test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Monday, 26 September 2016

Resepi mudah ikan langkunis masak berkuah

hi there,


mrs pip ni kalau bab2 masak ikan, mmg cuma pandai masak satu dua resepi ja,  yang lain lain resepi tu,  mrs pip belajar dr mr. Husband ...

recently mr. Husband beli ikan langkunis,  siap mr. Husband tolong bersihkan dan pack elok2 just tinggal mrs pip nak masak saja ... The only thing yang mrs pip tahu ikan langkunis ni just sedap digoreng atau dibakar....  tapi lil' armies suka kalau masakan ikan mesti berkuah ....

so dlm fikiran mrs pip,  hey why not give a try ... masak terjun ja lah asal berkuah .... moreover beberapa haritu we stayed at the merphin house so bahan bahan masakan di dapur cuma ada bawang besar, bawang putih, sedikit lada besar dan sos tiram...

ikan langkunis ni cuma perlu perap dgn garam dan bawang putih then goreng.

then potong bawang putih n bawang besar and lada besar,  tumiskan ....
dah naik wangi,  tambah sos tiram satu sudu besar dan sedikit garam ....
tambah air secukupnya,  dan biarkan mendidih ...
kemudian masukkan ikan langkunis yang telah digoreng tadi,  gaul rata dan masak seketika sehingga rasa ikan masuk ke dalam kuah...
sila rasa yer kalau dah cukup masin or not or perlu tambah extra sos tiram or not then kau dah ok,  bolehlah angkat dan dihidangkan...

serius sedap!

muehehe .... resepi mudah kan,  mak mak semua perlu cuba.

cheers

Xoxo.


Thursday, 22 September 2016

Lil' Iman di usia 3 tahun setengah

hi there,

so recently lil' Iman berusia genap 3 tahun 6 bulan ... lagi 6 bulan untuk mencapai umur 4 tahun. pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. pada usia 3 tahun setengah, banyak perkara yang lil' Iman masih dalam proses pembelajaran walaupun ramai kanak kanak seusia lil' Iman sudah pandai melakukannya. 3 perkara yang lil' Iman still learning and improving ialah

1/ makan sendiri - yes! lil' Iman still belum pandai makan sendiri sepenuhnya. ok fine, lil' Iman boleh pegang sudu dan makan dalam piring/mangkuk, tapi yakinlah habis makanan bersepah, maybe 20% sahaja yang berjaya masuk ke perut lil' Iman.

bila tengok gelagat lil' Iman makan sendiri, mrs pip kena banyak2 bersabar dan berusaha untuk mendidik lil' Iman sebaiknya agar boleh berdikari makan sendiri.

2/ buka pakaian / seluar sendiri - setiap kali waktu mandi, mrs pip akan minta lil' Iman buka seluar dan pakaian sendiri, it was like about 2 - 3 months ago mrs pip started the training, tapi still lil' Iman belum cekap sepenuhnya. kekadang buka seluar, mesti bila sampai buku lali, dia terkinja kinja untuk keluarkan seluar tu daripada kaki dia.

kalau bab baju pula, memang lagi lah haru biru! dia try la juga buka baju, tapi end up mesti lil' Iman minta mrs pip tolong bukakan baju, but t is ok la, at least lil' Iman mahu mencuba.

3/ potty training - potty training tak lah susah mana, tapi tak lah semudah yang kita sangkakan seperti yang kita baca di buku "7 days reaching success how to potty training your kids" ... hohoho, sungguh perlu ada kesabaran yang tinggi dan persiapan mental.

bab potty training, lil' Iman still dalam proses latihan. lil' Iman masih ada halfway lagi sebelum berjaya sepenuhnya. bab potty training ni, mrs pip will make a special entry, muehehe .... just nak sharing la kan in case ada mak mak nak TIPS how to potty training their kids, so i'll give my experienced.

terbaru: klik di sini untuk entry potty training (fasa 1) lil' Iman

lil' Iman semakin faham 'bahasa' yang mrs pip gunakan ketika berbual / bercakap . lil' Iman tahu mana satu nada biasa, ok, tak ok, marah, garang, serius, lawak, etc yang mrs pip gunakan ...

habit lil' Iman setiap kali mrs pip marah, dia mesti akan tanya cenggini

"mommy tak boleh marah Iman .... jangan mommy marah Iman"

tak pun ,

"mommy tak marah sudah? mommy ok sudah?"


eh eh lil' Iman ni, mcm tau tau ja mommy kalau lepas marah mesti hati jadi sayu dan rasa bersalah, then kalau lil' Iman request jangan marah lil' Iman, lagi lah mommy rasa mcm I AM A BAD MOTHER ON EARTH! what the fruit sangat kan mrs pip ni , ngee.

lil' Iman boleh nyanyi ABC dengan lancar ... time mandi, time mau makan, time bermain, time mau tidur malam, mesti nak ber-ABC. selain tu, lil' Iman suka nyanyi incy wincy spider, i hear thunder, happy birthday to you, humpty dumpty, johnny johnny ... tapi I tell you ols, cuma johnny johhny tu ja yang almost right , yang lain lirik semua lari ke laut ... ok lil' Iman, practice makes perfect.

zikir dan surah pendek pun mrs pip ajar juga, tapi rasanya cuma surah al-fatihah tu ja la yang lil' Iman boleh ingat ingat tapi ada juga part part yang lil' Iman lupa, yang surah2 pendek yang lain tu he is trying to learn .... :))

lil' Iman obses dengan all kind of lorries and heavy machineries ... so far dia kenal sangat dengan lori 10 tan, lori minyak. lori trailer, lori cement, lori mixer, bulldozer, backhoe, roller compactor, excavator, crane, ambulance, fire engine .... lil' Iman ni like parents like son la pulak!

