test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Saturday, 30 July 2016

Kuasa Peguam Negara terhadap isu 1MDB

hi there,

ishhhhhh .... dah lah semalam semalam tu sukar untuk tidur, fikir pasal gst kononnya nak naik 8%! hambek kau ... mr.Husband lah yang cakap, maybe akan naik .... sumber mana yang bgtau dia gst akan naik, tu akak tak korek la pula ....

tu yang semalam semalam kan, then yang semalam tetiba cerita pasal DRAMA TERHANGAT di MALAYSIA .... isu 1MDB lah ... aku rasa isu 1MDB ni memang DRAMA TIDAK BERMUSIM ... kejap senyap kejap panas .... sungguh lah kau 1MDB ....

kalau betul 1MDB tu ada masalah songlap duit kan, apa susah, POLIS kan ada, suruhlah POLIS keluarkan waran tangkap kerrrrrr or reman kerrrr kat TERTUDUH! haish , lagi banyak mau bising kan .... oh ya, SPRM kan ada, bukan all these days SPRM very the integriti sungguh kuat ...

SPRM, di manakah engkau?

then mr.Husband said .... "memanglah kes ni polis cakap still dalam siasatan, tapi kalau AG kata 1MDB no problemo, how?" ....

ok, so what? lantaklah AG nak cakap apa .... let the police siasat la ... then dah jumpa PEROSAK 1MDB, polis tangkap lerrr ...

"ni ingat mcm main police and thief tu ker?"  .... sindir mr.Husband

ok. fine. AG oh AG ....

AG tu siapa? ..... kalau AG hotfm tu aku tau ler ....

then google AG ....jumpah info ni KLIK SINI

then try ingat balik time sekolah dulu, one of my cikgu kata, jangan main main dengan peguam negara, masa depan negara di tangan mereka T_T *aku ler berangan nak jadi lawyer pastu boleh tadbir negara*

dulu aku tak faham, now aku dah terlebih faham ...

Tan Sri Mohd Apandi Ali
Peguam Negara Malaysia
buatlah apa saja ... polis siasat lah dalam dalam, SPRM check sana check sini ... apa saja .... mungkin mereka buat sebaiknya, tapi perlu diberi PERHATIAN :-

Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah .[1]

hurm..... let the AG do his work the best!

berkhidmat untuk rakyat , dan negara ... not for the specific someone else, sudah ler ....

panjang sangat isu 1MDB  , bila boleh selesai? .... alah AG, panggil je lar mereka mereka yang terlibat , kasi habis ini cerita ... tak boleh ke?


Friday, 29 July 2016

Come On Lah MALAYSIAN!

hi there,

hurm, cannot sleep dengan penuh selesa semalam. panjang sangat otak ni berfikir. banyak sangat pertanyaan di minda????? hurmmmmmmmm, mengeluh pun panjang!

why cannot? tu lah pertanyaan kat mr.Husband oleh mrs pip. bukan susah pun. kalau hati tidak bersatu, nanti kita semua yang roboh T_T ... see, takkan nak jadi mcm kes Ghadaffi!???!!!

malas nak layan senario politik tanahair, tapi as a matured MALAYSIAN (yang boleh mengundi), WAJIB untuk ambil pusing kerana kita adalah penghuni tanahair yang memilih ORANG yang memimpin MALAYSIA.

so, never SALAH pilih, cuba pilih yang sebaiknya!

see, apa dah jadi sekarang? banyak sangat isu DUIT ....

duit masuk akaun bermillion kat akaun aku, cewah! ... nnt kena tax, aku jawab ler kat LHDN tu semua DONATION! so what why so busy bother nak bagi tax ....

duit kluar kat setiap penjuru MEGA PROJECT tu, tak dapat dikesan, apahal pula? minta BPR siasat, biar mereka buat kerja mereka, dan yakin sahaja dengan BERSIH CEKAP AMANAH, aku mmg paling suka moto ni coz ia sangat melambangkan integriti kePOLISIan kita ....

hurmmmmmm, still fikir panjang lagi ... whya cannot? soalan belum terjawab.

kenapa MALAYSIAN tak boleh bersatu hati? UNITED we all to STAND tough! kita semua dah rapuh, our UNITY dah rosak berkarat! banyak sangat yang nak pecah belahkan kita ....

jangan lagi Barang Naik! ..... tolak saja Barang Naik, kita semua dah mula merasa Barang Naik selalu mengikis duit kita masuk poket mereka .... 6% dah rasa, coming soon 8% eh? huh ....

tak kiralah kita ni bangsa apa, as long as kita ni MALAYSIAN, jom satu hati untuk TOLAK Barang Naik ....

