test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Wednesday, 10 August 2016

'Spring Cleaning Freezer bersama Little Helper'

Hi there,

hari tu mrs pip buka dua dua freezer kan, dua dua pun penuh. penuh dengan bekalan bahan mentah ... tapi kalau tanya mrs pip bahan mentah apa la sangat sampai penuh dua dua freezer tu, hurmmmm bukan boleh ingat semua pun ... asal beli ja bahan mentah, kekadang kita susun elok elok, kekadang kalau nak cepat, main longgok ja, nnt kalau nak guna / masak, baru terhegeh hegeh nak cari, ouch!

dah berapa hari nekad nak bersihkan freezer ... nekad punya nekad, planning punya planning, akhirnya mrs pip PAKSA diri juga untuk kemaskan freezer ni ... since ada dua, so kemaskan one at the time gitew ....

freezer #1 tu more on bahan mentah yang sudah diperap dan tinggal sedia untuk dimasak jerrrr .... tapi still kena kemas bagi lagi cun, so lepas ni kalau mr.Husband cakap "chicken wing perap still ada? berapa pack yang dah diperap?" .... hah, taklah mrs pip tergugugaga nak menjawab kan .... nnt boleh jawab penuh yakin "ada 4 pack dah siap perap" , muehehe.

antara bahan mentah from freezer #2

habis semua mrs pip keluarkan bahan mentah dari freezer #1, sebelum tu offkan dulu switch freezer tu, then baru keluarkan semua bahan ... masukkan dalam storage box ,then freezer dah kosong, mrs pip scrub ais tebal yang meliputi dalaman freezer .... huh! boleh tahan la juga tebal ais ni ... about 30 minutes juga baru siap scrub ...

lepas tu, susun elok semula barang yang dikeluarkan ... sambil susun, sambil ingat dalam kepala otak apa bahan yang ada, tapi nak senang punya pasal, kita snap jer lah bahan yang ada kan ... habis cerita ...




ni antara bahan mentah yang mrs pip perap selalu ... ni once dah siap perap, bagi beku kejap then pack dalam plastik elok elok ... nnt bila bila mr.Husband nak masak, senang untuk dikeluarkan, moreover jimat masa kan, tak la tiap kali masak baru terhegeh2 nak perap! ... ni tips jimat masa di dapur T_T


ni lah dua biji freezer yang WAJIB dibuat SPRING CLEANING ... haish! bukan bilik tidur or wardrobe pakaian ja harus srping cleaning, tapi segala freezer dan fridge pun WAJIB T_T .... kekadang tu, makanan yang dah tamat tempoh berbulan bulan pun still melepak dalam fridge kitorang, ahaks!


hahahaha, see my little helper! sungguh lah nak membantukan ... mula mula relax ja dia berdiri in between our freezer, then lepas tu dia swim jadi fish atas lantai! ... habis kotor segala baju ...


dah lah mrs pip nak pakai ruang dapur ni semaksima mungkin, segala mainan pula dia angkut masuk dalam dapur ... ni ntah berapa kali mrs pip keluarkan mainan si little helper ni, tapi dia angkut juga masuk balik dalam dapur tu .... anak oh anak!

from freezer #2
yang freezer #1 tu kecik ja, moreover hampir semua bahan mentah dah well packed coz dah perap awal2, so, cepat sikit nak kemas, lagipun ais tu cepat ja mrs pip scrub ... boleh tahan sejuk la tangan kita ni ... tapi gigihkan juga men-scrubbing tu ...

dah keluarkan semua bahan mentah, ni the one and only daging yang sukar untuk dikeluarkan,
melekat kaw kaw dgn lantai and dinding freezer tu ... 
then tiba giliran freezer #2 pula, yang ni serius ambil masa agak lama, sejam gitu ... nak keluarkan, kemudian asingkan bahan mentah ikut kategori, sejuk pula tu, dah la sejuk ada yang dah beku lama kan, so time nak kelurkan, boleh pula melekat dalam freezer tu ... kena tarik sekuat hati! part ni mmg ambil masa nak tarik keluar  ....


see my little helper, baju dah bertukar kan ... tadi elok2 pakai baju , dah dia swim2 jadi fish atas lantai tu, habis basah baju tu ... end up mrs pip dudukkan dia atas storage box ni ... duduk elok2 , jangan kacau mommy buat kerja hokey! deal.