lil' Iman still suka rebut mainan lil' Amin ... as if like semua toys yang mrs pip and mr.Husband belikan tu milik dia sorang sorang, sukar sangat nak share ! kesian lil' Amin selalu nangis tak dapat main, walhal siap beli sorang satu .... gggrrrrrrr .... kadang kadang boleh naik SINGA mrs pip dengan perangai lil' Iman ni.


our precious lil' Iman at the age of 3 and a half years

pernah mrs pip blogged about gigi lil' Iman yang buruk kan, so last week we went to the dental clinic untuk minta pendapat sama ada gigi lil' Iman perlu dicabut atau boleh dirawat.

serius, gigi lil' Iman memang sudah buruk semuanya! ... bukan satu dua, tapi menurut doktor, semua gigi lil' Iman sudah buruk dan lagi teruk gigi atas bahagian depan terhakis sepenuhnya, yang tinggal cuma akar yang still tertanam dalam gusi!

doktor cakap, gigi lil' Iman tidak boleh dirawat, dan tidak juga elok untuk dicabut kerana terlalu awal pada usianya , dan kalau dicabut, mungkin akan membuatkan gigi kekal lil' Iman kalau tumbuh nnt tidak teratur! deng !!!! so now how?

so, doktor nasihatkan we as the parents la kan, kena HENTIKAN lil' Iman menyusu malam coz bila dia susu malam, then dia tak minum air after menyusu, akan buat keadaan gigi lil' Iman menjadi lagi teruk ...

OH NO!!!! rasa mcm mau pitam coz lil' Iman memang tak boleh tidur tanpa susu ... jangan cakap mau kasi stop lil' Iman menyusu, kalau mrs pip terlambat buat susu , dia punya menangis macam kena pukul! ....

but mr.Husband cakap, "hey, just give it a try. never say no sebelum mencuba ok" ....

so, hari hari kita cakap kat lil' Iman

"Iman, no no susu ok, doktor cakap kalau Iman susu, nnt gigi buruk, so Iman must drink water banyak banyak ok, no no susu" ....

after days and days kita cakap mcm tu, lil' Iman mcm dah boleh terima sedikit2 nasihat kitorang ... kalau dia minta susu, kita exchange dengan air dulu, dia minum sikit sikit, 10 ml, 20 ml, 30ml, then kalau dia insists lagi mau susu, then only we give him susu. kalau dulu 3 scoops for every 240ml, now 1 scoop sahaja for that 240ml! kejam rasanya, but it's for his own good.

kalau dulu dia menyusu like 6-8 times per day, now memang kekerapan semakin berkurangan, like 4 time a day, then dia start request minta air dan one time dia boleh habiskan dalam 200ml air sekali minum, BRAVO for lil' Iman.

dan for the very 1st time semalam, lil' Iman menyusu semalam sebelum hampir waktu tidur, halfway tu lil' Iman cakap dengan mr.Husband cenggini

"Daddy, Iman tak boleh susu, nnt gigi Iman buruk. Doktor said don't susu"

then dia request botol susu tu diisi air sahaja.

then dia minum air tu dalam his botol susu, sambil minum sambil menyanyi cari tune untuk tidur ... then last last lil' Iman cakap kat mrs pip

"mommy, hug Iman ... hug Iman lah" 

serius he can't sleep, so he needs me to comfort him ...

after hugging him tight, 30 minutes later lil' Iman berjaya tidur tanpa meyusu ... even botol yang berisi air tu pun dia hisap less then 30ml ....

and oh yes,  lil' Iman love his mr. Stroller very much...  asal jalan ja mesti lil' Iman tanya naik stroller atau tak ... T_T

to our dearest lil' Iman,

daddy mommy and Amin love you so much. be a good son and be a lovely brother to your adik. it's ok if you still need diapers at nite, but say NO to diapers during daytime ok. slow slow mommy train you to not wear diaper day and nite, one step at a time.

don't gaduh with Amin, don't jahat with Amin, must play together, and just give up if Amin rebut your toys, he will give it back to you after 5 minutes playing with your toys. Amin just wanna pinjam your toys , he has no meaning to take your toys to be his.

if mommy and daddy hurt you and you hate it, we are sorry. sometimes we punished you to make you a better person. we have no meaning to hate you. so, just speak out your feelings and we will try to listen to you, but please you must listen to mommy and daddy too.

grow up healthily and let's live happily and love each other ketat ketat.

cheers.

Thursday, 15 September 2016

Kedai repair handphone terbaik di KK (Kota Kinabalu)

hi there,

tablet mrs pip dah lebih setahun tak ON ... asal cas bateri ja, mesti tak masuk cas. apasal la tablet ni buat hal pulak! marah tak agak agak kat tablet tu kan as if like tablet tu buat dosa, muehehe.

lepas tu, simpan ja tablet tu dalam kotak, sakit hati tak pasal pasla pada tablet tu.

ada yang advised better bawa pigi samsung centre.

jadi mrs pip pun suruhlah mr.Husband bawa tablet ni pigi samsung service centre di karamunsing capital tu kan .... staff di samsung service centre tu cakap tablet tu kena stay OVERNITE kat centre dorang .... eiiiiiiiii, tak nak lah! nak minta check seminit dua ja pun, apasal kena stay semalaman pulak! ni mesti malas nak check, at least check la kejap, bagi tau masalah bateri ke, sistem ke, charging port ka ....

so, lepas tak jadi minta samsung service centre tu check, tablet tu masuk semula di dalam kotak, dan selama lebih 18 bulan, mrs pip tak sentuh la tablet tu ... rasa nak let go pun ada, tapi since ni birthday gift from mr.Husband, so haruslah di simpan sebagai kenangan.

then raya this year, sembang sembang with my adik, then tercakap lagi pasal tablet tu ... then my adik cakap patut cuba this one repair shop for phones, my adik cakap kedai ni so far yang paling BEST dia pernah deal!