UM for Malays Muslim
MI for Indians
MC for Chinese
together they stand forever, but will they care tentang RAKYAT nowadays? .... Pulau Gaya pun semakin hari semakin besar kawasan pembinaan 'perumahan' .... you can see clearly from the mainland ..... tu aku tak kesah sangat, not the people's fault. who's fault?

pelik betul ... why la so many people wanna donate money to our Pak Menteri? bagus betul all the Pak Arab , jeles aku! ...

come on la MALAYSIAN, think something .... if we not stay UNITED, lepas ni jom bayar 8% for every inch of your transaction .... kluar poket kita, masuk kat poket dia ....

ekceli, aku tak begitu faham isu 1MDB, pening nak faham isu ni ... tapi aku faham ni isu besar negara .... so pada pihak berkenaan tu, buatlah kerja dengan baik .... buka mata besar besar ....

please la, jangan biarkan MALAYSIA tanah tumpah darah kita semakin hari semakin UZUR ....


p/s: kepada semua yang buat kerja part time walhal ada kerja full time tu, make sure korang BAYAR cukai ... LHDN is hunting for you dear .... huhu ....


congrat Tun Dr Siti Hasmah .... semoga Allah panjangkan usia .... we the MALAYSIANs love you so much! .... celebrating 90 years old birthday dan still healthy adalah satu anugerah terindah ....

Wednesday, 27 July 2016

Wordless Wednesday #6

hi there,

what a little helper
thanks for being such a ringan tulang boy T_T
cheers,


Tuesday, 26 July 2016

10 ideas untuk ruang yang sempit

hi there,

sekarang ni, mrs pip selalu ja mencari idea how to space savings ... almaklumlah kan, our merphin house tu very the small space! so, kalau tak kena nak mendeko mesti sesak dan semak, ouch!

kalau boleh, mmg nak guna sebaiknya every inch of the house ... walaupun nowadays we lived in town, tapi sesekali balik juga melawat merphin house, so harus lah fikir how make that small house jadi cantik dan selesa ....

tadi terjah blog housebeautiful cari ideas space savings, kalau nak mencari inspirasi boleh lah singgah kat blog tu, mmg banyak sgt ideas yang best T_T


serius ruang tamu merphin house tu kecil cinonet jer, kalau nak angkut sofa kan, cukup sekadar jenis futons sahaja, tu pun cuma one piece ja boleh masuk! kalau ada extra guess, mmg kena bersila di lantai ... ideas dalam pic di atas ni boleh tahan juga, mmg very the small space, tapi dia add extra dua biji bean bag kan, pakai sarung lawa lawa, tada! dah nampak very sofiskated....

krik krik krik .... tetiba gatal hati nak beli bean bag T_T


buat mana mana rumah yang ada ruang sempit mcm ni, kat penjuru pula tu, boleh lah cuba buat bench, lepas tu kat bawah bench tu buat laci untuk sembunyikan barang2 yang mudah bersepah such as mainan anak anak kan ....


hahaha, ni di rumah lama sebelum merphin house, mrs pip pun guna idea mcm ni ... mrs pip sorokkan our stool di bawah coffee table, memang space savings .... so, ruang yang kecil tu nampak a bit kemas dan besar without the stool ... then kalau nak duduk, just tarik stool tu keluar ...


tau tak untuk gambar di atas ni apa yang berlaku? ni sungguh lah untuk ruang yang sempit kan ... kalau nak pakai meja, kena pull out from the wall, eh gitu pula? then kerusi pun guna yang jenis lipat ...

