Tuesday, 6 September 2016

Set berpantang Jamu Selapan Mustika Ratu + Tungku Herba + Losyen Yusmira Pati Halia

hi there,


my very 1st set berpantang .

waktu mengandung lil' Iman, mrs pip and mr.Husband hunting for set berpantang. tapi time tu belum cerdik lagi bab bab beli set berpantang ni .... so, we end up beli apa yang kena promote oleh kedai herba tu je lah ...

haha., what a memory kan.

dalam banyak banyak set berpantang, akhirnya kami pilih mustika ratu jamu selapan.

mustika ratu jamu selapan ni mengandungi:-

galian parem wangi
putih balung sumsum
tapel
bubuk bancar air susu
pilis
parem segar
minyak telon

selain tu, mrs pip siap beli tungku herba dan juga minyak pati halia.

untuk jamu selapan ni, kalau mak mak jenis yang tiada masalah alergi, boleh ja guna tapel, pilis tu letak di dahi di perut dan juga bubuk bancar susu tu letak area payudara kan, tapi kalau ada masalah alergi dengan ramuan alami mcm ni, so memang rugi beli.

then ada jamu yang kena makan pagi dan petang, kalau bayi yang dilahirkan tiada masalah kesihatan dan masalah jaundice (penyakit kuning) , so boleh la makan jamu ni. memang badan rasa panas dan bertenaga makan jamu ni ....

dan minyak telon tu , untuk gosok kat ubun ubun dan perut bayi so that bayi tak masuk angin or kembung perut gitu T_T

tapi, mcm mrs pip ni yang tak tahu rupa-rupanya mrs pip ni alergi dengan sapuan sapuan tapel pilis bagai ni, so after tiga empat kali guna, habis kulit mrs pip mengalami gatal2 , so terpaksa STOP guna , then lil' Iman pula jaundice tak surut2 , so doktor larang makan jamu.

sob sob sob .... memang set jamu ni akhirnya tak pakai ! mcm membazir ja kan beli set ni ... cuma minyak telon tu ja lah yang dapat guna ....

nevermind. tak cuba mana tahu kan elok ke tak.

eh, bukan cakap set jamu selapan ni tak elok, cuma tak sesuai untuk mrs pip ... maybe untuk mak mak yang lain, sesuai je ....


yang untuk tungku herba tu pula, kalau korang memang nak bertungku dan untuk long term, better beli tungku besi ... nowadays banyak ja jual tungku besi yang siap dengan alas kain sekali ..... yang tungku herba ni, lifetime dia very short, after beberapa kali pengunaan, kena tukar yang lain.

tapi serius wangi giler tungku herba ni, memang mind calming sungguh la.



untuk losyen pati halia, mrs pip guna jenama Yusmira. banyak ja jenama lain di pasaran, harga pun hampir sama ja, boleh ja guna mana mana jenama as long as fungsinya sama kan.

yang ni, mrs pip memang highly recommend. sampai sekarang still guna. yang mrs pip suka pasal losyen pati halia ni, kalau badan rasa sengal2 , sakit pinggang belakang, lenguh2 tulang, sapu ja losyen ni, tak perlu sapu banyak2 (losyen ni sedikit pedas), then badan rasa hangat.

well, almaklumlah, mak mak yang selepas bersalin ni kekadang senang ja 'sejuk' masuk dalam badan kan. so haruslah jaga badan elok elok, nnt bentan pula.


1st time bersalin ni, mrs pip tak beli pun bengkung, which mrs pip rasa, pengunaan bengkung ni macam 'perlu sangat' untuk cepat kempiskan perut. tu pun after bersalin few weeks baru rasa mcm nak beli bengkung. and end up, mrs pip beli bengkuk moden. beli yang murah murah ja.

tapi, bengkung mcm ni bila dah pakai for few weeks, rasa mcm tak cukup 'umphhh' ... tapi dah beli kan, so tak nak la bazir bazir duit beli bengkung lain .... pakai ja apa yang ada time tu .... bengkung ni mrs pip guna sampai dua bulan juga lah, then habis pantang, bengkung ni pun dah tak digunakan lagi, simpan diam dalam almari pakaian T_T.

kalau yang tengah cari set berpantang, cari yang betul2 sesuai dengan korang ok, jangan main beli ikut pendapat orang lain. kena baca banyak review then baru buat keputusan. harga set berpantang ni boleh tahan mahal la juga.

nanti jangan sudah beli, tak pasal pasal tak dapat guna mcm kes mrs pip kan .... sabar je la kan.

anyway, happy mother-to-be anyone yang sedang mengandung .... mesti korang tak sabar nak bersalin , jumpa baby dalam perut ... mrs pip pun dulu mcm tu juga :p ... what a sweet memory.



Shop Your Branded Items at MySale.Com

Shop Your Branded Items at MySale.Com
A Must Try Online Shop for Branded Wear & Goods

Promotion & Sale