WOWZER.

so, harus pigi lawat kedai ni ... mrs pip ni bukan tak nak hantar tablet tu pi mana mana kedai untuk check, tapi banyak sangat kedai yang mau kaut untung ja, bukan rosak, dorang cakap rosak, konon kena tukar itu ini. eeeeiiiii, ndak mau lah kena tipu mcm ni, so better tunggu sesiapa yang boleh kasi rekemen kedai repair mana yang ok.

dua budak yang setia menanti,
lil' Iman ndak sabar mau tour the mall,
while lil' Amin muka mau minta makanan T_T

^^ sabar ya my lil' armies^^
 
so, sampai ja depan kedai ni, terus kena layan oleh staff ... mrs pip tunjuk la tablet tu kan, dia tanya tablet ni kenapa, mrs pip explain tablet ni tak boleh masuk cas, terus dia ambil tablet ni and cas guna charger dorang, and tunjuk kat mrs pip tablet ni ok ja boleh masuk cas ... deng!

then, dia cakap, kasi tinggal la tablet ni untuk satu jam, nnt lepas satu jam dorang kol tengok kalau bateri dapat cas ke tak, so kita pun kasi tinggal, and dorang buka satu resit,nnt datang kasi tunjuk resit untuk tuntut barang kita.

so after sejam, mrs pip and mr.Husband tengah lunch , dorang kol suruh ambil tablet ni. dorang cakap tablet ni tiada masalah apa pun, bateri boleh cas.

kita datang semula kedai tu, staff tu cakap bateri dah cas sekitar 40% kalau tak silap , so meaning mmg tablet ni no problemo. rupa rupanya, charger mrs pip tu la yang rosak! aiyoyo .... charger ja pun rosak, kesian tablet ni kena bungkus dalam kotak selama 18bulan! ...

mrs pip tanya , charger baru berapa harga, staff tu cakap RM60 jer .... berbunga bunga hati mrs pip coz lepas ni bolehlah pakai tablet ni semula ... oh seriously, mrs pip memang love love love tablet ni, so lepas ni bolehlah LUPAKAN perasaan untuk beli HUAWEI P9 PLUS itu .... ngee *selamat duit mr.Husband RM2K kan kan kan* ....

dah lah hari tu siap cakap dgn mr.Husband request nak HUAWEI P9 PLUS tu ...


eh serius mrs pip still keep the box untuk tablet ni walaupun tablet ni mr.Husband beli tiga setengah tahun yang lalu! ....


charger yang mrs pip beli tu, siap ada sebulan warranty ... ok, worth my money.

jadi, sesiapa yang ada masalah phone, smartphone, tablet, then nak cari kedai repair mana la yang bagus kan, yang tak tipu punya, mrs pip highly recommend kedai repair ni

M-TECH SERVICE STATION
Lot G17, Ground Floor
Centre Point, Kota Kinabalu.

kalau tak sure kedai ni yang mana satu , kedai ni terletak di barisan belakang , sebaris dengan deretan kedia kedai yang jual handphone, bersebelahan dengan kedai barangan elektrik ... tau kan BODY SHOP di ground floor tu, pigi check deretan kedai di belakan BODY SHOP tu, mesti jumpa punya kedai ni .... alah korang ni, Centre Point tu bukan besar mana pun kan ....

sampai ja rumah, terus kasi cas tablet tu sampai FULL,

lepas tu mrs pip cakap kat mr.Husband  .... "request untuk HUAWEI P9 PLUS kasi cancel la dulu, nextime ja saya request yang lain" .... mr.Husband jawab "mana ada yang lain, kan tablet ni sudah ok, jmat duit dua ribu" .......mr.,Husband senyum senyum then belum sempat mrs pip reply, dia turun bawah masuk dapur layan kopi O ...

ggggrrrrr .... muehehe T_T





Monday, 12 September 2016

Pahala buat seorang isteri

hi there,

how's your day, wives?

eh, best juga kalau dapat bunga dari mr.Husband, sure mrs pip peluk cium bawa tidur semalaman! muehehe.

hehe, kita ni yang jadi bini bini, kadang kadang mengeluh entah apa apa kan,

kadang kadang tu tak puas hati coz husband tak bagi itu ini.

or maybe juga unhappy coz husband busy kerja so tak da masa untuk kita.

tapi ada juga yang jadi bini bini, dia relax cool ja.

tahap sabar dia tinggi sungguh, kagum mrs pip.

terbaca la satu entry ni, pahala buat seorang isteri, terus sentap sekejap.

oooooo, banyaknya pahala ALLAH siapkan untuk kita yang bergelar isteri ni kan.


" Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun".

" Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik isteri itu mengerjakan haji dan umrah".

" Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin".

" Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad".

" Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (dzikir)".

" Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

" Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, niscaya ia dimasukan kedalam syurga". ( Hadis Riwayat Tarmizi)".

" Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembayang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka".

Subhanallah...!!


lepas ni, harus lebih banyak berbakti pada mr.Husband, nnt tak cium bau syurga!

eh, tapi kalau suami zalim macam mana eh?

ni korang harus minta pendapat pada pihak yang boleh membantu.

jangan pula korang share masalah rumahtangga kat media sosial, not so kena pada tempatnya (sekadar pendapat peribadi), peace no war.

semoga kita menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk hari hari mendatang dalam mencari keredhaan ALLAH.

cheers.


