test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Monday, 11 April 2016

Road to Tambunan

kalau pagi Ahad biasanya mrs pip dan mr.Husband memilih untuk meluangkan masa beriadah bersama anak anak di taman rekreasi, tapi Ahad kami yang hari tu *entry lewat*, kami memilih untuk ke Tambunan. Ianya hanyalah secara kebetulan sahaja T_T bukanlah dirancang awal.

view at kaki Gunung Alab, I guess
 pada mulanya, kami menghantar tiga orang staff kami untuk menghadiri kursus pengendalian makanan yang dijalankan di perpustakaan penampang *well, kami sudahpun terjebak dengan small food business, kalau mau tempahan katering, janganlah segan layari website kami DI SINI* ....


kami terlebih awal breakfast bersama mereka, dan selepas menghantar mereka ke lokasi kursus, kami tidak mempunyai rancangan yang spesifik, lalu mr.Husband mencadangkan kami untuk berjalan-jalan menghirup angin segar ke Tambunan ...


wah, agak lama juga tidak menjejakkan kaki ke Tambunan, yang terakhir ketika lil' Iman berusia sekitar 3 bulan ketika bercuti di Ranau, dan sekarang lil' Iman sudahpun berusia 3 tahun, ngee :)


memandangkan kami lebih banyak masa di dalam kereta, so gambar gambar kami pun kebanyakkannya di dalam kenderaan yang kami naiki ... mrs pip asal naik kereta, then rasa mcm alahai lama lagi lah mau sampai, jadi mesti harus ambil gambar hilangkan rasa bosan di dalam kereta *well, I'm not a smartphone person, so segala apps yang menghiburkan tidaklah dapat digunakan*


sampai juga ke Tambunan ... ada tamu pula tu, tapi memandangkan terlalu sukar mencari parking, so kai tidak bercadang untuk singgah turun berjalan jalan di tamu ... kami menghabiskan masa pusing pusing sekitar pekan, kebetulan lil'Iman masih tidur nyenyak, so malaslah mrs pip mau kejutkan semata mata mau turun dari kenderaan ...


well, it's Tambunan ... pekannya tidaklah sebesar mana, jadi kami tidak mengambil masa yang lama untuk pusing pusing di sekitar pekan ... tapi, apa yang mrs pip rasa suka sangat dengan pekan Tambunan ialah all about the cleanliness of the town! thumbs up majlis daerah Tambunan, pekan awak memang sangat bersih, dan saya sungguh kagum T_T

memandangkan kami tidak tahu ke mana harus dituju *well, as I said earlier, ni bukanlah rancangan yang specifik*, jadi kami singgah kejap di Sabindo Supermarket untuk membeli sedikit barangan T_T ... turun ja dari parking, lil' Iman yang sudah bangun terus teruja apabila ternampak horse ride *seperti gambar di atas* ... guess how long they sit on the ride? ... hohoho, hampir sejam! mak oiiiii, anak anak mommy ni jakun sebentar nampak ride ni kan ....


di sebelah horse and angry bird rides tu ada sekelompok basikal disusun elok, banyak pilihan pula tu ... mrs pip berkenan ja untuk belikan lil' armies basikal yang ada two-seater ni, harga pun below RM150 kalau tak silap ... tapi setelah difikir lama, basikal ni ada satu kekurangan yang mungkin tak sesuai untuk parents ... cer teka? ...

basikal ni tiada long handle la, nnt once lil' armies malas nak kayuh basikal ni, dorang mesti suruh daddy or mommyb tolong tolak basikal ni untuk mereka, so how to push if no long handle kan? kalau nak harap daddy mommy yang dah senior ni membongkok untuk menolak basikal, alahai anak, alamat lenguhlah pinggang your parents , ngee *alasan malas nak tolak* T_T


kerana terlalu lama bermain rides, so mrs pip tinggalkan mereka sekejap di bawah penjagaan mr.Husband, while mrs pip pigi meronda ronda dalam Sabindo Supermarket ... tidak banyak barangan yang ada, tapi cukup untuk memenuhi keperluan barangan dapur pada pendapat mrs pip ...

mrs pip ni kalau masuk supermarket dan seangkatan dengannya, mesti suka masuk section baby/kids ... then kalau jumpa benda yang cute cute, mulalah gatal hati mau beli *dasar wanita mak mak* T_T

this time, terjumpa botol susu jenama camera ni, yang ni ada printing keretapi ala ala chuggington, so wajib beli untuk lil' Iman coz lil' Iman ni sangat sangat suka chuggington .... botol susu ni berharga RM8.90 sahaja, dan ini adalah botol ketiga koleksi lil' Iman menggunakan jenama camera T_T


so, selesai ja lil' armies main rides tu *selepas diberi rasuah sekotak soya bean oleh si mommy*, kami pun bersiap siap untuk pulang semula ke KK , kursus pengendalian masakan yang dihadiri oleh staff kami tu selesai pada waktu tengahari, jadi kami perlu menjemput mereka balik.

ketika pulang, setelah melintasi kaki gunung Alab tu kan, tetiba mrs pip diserang 'airplane headache' ... mak oiiiii, sakitnya bukan kepalang lagi, sambil keluar air mata menahan sakit yang melampau ... siapa ada pengalaman diserang airplane headache?

No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017