Jangan terpedaya dengan Jualan Murah Raya !

hi there,

raya dah nak dekat .... korang dah buat persiapan? kalau yang nak pigi shopping tu, hah! pastikan buat senarai barang yang perlu dibeli then cross check dengan bajet yang korang dah sediakan ... kalau banyak sgt nak beli barang melebihi bajet, sila lah pangkah memana barang yang tak penting ...

kalau barang lama still ok such as kasut, handbag, jam tangan misalnya, tu no need la korang nak beli, jimat duit kan ... kalau pigi shopping kompleks tu, tutup je sebelah mata tu kalau nampak sale giler giler .... lagi banyak potongan diskaun, lagilah korang perlu tutup mata!

satu hal yang korang perlu tahu, SALE ni yang kununnya SALE besar-besaran hingga 70% tu, bukannya betul pon semuanya ... ada yang dorang dah siap siap naikkan harga, then kononnya bagi sale up to 70% , sungguhlah teknik pemasaran yang nak ajak orang shopping ramai ramai kan! so, jangan terpedaya ...

mcm mrs pip ni, biasanya lebih suka sale yang tak melebihi 40% potongan harga, ni mcm ada benarnya mmg dorang bagi SALE sebenar ...

melalui sumber yang dipercayai mengatakan rata rata yang bagi diskaun 50% dan ke atas adalah untuk tujuan memancing pembeli, bukanlah SALE sebenar ... ewah gitu pula kan ....


kalau bawa anak anak kecil pigi shopping, make sure jangan lepas pandang ... shopping tu shopping juga, tapi keselamatan anak wajib diutamakan ... lagi elok ada stroller, so mak mak sekalian tak la letih nak mendukung anak time shopping ... mana nak mencapai barang, mana nak mengendong anak lagi, letih huh! boleh ada muscle pula jadinya ...

moreover, kalau ada stroller, once anak anak letih menunggu si mommy menshopping barang2, bolehlah si anak tidur dalam stroller kan, sedap sikit badan nak berbaring T_T ...

lagi satu, kalau incik incik suami tu pergi shopping temankan isteri,, make sure lah korang bersedia fizikal mental ok ... isteri isteri ni kalau bab shopping, kudratnya mengalahkan lelaki ... kalau ada 10 shopping mall di bandar, si isteri ni boleh jer round semua shopping mall tanpa rasa letih ... tu belum kira setiap shopping mall ada berapa tingkat kan ... T_T *ouch! kita wanita memang suka bab bab shopping, tak kisahlah samada nak membeli or just setakat mencuci mata*

lagi satu incik incik suami, sila bertenang kalau isteri isteri anda semua hilang kawalan bila nampak diskaun besar besaran, hahahaha .... pastikan isteri anda tidak membeli melebihi had yang sudah anda tetapkan, unless dia beli guna duit sendiri la kan , bab yang itu anda tak perlu campur sangat ...;p .... dan silalah senyum dan gembirakan hati para isteri, bukan selalu pun isteri nak ajak temankan pigi shopping besar besaran , time raya jer pon T_T

to all shoppers semua, time shopping tu make sure jaga barang barang penting , jangan asyik shopping, nnt wallet / handphone / kunci kereta tercicir korang boleh tak sedar ... dan lagi satu, kalau shopping tempat yang sesak sesak tu, make sure korang pakai sling bag yang senang nak alihkan ke bahagian depan korang .... kang tak pasal2 penyeluk saku pula yang menang shopping raya gara gara berjaya rembat wallet korang! .... nangislah tak berair mata woooo ...

raya dah nak dekat ....

p/s : lagu raya dah pasang ? T_T


Post a Comment

0 Comments