ni ramai ja yang pakai idea mcm ni, kita stack up stool jenis mcm ni ... then letak kat pepenjuru kan ... hohoho, cuma bezanya, stool dalam pic ni cantik sweet ja ... yang kita pula beli kat kedai plastik biasa mcm yang kedai makan selalu pakai, pfft! lepas ni nak cari lah juga stool awesome mcm ni ... sedap sket mata memandang T_T


kalau tadi kat gambar sebelumnya, ada folding table melekat kat dinding, yang ni pula kita letak extra chair sangkut di dinding ... nnt ada tetamu, baru gigihkan diri untuk turunkan kerusi ni T_T ...


hey, ni pun another folding chair ... nak pakai boleh buka, taknak pakai kita lipat dua ... alahai, quite sometimes la tak nak design mcm ni, di a bit vintage la kan, dulu dulu glamor you kerusi mcm ni!

ni kerusi lama dah transform jadi super cute ... siap kalerkan pink lagi then lapik kerusi tu guna polkadots in gold, super matching dan nampak elegant ...


hahaha, bagus juga ides nak gantung buaian mcm ni .... gantung kat penjuru rumah .... lepas ni boleh minta mr.Husband buat satu buaian mcm ni , nnt hari hari boleh bergayut kat buaian ni sambil baca buku kegemaran ....


kalau korang ada ruang yang kosong, dekat tingkap pun tak per ... boleh ja sumbat few pieces bantal kecik kecik tu kan, see mcm dalam gambar tu dia susun bantal kecil kat tingkap, nampak cantilk kan .. then letak karper/tatami, tada! siap untuk digunakan sebagai living room ... guna deko yang minimalist jer ...


yang ni sweet ja ada meja then dua biji kerusi .. bolehlah untuk yang hidup berdua , tapi kalau korang ada extra stool yang korang guna untuk panjat2 ambil barang atas almari atau kabinet, hah! boleh pun guna untuk tempat duduk makan kan ... kreatif la idea ni ... jimat duit tak perlu nak beli extra kerusi lagi ... guna ja apa yang ada ....

so yang tinggal kat rumah yang ruang very the sempit kan, bolehlah cari cari idea or guna idea yang disharekan ni ... mrs pip dah ada a bit idea nak letak apa untuk our ruang tamu kat merphin house *hehehe, eyeing of that bean bag ler* ..... korang mcm mana pula?

selamat mendeko T_T




Kawan Baru

hi there ...

kemarin mrs pip kluar beli barang keperluan ... quite sometimes la juga tidak membeli belah, just lepak duduk di rumah ... memang a bit malas la nak kluar nowadays, lagi lagi our lil' armies ni sekarang sukar sungguh untuk di halang kemahuan dorang kalau once ternampak terpandang benda benda yang dorang addict!

but this time, kena paksakan diri juga untuk kluar coz ada few barang tu mr.Husband no skill to buy, hahahaha, mmg kena beli oleh puan isteri juga! ... so as usual, kalau kluar, anak anak pun kena angkut sekali ... our routine kalau kluar beli barang, seorang jaga satu anak ...

dan selalunya kita pairing lil' Iman with daddy, lil' Amin with mommy (BF punya pasal kan, mana boleh letak lil' Amin jauh2 dari mommy) .... kita kluar pun just pigi Servey ja pun, bukan pi memana ... mr.Husband cari barang2 dapur, while mrs pip niak 1st floor cari pakaian keperluan dan few other things ... hahaha, mr.Husband kalau ikut mrs pip beli pakaian keperluan , memang bosan ler namanya, coz mrs pip ni kalau memilih ambik masa la juga nak beli yang mana satu *dasar wanita* ....

dah siap beli barang mrs pip, so turun bawah cari mr.Husband ... kita pun sambung beli barang dapur ... time nak membayar kat tingkat atas, lil' Amin dah bising nak bum-bum bum-bum (kereta), so belikan bebudak ni mainan, kena beli dia set yang sama so that no rebut rebut jadi pergaduhan ...