Thursday, 8 September 2016

Susu Frisolac Comfort untuk bayi yang sukar membuang air besar + baby colic + bayi yang selalu kembung perut

hi there,

just nak share experienced mrs pip ketika beberapa minggu melahirkan our very 1st baby, lil' Iman. mrs pip sewaktu baru sahaja melahirkan lil' Iman seriously memang ada masalah air susu.

segala usaha mrs pip buat untuk stimulate agar air susu keluar, tapi tak keluar keluar juga. then after 2 or 3 days gitu barulah air susu keluar, tapi still tak lancar.

dipendekkan cerita, cuma 10 minggu pertama sahaja mrs pip dapat menyusukan lil' Iman, but still bersyukur kat Allah kerana bagi mrs pip suatu pengalaman indah dapat menyusukan anak dengan susu badan.

selepas tu, mrs pip and mr.Husband sepakat bagi lil' Iman susu formula. dan antara susu formula terawal yang mrs pip bagi ialah jenama anmum, tapi selepas guna seminggu mcm tu, susu anmum tidak sesuai dengan lil' Iman.

lil' Iman menghadapi masalah sukar untuk buang air besar. so , cari lagi susu lain. selain ada masalah sukar buang air besar, perut lil' Iman selalu kembung angin coz satu masalah lil' Iman juga ialah sukar untuk 'burp' selepas menyusu.

hurmmmm ....



so one fine day tu, mrs pip and mr.Husband fikir elok bawa lil' Iman ke klinik, minta pendapat since kami berdua ni kurang ilmu parenting, moreover mak mak kita cakap buat itu ini, kita pu ikut, but still lil' Iman tetap kembung perut, then kuat nangis.

ya lah kan, dah nama pun baby, asal sakit mesti nangis, that's the way how baby communicate kan ...

since anmum tu tak sesuai, kita try brand lain. this time try dumex pula. alhamdulillah, dumex ni so far lil' Iman tiada masalah buang air, but tetap sukar untuk 'burp'.

baby mak mak sekalian ambil berapa minit untuk 'burp' selepas menyusu? ... seingat mrs pip la kan, lil' Iman ni biasanya kena 'burp' kan lama la juga, up to 30 minutes gitu or more baru nak kluar angin ....

kebetulan we always stayed at Membakut time tu atas urusan kerja mr.Husband, klinik the one and only yang ada di Membakut ni (selain klinik kesihatan awam) ialah Klinik Doktor Purnama. so, kami pun datanglah pigi this one and only clinic.

Doktor Purnama namanya, serious tu nama doktor tu. Ingatkan doktor perempuan, rupanya doktor lelaki. kat klinik ni, mrs pip and mr.Husband diberi tips2 parenting untuk baby yang baru lahir, dan doktor ni syorkan untuk kami susukan lil' Iman dengan special infant formula, which is Frisolac Comfort.

so bermulalah kisah lil' Iman menyusu menggunaka Frisolac Comfort. mula mula tu risau la juga kan coz nnt ada masalah penghadaman  lagi, tapi after few tries, mcm seminggu la gitu, lil' Iman lagi senang 'burp' dan perut dah tak kembung mcm sebelumnya .... end up, kami susukan lil' Iman up to 1 year dengan special infant formula milk ni ...

tapi since harga susu ni boleh tahan juga, and lil' Iman memang kuat menyusu, so kami mix la antara Frisolac Comfort tu dengan Dumex tu ... mcm selang sekali susu formula biasa, then lepas tu special infant formula milk ... mcm tu lah sehingga lil' Iman berpisah susu dengan special infant formula milk ni.

special infant formula ni cuma boleh digunakan sehingga baby berusia setahun, kalau tak silap mrs pip. lagipun dah 1 year , lil' Iman no need kena burp burp lagi kan , dah kira jadi 'big boy' gitu ... hehehe ....

satu lagi, Dumex pun sebenarnya ada special infant formula milk, which kitorang terlambat untuk tahu, only after months and months guna Frisolac Comfort, baru tau Dumex pun ada susu rumusan khas ni, ngee!

sesekali we bought juga susu khas Dumex tu kalau Frisolac Comfort tiada stok di pasaraya ... lil' Iman minum ja whatever milk yang kami bagi, lil' Iman ni jenis baby yang tak memilih nak susu mana mana.


so these were once upon a time.

susu Frisolac Comfort tu tiada stok ... haha, risau punya pasal, kita beli banyak banyak Dumex Special Infant Formula , tutup tin kaler putih , while yang Dumex biasa pula , tutup tin kaler hijau.

so, mommies ... kalau baby korang jenis sukar nak hadam susu, or jenis selalu kembung perut, or baby colic, may be boleh cuba bagi susu special infant formula ni ...

happy parenting.

cheers.

Tuesday, 6 September 2016

Set berpantang Jamu Selapan Mustika Ratu + Tungku Herba + Losyen Yusmira Pati Halia

hi there,


my very 1st set berpantang .

waktu mengandung lil' Iman, mrs pip and mr.Husband hunting for set berpantang. tapi time tu belum cerdik lagi bab bab beli set berpantang ni .... so, we end up beli apa yang kena promote oleh kedai herba tu je lah ...

haha., what a memory kan.

dalam banyak banyak set berpantang, akhirnya kami pilih mustika ratu jamu selapan.

mustika ratu jamu selapan ni mengandungi:-

galian parem wangi
putih balung sumsum
tapel
bubuk bancar air susu
pilis
parem segar
minyak telon

selain tu, mrs pip siap beli tungku herba dan juga minyak pati halia.

untuk jamu selapan ni, kalau mak mak jenis yang tiada masalah alergi, boleh ja guna tapel, pilis tu letak di dahi di perut dan juga bubuk bancar susu tu letak area payudara kan, tapi kalau ada masalah alergi dengan ramuan alami mcm ni, so memang rugi beli.

then ada jamu yang kena makan pagi dan petang, kalau bayi yang dilahirkan tiada masalah kesihatan dan masalah jaundice (penyakit kuning) , so boleh la makan jamu ni. memang badan rasa panas dan bertenaga makan jamu ni ....

dan minyak telon tu , untuk gosok kat ubun ubun dan perut bayi so that bayi tak masuk angin or kembung perut gitu T_T

tapi, mcm mrs pip ni yang tak tahu rupa-rupanya mrs pip ni alergi dengan sapuan sapuan tapel pilis bagai ni, so after tiga empat kali guna, habis kulit mrs pip mengalami gatal2 , so terpaksa STOP guna , then lil' Iman pula jaundice tak surut2 , so doktor larang makan jamu.

sob sob sob .... memang set jamu ni akhirnya tak pakai ! mcm membazir ja kan beli set ni ... cuma minyak telon tu ja lah yang dapat guna ....

