test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Tuesday, 26 July 2016

10 ideas untuk ruang yang sempit

hi there,

sekarang ni, mrs pip selalu ja mencari idea how to space savings ... almaklumlah kan, our merphin house tu very the small space! so, kalau tak kena nak mendeko mesti sesak dan semak, ouch!

kalau boleh, mmg nak guna sebaiknya every inch of the house ... walaupun nowadays we lived in town, tapi sesekali balik juga melawat merphin house, so harus lah fikir how make that small house jadi cantik dan selesa ....

tadi terjah blog housebeautiful cari ideas space savings, kalau nak mencari inspirasi boleh lah singgah kat blog tu, mmg banyak sgt ideas yang best T_T


serius ruang tamu merphin house tu kecil cinonet jer, kalau nak angkut sofa kan, cukup sekadar jenis futons sahaja, tu pun cuma one piece ja boleh masuk! kalau ada extra guess, mmg kena bersila di lantai ... ideas dalam pic di atas ni boleh tahan juga, mmg very the small space, tapi dia add extra dua biji bean bag kan, pakai sarung lawa lawa, tada! dah nampak very sofiskated....

krik krik krik .... tetiba gatal hati nak beli bean bag T_T


buat mana mana rumah yang ada ruang sempit mcm ni, kat penjuru pula tu, boleh lah cuba buat bench, lepas tu kat bawah bench tu buat laci untuk sembunyikan barang2 yang mudah bersepah such as mainan anak anak kan ....


hahaha, ni di rumah lama sebelum merphin house, mrs pip pun guna idea mcm ni ... mrs pip sorokkan our stool di bawah coffee table, memang space savings .... so, ruang yang kecil tu nampak a bit kemas dan besar without the stool ... then kalau nak duduk, just tarik stool tu keluar ...


tau tak untuk gambar di atas ni apa yang berlaku? ni sungguh lah untuk ruang yang sempit kan ... kalau nak pakai meja, kena pull out from the wall, eh gitu pula? then kerusi pun guna yang jenis lipat ...

ni ramai ja yang pakai idea mcm ni, kita stack up stool jenis mcm ni ... then letak kat pepenjuru kan ... hohoho, cuma bezanya, stool dalam pic ni cantik sweet ja ... yang kita pula beli kat kedai plastik biasa mcm yang kedai makan selalu pakai, pfft! lepas ni nak cari lah juga stool awesome mcm ni ... sedap sket mata memandang T_T


kalau tadi kat gambar sebelumnya, ada folding table melekat kat dinding, yang ni pula kita letak extra chair sangkut di dinding ... nnt ada tetamu, baru gigihkan diri untuk turunkan kerusi ni T_T ...


hey, ni pun another folding chair ... nak pakai boleh buka, taknak pakai kita lipat dua ... alahai, quite sometimes la tak nak design mcm ni, di a bit vintage la kan, dulu dulu glamor you kerusi mcm ni!

ni kerusi lama dah transform jadi super cute ... siap kalerkan pink lagi then lapik kerusi tu guna polkadots in gold, super matching dan nampak elegant ...


hahaha, bagus juga ides nak gantung buaian mcm ni .... gantung kat penjuru rumah .... lepas ni boleh minta mr.Husband buat satu buaian mcm ni , nnt hari hari boleh bergayut kat buaian ni sambil baca buku kegemaran ....


kalau korang ada ruang yang kosong, dekat tingkap pun tak per ... boleh ja sumbat few pieces bantal kecik kecik tu kan, see mcm dalam gambar tu dia susun bantal kecil kat tingkap, nampak cantilk kan .. then letak karper/tatami, tada! siap untuk digunakan sebagai living room ... guna deko yang minimalist jer ...


yang ni sweet ja ada meja then dua biji kerusi .. bolehlah untuk yang hidup berdua , tapi kalau korang ada extra stool yang korang guna untuk panjat2 ambil barang atas almari atau kabinet, hah! boleh pun guna untuk tempat duduk makan kan ... kreatif la idea ni ... jimat duit tak perlu nak beli extra kerusi lagi ... guna ja apa yang ada ....

so yang tinggal kat rumah yang ruang very the sempit kan, bolehlah cari cari idea or guna idea yang disharekan ni ... mrs pip dah ada a bit idea nak letak apa untuk our ruang tamu kat merphin house *hehehe, eyeing of that bean bag ler* ..... korang mcm mana pula?

selamat mendeko T_T




No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017