time kat kaunter, lil' Amin nampak pula cute little minion toys, sebiji RM8.90, sebesar tapak tangan lil' Amin je tau , what a very small toys ... beli lah juga dia , layan ja kehendak lil' Amin, lagipun dah quite lama juga tak belikan dorang ni new toys ...

sambung balik kat tingkat bawah, time nak bayar tu kita lalu kat display toys yang besar-besar ... *lupa nak ambil gambar, siap ada transformer bumblebee, dan tak lupa juga excavator yang boleh ride, sebijik RM300++!* ....

then mata lil' Iman cepat ja nampak "LORI" ... mrs pip kan, kalau nampak mainan lori dan seangkatan dengannya, mmg mencuba sebaiknya tak lalu kat situ so that lil' Iman tak nampak ... dia ni very addicted la dgn LORI! ....

setiap hari dia akan cakap "mommy, Iman want lori minyak, lori sampah, lori kontena, lori angkat barang ... semua semua lori Iman want" .... huh! gigih nak sebut semua jenis lori ... tiap kali naik kereta, kalau ada lori lalu kat sebelah kereta kitorang, lil' Iman mesti tanya "mommy, lori apa tu?" .... so from there he knows many types of lorry ....

back to the lori yang lil' Iman nampak, dia duduk elok ja dalam trolley kan, then once ternampak lori askar tu, dia start bising "Iman want itu lori ... mommy, Iman want itu lori" .... ulang berkali kali ... lucky mr.Husband bagi green light "beli ja lah, ambil dua" ....

check harga pon boleh tahan, sebiji RM69.90, tapi mcm tau tau ja mrs pip mau beli dua biji kan, sekali check Servey ada promo untuk membercard holder, dari RM69.90, dapatlah sebiji RM49.90! wowzer, banyak juga penjimatan, mommy suka T_T

ni bangun ja pagi seawal subuh, 1st thing lil' Iman cari ialah lori askar tu
"mommy, mana lori Iman?"
I tell you, dari berbaris nak membayar sampailah masuk dalam kereta, then pergi makan kat restoran, then sampai di rumah, lil' Iman berkepit sangat lah dgn lori askar dia tu ... lil' Amin pula relax ja coz dia busy dgn mainan minion cinonet dia tu ... time tidur malam pun lil' Iman berpeluk dgn lori askar dia tu, then dah tidur nyenyak, mrs pip alihkan lori lori semua pigi bilik mainan dorang T_T ....

p/s: siap ada video kat restoran, langsung lil' Iman tak nak daddy / mommy sentuh lori askar dia tu, taksub sangat T_T ... tapi tak upload la ....

new lil' armies' friend T_T
see, ni lah mainan yang sempat dicekup oleh our lil' armies ... yang cute car tu, lil' Amin lah yang dok bising mau bum-bum bum-bum ... tapi minion tu juga yang dia busy nak main ... lil' Iman tak sempat lagi tengok bum-bum bum-bum cute ni, coz dah beli lori askar kan, so yang bum-bum bum-bum cute ni mrs pip masuk dalam storage box buat stock!

tu nextime lah mommy bagi main, korang ni kalau bagi banyak sangat mainan, kekadang tak reti nak appreciate! hah, so layan lah dulu lori askar korang, once dah bosan bosan baru mommy bagi toys yang lain ....

see, si abang layan lori,
tapi si adik lagi suka dgn minion cinonet tu


so, buat masa ni, mmg ni lah kawan kawan lil' Iman tetiap hari (tolak bum-bum dua set yang tak buka lagi, yang tu will come soon jadi kawan lil' Iman juga) .... banyak koleksi lori lil' Iman, tapi yang lain tu dah rosak ... segala lori kren pun ada, lori ala ala 10 tonne tu tak tau dah berapa kali beli, tapi rosak lah juga (mainan murah kan) ... yang paling tahan tu hah mainan brand Caterpillar, tapi harga sebiji dah nak RM100 satu! .... yang lori treler tu koleksi pertama lil' Iman, tu pun dah lebih 2 tahun setengah dalam simpanan lil' Iman ....

so far, lil' Iman tu mmg nampak sangat dia suka lori , any types ... ok jer .... tapi lil' Amin still belum ada personal preference lagi, tak tau dia suka apa ... cuma mrs pip perasan la kan, asal dia dapat ja barang yang boleh dibuat sebagai mangkuk, then ada barang yang boleh dibuat ala ala senduk, lil' Amin mesti cakap "cook, cook", then acah acah mcm nak masak T_T

nak jadi chef kot! ngee.