nevermind. tak cuba mana tahu kan elok ke tak.

eh, bukan cakap set jamu selapan ni tak elok, cuma tak sesuai untuk mrs pip ... maybe untuk mak mak yang lain, sesuai je ....


yang untuk tungku herba tu pula, kalau korang memang nak bertungku dan untuk long term, better beli tungku besi ... nowadays banyak ja jual tungku besi yang siap dengan alas kain sekali ..... yang tungku herba ni, lifetime dia very short, after beberapa kali pengunaan, kena tukar yang lain.

tapi serius wangi giler tungku herba ni, memang mind calming sungguh la.



untuk losyen pati halia, mrs pip guna jenama Yusmira. banyak ja jenama lain di pasaran, harga pun hampir sama ja, boleh ja guna mana mana jenama as long as fungsinya sama kan.

yang ni, mrs pip memang highly recommend. sampai sekarang still guna. yang mrs pip suka pasal losyen pati halia ni, kalau badan rasa sengal2 , sakit pinggang belakang, lenguh2 tulang, sapu ja losyen ni, tak perlu sapu banyak2 (losyen ni sedikit pedas), then badan rasa hangat.

well, almaklumlah, mak mak yang selepas bersalin ni kekadang senang ja 'sejuk' masuk dalam badan kan. so haruslah jaga badan elok elok, nnt bentan pula.


1st time bersalin ni, mrs pip tak beli pun bengkung, which mrs pip rasa, pengunaan bengkung ni macam 'perlu sangat' untuk cepat kempiskan perut. tu pun after bersalin few weeks baru rasa mcm nak beli bengkung. and end up, mrs pip beli bengkuk moden. beli yang murah murah ja.

tapi, bengkung mcm ni bila dah pakai for few weeks, rasa mcm tak cukup 'umphhh' ... tapi dah beli kan, so tak nak la bazir bazir duit beli bengkung lain .... pakai ja apa yang ada time tu .... bengkung ni mrs pip guna sampai dua bulan juga lah, then habis pantang, bengkung ni pun dah tak digunakan lagi, simpan diam dalam almari pakaian T_T.

kalau yang tengah cari set berpantang, cari yang betul2 sesuai dengan korang ok, jangan main beli ikut pendapat orang lain. kena baca banyak review then baru buat keputusan. harga set berpantang ni boleh tahan mahal la juga.

nanti jangan sudah beli, tak pasal pasal tak dapat guna mcm kes mrs pip kan .... sabar je la kan.

anyway, happy mother-to-be anyone yang sedang mengandung .... mesti korang tak sabar nak bersalin , jumpa baby dalam perut ... mrs pip pun dulu mcm tu juga :p ... what a sweet memory.



Monday, 5 September 2016

5 entry terhangat di bulan Ogos 2016

hi there,

belum terlewat rasanya mrs pip nak ucapkan selamat hari merdeka kepada semua warga malaysia. hari merdeka dah berlalu, soon kita nak celebrate hari Malaysia pula pada 16 September ni ... lagi another week kan. cuti umum kan hari tu, plus kebetulan cuti sekolah ... bukan tu jer, budak budak darjah 6 siap UPSR! woha.

so, parents bolehlah plan pergi bersantai santai bersama anak anak sempena cuti umum plus cuti sekolah ... mrs pip and mr.Husband pun dah planning nak bawa lil' armies pigi pulau time tu, dah quite lama tak pergi pulau, the last time we went to pulau was last year March ... seronok dapat pergi Pulau Tiga , sampai sekarang still teringat the happy moments we were at Pulau Tiga T_T

one of kawan baik mrs pip ni bekerja sebagai guru, so kalau nak kluar lepak2 dengan dia ni memang kena tunggu cuti sekolah baru dapat melepak sehari suntuk. moreover, kita pun dah tinggal agak jauh di antara satu sama lain, so memang agak sukar kalau nak jumpa selalu.

since mrs pip dah plan nak pigi pulau, so mrs pip invite kawan ni join kitorang sekali, eh bukan dia ja sorang kita invite, ada lagi few more, so we hope we all can catch up ... the more the merrier!


dan kalau bercakap pasal pulau, mesti terfikir tentang air laut yang jernih, pasir yang putih, sunbathing, snorkeling, making sand castle, and yes don't forget about the food for picnic ... mr.Husband siap dah menu for our picnic food, ngge.

tak sabar la nak tunggu next week T_T

abaikan rancangan nak pigi pulau buat sementara, mrs pip banyak barang kena sediakan untuk dibawa ke pulau ... muehehe.... lil' armies dah besar berbanding March last year tu time pigi Pulau Tiga, and this time it's a MUST for lil' Amin berenang .... hari tu kan di Pulau Tiga, cuma lil' Iman ja yang berenang with mr.Husband, so this time, mrs pip pun nak swimming swimming ... oh! rindunya air laut.

so, let's see what's hot entries in August for blog mrs pip ni? ....

#1

Beli pam susu Autumnz Bliss yang murah dari LAZADA


#2

Pengalaman pumping breastmilk menggunakan pam susu jenama AUTUMNZ yang best!


#3

Resepi senang telur kukus (Korean steamed egg)

#4



Budak 5 tahun mati dipenggal gara gara duit!


#5



Tips: 7 benda awesome patut ada dalam beg bayi anda


have to stop here, wish you ols have a beautiful holiday T_T ... and take care.

cheers.




Pua Chu Kang

hi there,

I was once a big fan of the pua chu kang an of course the yellow boot.

a boot is just a boot, but that yellow pua chu kang boot is a must any fans of that comedy drama.


so when I have lil' Iman, I bought that yellow pua chu kang boot .

but that yellow boot is just ngam-ngam his size so lil' Iman can't wear it for a longer period.


then I bought another one, yellow has no size for his foot.

red pun jadilah!

p/s: that yellow boot now jadi milik lil' Amin ... I should snap a new pix of lil' armies wearing the pua chu kang boot ;)



remember this sitcom?

