nampaknya, ngee ....

tu cuma kenangan lama, yang kadangkala teringat kembali ... we still contact each other, dan tiap kali birthday, we still exchange birthday gift gitu ... sekarang ni, zaman dah berubah ... hohoho, kalau dulu berkongsi makan dengan GF, sekarang ni dah jadi mak mak, wajiblah berkongsi makan dengan lil' armies ...

p/s: GF, anytime datang KK, let me know ... insya allah will bring you to a nice place for makan makan .... love ya always :)


see, semangkuk nasi dan dua telur mata ni, dikongsi bertiga bersama lil' armies .... methodnya sungguh adil, satu suap lil' Iman, satu suap lil' Amin dan satu suap mommy, sehinggalah mangkuk nasi ni licin dibaham kami bertiga T_T .... very the kongsi kasih in one rice bowl kan ....

Post a Comment

0 Comments