Monday, 25 July 2016

Menyampah dengan LAZADA ... 20Lap20

hi there,

bangun pepagi ni, buka website LAZADA , nak check status barang yang baru purchase that Saturday nite ... lepas tu nampak offer 20% sehingga 15 Ogos ni ...

fuiyo, berasap kejap! apasal lambat sangat nak keluarkan offer voucher code ni! mrs pip baru ja purchase last two nite, and this early morning ada pula new offer ....


hurm , tak pe lah ... rugi a bit .... sob sob ....

to anyone yang nak beli barang kat LAZADA tu, boleh jer guna offer code 20LAP20 tu, though max discount up to RM20 sahaja. tapi still ada penjimatan kan ... tu yang penting ... tapi kan, baru mrs pip tau yang code tu untuk first time user! haish ....

nevermind .... sedikit terubat hati ni coz code KONGSI15 untuk pengguna IOS/ANDROID boleh pakai, tapi for one time usage sahaja ... code ni mrs pip tak guna lagi cos mrs pip all this while mmg guna laptop ja each time beli brg di LAZADA ... smartphone tu ada ja, tapi very the jarang nak guna T_T *seriously, I love my laptop more than the smartphone, hohoho*

kalau nak tau offer dari LAZADA ada ke tak, once a while korang boleh jer check side bar sebelah kanan blog mrs pip ni, selalu ada update tentang sales / promotion LAZADA ...

ehem ehem, mrs pip kan die hard fan of LAZADA website T_T

happy shopping.

cheers.


Ketahui pelbagai jenis tona warna ... blue is not just a blue, and pink is not just a pink!

hi there,

came across this color thesaurus, might be useful for some of us T_T .... hahaha, lepas ni dah tak perlu susah susah nak expplain kat mr.Husband each time nak beli benda benda yang ada kaitan dgn colors such as "nak tukar curtain la, nnt cari kaler kuning ok ... tapi saya nak mustard yellow tau" .... hohoho, senang sikit nak explain mustard tu kaler mcm mana ....

hah, untuk designer ke, art teacher ke, or online seller yang jual pakaian pelbagai warna , korang boleh guna color thesaurus ni .... memang very thankful la kat ingrid sunberg yang sungguh gigihkan diri buat color thesaurus ni untuk orang guna pakai, dia bgtau ni just a beginning ... sure lepas ni ada update lagi ... thankx once again ingrid!













lepas ni , kalau nak explain what color is what, very the senang and mudah kan ... just use the color thesaurus ... remember, blue is just not a blue, and pink is not just a pink T_T


Saturday, 23 July 2016

Beli 'mini dress' murah di LAZADA

hi there,

hah! terjebak lagi ... hari tu dah cakap tak nak dah beli barang online ni ... tapi once nampak harga menggoda, barang pula kualiti baik punya, siapa tak nak kan! harus lah beli, lagi lagi bila SUKARNYA untuk keluar shopping coz dua budak kecil my lil' armies ler, memang terlebih lincah tiap kali kluar beli barang ... fening fening lalat kepala mrs pip dibuatnya , beli online kan mudah T_T *bagi sedap hati sendiri*

hari tu memang tak menyempat shopping raya ... mr.Husband busy kerja siang malam, cuma sempat belikan baju untuk lil' armies sahaja .... haish! kita pun pakai baju tahun sudah sudah, ok ja .... lepas tu, tengok kat few website, banyak giler jual baju cantik2 and harga pun kira affordable la juga ...