"don't pray pray"
"best in singapore and JB"

haha, what a tagline.



Sunday, 4 September 2016

Mommy la Florence Nightingale

hi there,

tak suka la mommy dengan habit lil' Iman yang suka gigit gigit kuku jari segala ni ... habis jari jari nampak hodoh! ....

ada yang cakap "ala, anak lelaki ja pun, biarlah..."

eh eh, anak lelaki kalau hodoh takpe ke? anak perempuan je ke kena nampak cantik?! huh ....

tu hodoh boleh tolak tepi, tapi nnt kalau jari terselak , siapa yang susah? .... mommy juga yang susah kan ... ingat best ke kalau jari terselak ? kalau setakat terselak sikit tu ok la, tapi kalau terselak besar, dan luka , huh boleh tahan la sakitnya anak oooiiiiiiiiiiii


hah! see ..... kan betul mommy cakap , jari lil' Iman ntah mcm mana boleh terselak , lepas tu luka pula .... lil' Iman ni pun satu , asal nampak luka sikit atau banyak, dia punya tangisan tu satu rumah bergema! haish anak mommy ni, takut sangat dengan darah ....


nasiblah daddy ada time jari terluka ... boleh jadi 'doktor' untuk ubatkan jari lil' Iman .... tapi nak pujuk untuk letak just few drop of minyak batu tu untuk redakan sakit, lil' Iman refused. penat daddy pujuk2 lil' Iman. 

see, lil' Amin enterframe, dia pun nak juga mintak minyak batu tu letak kat jari dia , ngee.


dapatlah juga daddy letak akhirnya, tapi sikit ja kan ... then daddy nak potong kuku yang terselak tu, tapi lil' Iman refused la pula ....

"daddy, don't .... don't..."

grrrrgrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

"potong lah sikit kuku tu, kasi bersih luka then kita balut jari Iman ok" , pujuk mrs pip

tapi lil' Iman refused and refused and refused.


yang satu budak kecil ni pula tak boleh tengok mommy pegang camera, dia lah yg paling pantas berdiri di depan T_T



so bila dah malam, lil' Iman tidur nyenyak ....

mommy bangun lewat malam tu, jadi florence nightingale ....

mommy perlahan lahan buka towel kecil yang balut tangan lil' Iman, perlahan lahan tengok kuku yang terselak tu.

mommy kesian tengok lil' Iman tidur malam tu, langsung tak nak gerakkan tangan yang ada jari terluka. lil' Iman minta mommy bungkus tangan tu before tidur, then letak bawah bantal ....


mommy potong kuku yang terselak perlahaqn lahan, risau lil' Iman terbangun.

then bersihkan darah yang melekat, then letak minyak batu tu.

since mommy tak bawa krim luka time balik merphinhouse ni, nasiblah ada minyak batu .

mommy pun bukan tau nak guna minyak batu ni, tapi daddy la yang cakap, minyak batu ni boleh guna kalau ada luka or lebam untuk kurangkan sakit.

eh eh, mcm tu pula? ingatkan minyak batu ni untuk gosok kat badan kalau badan masuk angin. hehe.

thanks to daddy.

dah bersih jari lil' Iman, luka kecil ja, tapi sakit tetap ada.

nextime jangan gigit kuku lagi ok. bukan boleh makan pun kuku tu.


lepas dah siap, mommy ambil kain bersih dan balut jari lil' Iman.

then letak tangan lil' Iman elok elok semula di tilam.

maybe juga cakap daddy betul, minyak batu tu membantu kurangkan sakit.

malam tu lil' Iman tidur nyenyak, mesti sakit di jari tu dah hilang.

sleep well lil' Iman.

and learn a lesson , no more finger biting.

love, xoxo.



Saturday, 3 September 2016

Ketahui cara mudah dan berkesan menyimpan wang melalui Loan ASB

hi there,

few more months dah nak masuk penghujung tahun.

cepat masa berlalu, rasanya mcm baru ja celebrate year 2016, ni soon will celebrate year 2017, insya allah. so, wish korang berjaya direalisasikan ke atau kena tunda lagi next year nnt?

mrs pip hari tu berangan sungguh tak nak online shopping la, nak simpan duit la, nak jimat duit la so nnt ada simpanan extra .... tapi tu semua tak BERAPA menjadi seperti yang dirancang.

bab beli barang ONLINE tu, still beli la juga. sukar untuk dikawal, tapi taklah mcm last year 2015, kita beli berketul ketul ! this year mmg beli lah juga , tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. memang BERUSAHA untuk tak membazir beli online ni.

tapi hati tak boleh tahan tengok banyak sangat diskaun jadi tahun ni , so far mrs pip beli barang secara online still less than RM1K T_T


tapi ni bukan nak cerita pasal keghairahan mrs pip beli barang secara online, ni cakap pasal HOW MUCH DO I SAVE SO FAR? ... hahaha, korang ada menabung tak? eh, simpan la sikit sikit, lama lama sure boleh jadi banyak, asalkan korang janganlah dah simpan , pergi korek pula , kalau yang tu memang no savings la namanya !

siapa nak savings EXTRA untuk ASB? ni sesiapa yang ada ASB ok. kalau tak da, apa kata korang try buka akaun ASB .... so hari tu, mrs pip tertanya tanya mcm mana la nak buat extra savings ni uuntuk ASB kan, google punya google , rupanya ramai orang yang bagi TIPS baik punya pasal ASB things ni ...

korang yang still muda mudi remaja ni, better la menabung untuk masa depan .... tidak pernah terlewat kalau bab bab menabung ni kan .. tapi lagi awal korang start, lagi elok.

kat sini , mrs pip kongsi LINK yang best yang MUNGKIN korang perlukan sebagai rujukan kot kot nak dapat extra SAVINGS untuk ASB korang kan ....

