Ikan belanak masak santan sedap selera kampung

hi there, bila mr.Husband beli ikan belanak, mrs pip ni ada dua dalam satu feeling .... yang pertama, oooo sedapnya masak santan T_T .... senyum sampai ditelinga eh kalau boleh .... then, mood happy terpadam kejap ... alamak, tak gemarnya mau siang ikan ni , manyak sisik ma ;(

tapi pasal nak makan kan, kita siang la juga ikan tu .. kasi bersih bersih yer .... lepas tu kita masak terjun je lah ... tak perlu risau risau mcm mana nak masak ...

just hiris sedikit halia, bawang besar dan lada besar kaler hijau tu ... tumis bersama dengan sedikit minyak masak, then bau harum dah naik, kasi masuk itu santan paket kecil satu kotak, then tambah sedikit air ... masak hingga santan mendidih, baru bagi masuk ikan ...

tambah lah perisa garam dan kalau yang wajib makan ada aji tu, korang letak berpada pada yer ... masak dalam 10 minit mcm tu, dah siap ...

nyum nyum nyum, sungguh berselara tekak mrs pip nak makan ikan belanak masak santan ni ... kalau yang suka pedas pedas tu, sila sila lah tambah cilipadi ikut sukahati selera memasing .. tapi mrs pip ni sungguh say NO NO kepada cilipadi yer ... kang gastrik dtg lagi !

Ikan belanak masak santan sedap selera kampung
Ikan belanak masak santan sedap selera kampung

since mrs pip dah ada microwave, lagilah senang nak memasak ... kita kasi masak dua tiga ekor sekali, then masuk tapau box tahan microwave, then letak elok2 dalam peti sejuk ... so later lagi esok lusa nak makan, letak ja dalam microwave, kasi panas dalam dua tiga minit, tada! sedia untuk di makan T_T

nowadays, mrs pip memang kalau nak memasak, terus masak sekali harung, lepas tu kita kasi freeze ja, then bila bila nak makan, kasi defrost guna microwave, then kasi panas seminit dua tiga minit gitu guna microwave, kemudian siap untuk dihidang T_T  ... jimat masa ....

kalau mak mak suri rumah tu yang malas nak layan ikan belanak coz banyak sisik kan, nak siang sisik tu kan, mrs pip punya tips la, rendam ikan dalam air di besen, then siang guna fish scrapper dalam air, sungguh sisik ikan tu semua tak la melompat lompat kotorkan sinki korang T_T

ikan belanak ni kalau mrs pip la, either goreng jer or masak lemak santan .... kalau korang ada resepi lain, sudi sudi lah bagitau mrs pip yer ... T_T

anyway, selamat menjamu selera

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

0 Comments