tapi ada dia kesah .... kejap nak itu, kejap nak ini, sungguh la anak mommy ni suka kacau mommy kan ... kalau tak layan, siap nangis meraung pula tu ... kita sibuk scrub ais, dia pula sibuk minta ais nak main ... grrrrrr .....

see his container beside him,
nangis mau minta ais la tu ....
see, bukan main dia nangis kan ... ni nak minta main ais la ni, mrs pip tak bagi, kalau tak basah lagi baju dia  ... hurmmmmmmmmmmmmmmm ..... kita tarbiah berulang kali tak boleh main ais, dia buat dekkkkkkkkkkkk ja .... grrrrr *mommy dah nak jadi singa lepas ni* ..... grrrrrr!


yeah, akhirnya freezer #2 berjaya juga dibersihkan! .... see, semua dah clear , dan ais di tepi dinding semua sudah dibersihkan .... thanks to the senduk yang dijadikan scrapper T_T

see bahan mentah yang melekat sungguh di lantai freezer tu,
kena 'senduk' banyak kali baru boleh lepas ...grrrr

ni senduk mr.Husband ... nasib baik ndak rosak :))) .... rasanya hari tu mr.Husband ada beli scrapper, tapi mcm biasalah kan, bila mau pakai mesti ndak jumpa, tapi bila ndak mau pakai, benda tu sure ada di depan mata , grrrrrrr ............

cakap pasal senduk kan, selingan kejap .... hehehe ....

jadi, inilah set senduk tu yang mrs pip cekup dari mysale.com

hari tu MYSALE.COM ada la jual satu set senduk (nylon type) harga RM39.00 daripada BergHOFF Kitchenware, mrs pip belikan untuk mr.Husband coz hari tu mr.Husband dia mau senduk yang lebih kurang mrs pip beli di cosway, tapi nak satu set .... tapi set senduk ni belum sampai lagi, biasalah kan MYSALE.COM, beli hari ni lagi LAPAN MINGGU baru sampai! ....


freezer #2 dah clean and clear, so boleh start kemas semula semua bahan mentah yang dikeluarkan ... tips elak bahan mentah melekat di lantai freezer >>>> letak lapisan kulit telur or kepingan kotak, so that bahan bahan mentah yang diletakkan di bahagian paling bawah tidak melekat ...

well you ols almaklumlah kan, freezer ni kalau letak bahan mentah yang jarangggggggggggggg dikeluarkan, lama lama sure melekat dengan freezer tu kan, lepas tu bukan senang nak tarik keluar ... it takes time babe! ....

hey, it's a good tips anyway T_T ....


time nak mengemas freezer #2 tu kan, memang taknak la little helper ni kacau, so kena sogok dengan biskut ... bagi duduk elok elok kat atas storage box tu, then bagi biskut dua tiga keping, baru aman dunia nak kemas semula bahan mentah tu masuk dalam freezer .... T_T


after kemas balik semua bahan mentah, this time mrs pip susun elok elok ... kalau hari tu mcm kita main campak campak ja semua bahan asal masuk dalam freezer kan, but not this time ... siap bagi label lagi mana2 yang perlu ...


see, yang untuk small package kan, mrs pip letak dalam container then letak paling tepi, so nnt bila bila mau guna, senang nak mencari ....


yang bahan bahan mentah utama kita letak la elok elok susun bagi cantik ....


yang freezer #1 pun dah susun cantik punya, then sambung balik kerja extra mrs pip, apalagi, memerap mana mana bahan mentah yang perlu diperap, nnt senang nak masak kan bila bila nak makan .... yang ni kita perap paha dan isi ketam, nnt bila bila nak makan, senang jer tinggal goreng ... muehehe ....

tu je la cerita 'spring cleaning freezer with the little helper' .... bukan lil' Amin tolong mommy manapun, tolong kacau adalah .... ngee ....

p/s: korang dah bersihkan fridge/freezer korang? better check fridge/freezer korang, kot2 ada makanan yang dah expired, better buang no need nak simpan2 ...buat penuh fridge/freezer ja kan .... jgn jadi mcm mrs pip pula, suka simpan jaid pekasam .... time spring cleaning ni, lucky tak banyak bahan yang kena buang, 95% masih baik dan boleh digunakan T_T

cheers.


No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017