1/

Cara Mudah Kumpul RM32,000 Betul-Betul Selepas Graduate, Budak U Wajib Baca!

2/
3/
4/ 

Bagaimana Melabur Di ASB Selama 5 Tahun Untuk Dapat RM110,000?

tips lain:-

Gaji RM2000 Dah Berangan Nak Beli Bezza? Tak Payah!

atau terjah info ini:-



mrs pip sedang dalam perancangan untuk menambah savings ASB. not too late kan untuk ada kesedaran meyimpan dan mengurus wang dengan bijak.

korang yang still muda tu, jangan asyik beli gajet jer, ingat ingat la juga menyimpan wang hokey. nowadays, banyak ja tips dan info boleh dapat thru internet kan, so rajin rajin google T_T

cheers. 


Thursday, 1 September 2016

Ikan kerisi, betik dan hujan yang turun

hi there,

hari ni plan kononnya lepas masak tengahari boleh lepak santai santai makan buah. last two days mr.Husband sempatlah jolok buah betik depan rumah, dapatlah 3 biji ... selepas dua hari peram, buah betik dah masak, so bolehlah nnt lepas masak, mrs pip makan dulu sebelum ambil lunch ...

tu kononnya je lah ...

mr.Husband balik dari memancing kemarin, dapatlah bawa balik beberapa ikan segar, so adalah stok kitorang untuk beberapa hari ni. ikan yang baru lepas dipancing,  rasa dia seriously memang sedap , tak sama dengan ikan yang beli di pasar tu kan or di pasaraya yand sudah di pek siap siap.

ok, masa untuk memasak.

mrs pip kluarkan 4 ekor ikan kerisi yang berjaya dipancing mr.Husband... you ols faham2lah kalau ikan kerisi ni, kenalah buang dulu segala sisik di badan ... alah 4 ekor ja lah, bukan banyak mana pun, ni kalau setakat nak kasi buang sisik dan bersihkan ikan, just few minutes dah siap.

tu kononnya je lah few minutes boleh siap , dengan syarat tiada gangguan luar !

baru siang seekor ikan, lil' Iman buang air besar .... so, letak ikan elok2, mrs pip urus  bisnes besar lil' Iman dulu, mana boleh tangguh2 kalau buang air besar kan .... SIAP!

sambung balik bersihkan ikan .... halfway bersihkan ikan ke-dua, lil' Amin pula datang cakap "buah , buah , buah , .... " selagi mrs pip tak layan bagi buah, selagi tu la lil' Amin berzikir nak buah ... so cepat cepat kupas kulit betik tu dan potong kecil2 masukkan dalam mangkuk, and bagi lil' Amin makan sendiri.

p/s: sebiji betik ni, lil' Amin sorang ja yang makan! .... dia ni pun hantu buah juga macam maknya T_T ngee ... mrs pip malas lah nak join lil' Amin makan, makan gopoh gopoh kelam kabut ni tak best.

fine. phew.

siap pun ikan ke-dua, tengah bersihkan sisik ikan ke-tiga, lil' Iman pula datang ... "mommy, want bread .... want bread" .... hurmmmmmm .... dia nampak lil' Amin makan something, dia pun nak la juga makan something .... bersihkan tangan, dan cepat cepat buat sekeping bread layered with peanut butter.

tak habis lagi ikan ketiga ni, lil' Iman datang minta 2nd bread. then lil' Amin juga mita top up buah dalam mangkuk dia .... ok done.

bilalah nak siap ikan ni ... ok, the last one. ikan ke-4 .... ni siap tanpa gangguan harapnya .... konon lah boleh siap kan .... baru ja tengah bersihkan sisik sebelah ikan, so sebelah lagi ... dalam hati, cepat siap cepatlah makan betik ... dah lah rasa betik tu manis *sempat makan seketul kecil betik yang mrs pip bagi dalam mangkuk lil' Amin* , lil' Amin datang nak minum ... "mommy, minum ... minum .... minum ...." ,... mcm tu la gaya lil' Amin kalau nak something, harus repeat 20x .

so, masukkan air dalam botol minuman dia, then the bottle to him ... kemudian, lil' Iman pula datang, dia pun nak minum ... mrs pip siapkan juga ... then sambung bersihkan ikan ...

tengok jam, mak oiiiiiiiiiiii, ikan ni cuma 4 ketul je nak bersihkan, tapi dah ambil masa mcm berjam-jam ... banyak sangat selingan tadi.

so cepat2 bersihkan, berharap anak anak tak buat hal .... dah bersih , cepat2 perap dan masak .... tengah2 masak tu, lil' Amin nangis nak SUSU ........ OMG!!!!!!!!!

ikan tengah berenang2 dalam minyak , time ni lah juga dia nak BF .... try la distract lil' Amin until ikan ikan tu siap digoreng ... berjaya la juga, walaupun kejap2 dia nangis, kejap2 dia diam.

lepas ikan dah masak, buatkan susu untuk lil' Iman, dan susukan lil' Amin ... konon nak tidurkan budak2 berdua ni, so that nnt bolehlah mrs pip makan betik tu kan ...

hurmmmmmmmmmm, rancang je lah semuanya, tapi yang dirancang selalunya tak memihak kepada kita kan ......... tengah2 lil' Amin half sleep, lil' Iman nangis minta top-up susu! phew phew phew.

bukan top-up sekali, tapi dua kali ok ..... dan dua dua kali ni juga time mrs pip buatkan susu, lil' Amin yang half sleep tu terbangun! grrgrrrrrrrrr .............

so betik tu just tengok macam tu je lah .... baru ja sedap lil' Iman nak tutup mata, tetiba angin kuat, then ada guruh di langit , dari nak tidur tadi, bangun pula budak berdua ni terganggu oleh bunyi guruh tu. then tak lama kemudian, hujan pula turun dengan lebat .... my little lil' armies is no longer in their sleeping mode ....


mommy's little sweethearts

dua dua bangun, lepak depan tingkap sambil tengok hujan turun lebat ... ok kids, you both seat properly, layan la hujan tu turun ....while mommy eating papaya .... gulp gulp gulp ....

ngee, save by the rain !

dapat juga makan betik dengan khusyuk , thanx Allah for bring down the rain .... otherwise, i'm still struggling to put the kids for nap while my mind keep thinking about the papaya .... 

maybe Allah turunkan hujan tu supaya aku boleh makan betik ni dengan khusyuk kot! hahahaha, lame excuses ..........

not long after I finished the papaya, budak berdua ni nak makan nasi T_T ... let's lunch kiddos! ....