hurm, nak lah juga beli baju kurung sepasang dua kan, tapi bila fikir balik bukan pakai pun nnt, setahun sekali jer, so better beli yang boleh pakai selalu ... hahahaha, memang mrs pip ni not-a-baju-kurung-type kan, so beli mini dress jer la, nnt mix and match ja!


so, tengok kat LAZADA tu kan, punyalah banyak pilihan mini dress ... siap berlengan panjang lagi ... then tak melekat kat badan T_T ... harga pun banyak ja yang below RM35.00 .... design simple simple jer, sesuai dgn citarasa mrs pip ...

mrs pip beli dua helai, satu kaler biru gelap vintage style, satu lagi kaler kuning mustard pregnant mini dress ... tapi mrs pip tak pregnant yer, tu sekadar nama cutting mini dress tu la ... 1st time juga beli kaler kuning mustard ni ...


yang kaler biru ni, harga RM35.00 ...
fabrik agak nipis sedikit, tapi kualiti baik
jahitan baju pun kemas ...
nak VIEW lebih lanjut, KLIK LA SINI


yang ni pula, pregnant mini dress
ni sweet ja baju tu, siap ada poket kat depan ...
kain pun memang kualiti baik dan pakai pun best
yang ni harga RM32.50,
ada few colors tau baju ni ...
nak VIEW lebih lanjut, KLIK LA SINI

baju ni mrs pip dah keluarkan dari plastik, dah gantung pun, tapi tak pakai lagi ... simpan buat stok T_T .... ekceli tengah cari skirt/seluar yang boleh dipadankan dgn baju ni, once dah jumpa baru ada feeling nak pakai ...

kalau korang nak cari mini dress kat LAZADA tu yang harga below RM35.00 , KLIK LA SINI
tapi kan, mrs pip lagi suka keluaran ZANZEA ni, baju baju ZANZEA banyak pilihan untuk lengan panjang dan tak ketat di badan ....

kalau nak tengok produk ZANZEA, boleh ja KLIK DI SINI

sekarang ni, ada few more pieces mrs pip tengah intai intai nak beli, kejap masuk wishlist, kejap masuk add to cart, hey pening nak memilih yang mana satu ....


Thursday, 21 July 2016

10 perangai pelik orang obses pada sesuatu

hi there,

fuh, manusia ni ada macam macam jenis kan ... yang biasa biasa hinggalah yang luar biasa, tak ketinggalan juga yang super pelik ! ada juga yang obses dengan sesuatu sampai hidup tak sempurna kalau yang dia obses tu dia tak dapat nak buat , phew!

 Asha, sangat obses untuk menyimpan rambut .... 25 tahun tak potong rambut! boleh tahan juga dia ni .. kalau mrs pip la kan, memang tak larat dah rambut mcm ni, setakat kat paras pinggang tu boleh lagi diterima T_T

Juga di kenali sebagai 'Mr.Cobra' atau 'Black Rapunzel' , Asha menggunakan 25 botol syampu sebulan untuk menjaga kebersihan rambutnya ... pftt ....

nak tengok cerita Asha, ni video dia ... saksikan sendiri ...


siapa yang suka hidu diapers penuh air kencing kemudian boleh chew pula mcm gula gula getah? yuck it is suck ... tapi lain pula dengan si Keysha ni, kalau boleh lagi kuat bau air kencing tu lagi best katanya, mcm gula gula masam (sour candy) konon ...

alahai, kalau kita ni berjiran, senang mrs pip tak perlu susah susah buang diapers anak anak, letak kat rumah keysha ni jer la nampaknya ... hidu puas puas ...

dia dapat diapers tu pun dari kengkawan dan strangers ... punyalah obses nak mencium diapers kan ...

nak tengok cerita pelik Keysha, layan kat sini


haish, ni makcik Margaret lagi satu ... orang lain kalau boleh tak nak kena sengat lebah kan ... dia ni terbalik la pula ... kononnya dia biarkan diri dia disengat untuk kurangkan sakit arthritis dia tu, pulak dah ...

siap suami dia ni bagi support dan siap ada sarang lebah letak di rumah ... haish, tak nak aku berjiran dengan makcik Margaret ni, silap haribulan aku pun boleh kena sengat ... ingat tak sakit eh kena sengat lebah ...