Perangai di meja makan

hi there,

how's everyone weekend + merdeka public holiday?

mrs pip stay at merphinhouse ja yang merdeka holiday tu with the kids, while mr.Husband kluar fishing. quite sometimes juga mr.Husband tak pergi memancing.

once in a while, mrs pip and mr.Husband makan di luar , bawa sekali lil' armies ni. memang enjoy la kan sekali sekala tukar selera menu makan, bukan bosan makan di rumah, tapi kalau ada extra rezeki apa salahnya belanja family member makan luar T_T.

tapi mrs pip lebih suka tapau ja makanan kegemaran kitorang, then lebih seronok kalau dapat makan mcm ala-ala piknik , dekat tepi pantai, dekat playground , etc berbanding kena duduk makan dalam restoran.

bukan tak suka makan dalam restoran, tapi anak anak mrs pip ni kan, alau duduk dalam restoran, the first 10 minutes tu dorang behave baik sangat, tapi lepas tu, sukar untuk dikatakan.

biasanya , mrs pip akan layan lil' Amin dan mr.Husband akan layan lil' Iman. why? kerana lil' Amin ni kalau dia start feeling2 nak jadi mischievous , mrs pip akan jadi mummy ala ala 'singa' , siap suara kena kasi GARANG sikit, and kalau panggil nama lil' Amin tu perlu guna CAPSLOCK dan tanda seru A.M.I.N !!! gitu.

lil' Iman pula, kalau mr.Husband cakap duduk elok elok, dia duduk la elok elok, kalau mr.Husband cakap makan, dia makan pun sopan ja ... tapi tu bukan selalu dia behave elok mcm tu, kalau angin KUSKUS dia datang, sama ja mcm lil' Amin, sukar untuk dikawal. kejap nak itu, kejap nak ini, kejap nak minum, kejap tak nak makan ketip mulut rapat rapat , haish! tu belum lagi kalau ada minuman tumpah or makanan bersepah. sabar ja la ;(


kadang kadang, buat mrs pip hilang mood untuk terus makan coz anak anak dah berperangai. mcm rasa nak cepat cepat beredar ja padahal makanan belum habis dimakan ... dilema la juga. 

eh, lil' Iman dan lil' Amin ja ka mcm ni? or anak anak mak mak sekalian yang baya baya lil' Iman dan lil' Amin pun berperangai mcm ni? ... banyak kali cakap dengan budak berdua ni supaya dorang behave di restoran, mula mula tu dorang angguk angguk je la, lepas tu lupa la tu apa yang mrs pip pesan awal awal before masuk restoran.


kadang kadang tu, baik lil' Iman mahupun lil' Amin, dorang ni suka la panjat duduk atas meja. grrrrr, dorang ingat meja tu mcm padang permainan , grrrrrr ......


lain kes pula, kita dah siap siap orderkan makanan dorang kan, tapi makanan mrs pip atau mr.Husband juga yang dorang mahu ... kita kekadang order masakan yang agak spicy or mmg tak sesuai untuk budak berdua ni makan, tapi makanan yang bukan untuk dorang juga lah yang dorang nak!


kalau kita tak layan request dorang, mulalah ada yang tunjuk 'protes' , tak nak duduk elok elok dalam baby chair, nak try rebut makanan mrs pip or mr.Husband. huhuhu.

mcm kes recently, mrs pip suapkan lil' Amin makanan. semangat lil' Amin makan time tu. lil' Iman pula mr.Husband yang layan. lil' Iman tak nak makan once dia tengok order minuman dah sampai. dia nak minum habiskan minuman kegemaran dia tu which is cincau susu.

lil' Amin mula mula ja la makan dengan sopan, aftr few bites , dia pun sibuk nak minum. bukan sekadar minum guna straw hokey, kalau boleh gelas minuman tu dia yang pegang as if dia ni adult. lil' Iman pula kalau mr.Husband suapkan makanan, banyak sangat songeh tanya itu ini , bukan nak makan terus. nasib baiklah mr.Husband ni tahap sabar dia tinggi. kalau mrs pip, memang surrender la nak bagi lil' Iman makan.

lil' Amin pula, kita tak bagi dia gelas minuman tu, mulalah grumpy nak kluar dari baby chair, haish! ... mrs pip try calm down kan lil' Amin, mcm mcm la dia nak, kejap nak sudu plastik yang kacau minuman tu lah, kejap nak tisu la, kejap nak sup tak nak mee goreng, kejap nak mee goreng tapi kalau kita suapkan dia tak nak ....

lil' Iman pula sambil makan, sambil nak kutip tisu yang jatuh di lantai lah, kejap cakap nak kutip ntah apa apa yang dia nampak at lantai tu, walhal bukan ada apapun di lantai tu ... eeeeiiiii , saja ja buat hal ... 

maybe, budak budak memang mcm tu kot, susah sangat nak behave di meja makan, lagi lagi kalau makan di luar.

ada tips tak how to make the kids behave di meja makan?

taknak mengeluh, tapi seriously kekadang perangai budak budak berdua ni buat mrs pip sweating juga di meja makan. tu belum masuk bab hati resah takut pinggan / cawan pecah, tak pasal2 kita kena bayar ganti pula ...

tak bawa makan di luar salah, once dah bawa, sukar pula nak kawal . hurmmmm.


Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017