layan ja la cerita makcik Margaret tu kat sini ....


eh eh, budak Allison ni ... orang lain kunyah gula gula getah, yang kau ni kunyah hirisan tayar ... hurm .... siap boifren dia yang kerja di kilang tayar bawa balik hirisan tayar buat stok ... punyalah nak support habit girlfriend dia kan ... hish, tak baik untuk kesihatan la Allison ...

klik la sini kalau nak tengok si Allison tu kunyah hirisan tayar ...


haha, yang Robert ni pula suka sangat makan beg plastik ... wowzer, bagus juga ni untuk kurangkan pencemaran alam sekitar ... asal ada beg plastik ja, dia makan .... nnt mrs pip bagi beg plastik extra yang tak guna tu eh, mrs pip pun ndak tau mau buat apa dgn stok beg plastik yang banyak kat rumah ni T_T hehe ...

Robert mula makan beg plastik ni ketika berumur 7 tahun, mak oiiii lamanya dah start perangai pelik ni ....

klik sini untuk tengok cerita Robert ...

 ada juga orang yang sungguh obses dengan kereta ... ni obses hinggakan ada hubungan intim tau ..bukan obses biasa biasa jer ... sungguh mrs pip pun rasa segan nak cerita tahap obses lelaki yang bernama Nathaniel ni ....

dan nama kereta dia ni Chase ... sungguh bertuah la Chase ni dapat tuan yang terlebih penyayang ..kang nnt Nathaniel kawin dengan Chase, kat sebelah mana nak bagi pakai wedding ring tu eh Nathaniel?

korang tengoklah cerita dia kat sini ....


yang ni Lisa ... obses makan bulu kucing .... ni korang kalau berjiran dgn si Lisa dan korang ada kucing peliharaan, make sure jangan bagi Lisa ni pegang ... obses dia lain sikit, mula mula pegang pegang then cium cium dan jilat jilat dan last last dia makan bulu kucing tu! botak la bdan kucing korang nnt ... yewwww, gross

layan cerita Lisa kat sini ....


sob sob .... cian kat lelaki bernama Davecat ni .... orang lain serius nak cari pasangan wanita, tapi dia cuma perlukan patung bersaiz orang sebenar untuk dijadikan pasangan hidup ... dorang pun dah nak celebrate 15 anniversary tau ... gila ke apa ni?

patung ni direka oleh Abyss Creation, menyerupai hampir wanita sebenar ... hahaha, ni patung sex la , tapi Davecat tak ada hubungan seintim itu dengan patung ni ... opsie, nama patung ni Sidore .. doa jaga cukup baik ... tapi kalau dia nak hubungan intim, dia ada satu lagi patung bernama Elena ...

ye lah, doll love lasts forever la tu ....

klik sini untuk lihat cerita yang lebih lagi tentang Davecat dan patung kesayangannya ...


yang budak ni nama Mark, dia bersahabat naik dengan 15 belon 'inflatable' kepunyaan dia ... dia makan tidur tengok TV dengan kesemua belon dia ni ... hua hua hua .... napa ni Mark? no friends or what?

difahamkan, Mark membesar bersendirian kerana ibunya mengalami mental illness ... cian cian cian ...

klik di sini untuk tengok cerita Mark dan sahabat sahabatnya yang cute ...


yang ni Jennifer ... dia obses nak makan tilam ... wah, korang jgn la tidur sebelah Jennifer ni, kang tak pasal2 habis tilam korang dia kunyah ....

sedap sangat ka tilam tu Jennifer? orang lain sorok cookies, ni family member dia kena sorok tilam!

tengok cerita lanjut Jennifer kat sini ....


kadang kadang, memang tak nak percaya dengan benda benda mengarut macam ni, tapi eh ni happen in real life ! haish, sukar otak nak serap perangai pelik dorang ni ....

kalau korang nak tengok himpunan perangai - perangai pelik orang yang obseskan sesuatu , korang KLIK DI SINI


Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017