test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 8 September 2016

Susu Frisolac Comfort untuk bayi yang sukar membuang air besar + baby colic + bayi yang selalu kembung perut

hi there,

just nak share experienced mrs pip ketika beberapa minggu melahirkan our very 1st baby, lil' Iman. mrs pip sewaktu baru sahaja melahirkan lil' Iman seriously memang ada masalah air susu.

segala usaha mrs pip buat untuk stimulate agar air susu keluar, tapi tak keluar keluar juga. then after 2 or 3 days gitu barulah air susu keluar, tapi still tak lancar.

dipendekkan cerita, cuma 10 minggu pertama sahaja mrs pip dapat menyusukan lil' Iman, but still bersyukur kat Allah kerana bagi mrs pip suatu pengalaman indah dapat menyusukan anak dengan susu badan.

selepas tu, mrs pip and mr.Husband sepakat bagi lil' Iman susu formula. dan antara susu formula terawal yang mrs pip bagi ialah jenama anmum, tapi selepas guna seminggu mcm tu, susu anmum tidak sesuai dengan lil' Iman.

lil' Iman menghadapi masalah sukar untuk buang air besar. so , cari lagi susu lain. selain ada masalah sukar buang air besar, perut lil' Iman selalu kembung angin coz satu masalah lil' Iman juga ialah sukar untuk 'burp' selepas menyusu.

hurmmmm ....



so one fine day tu, mrs pip and mr.Husband fikir elok bawa lil' Iman ke klinik, minta pendapat since kami berdua ni kurang ilmu parenting, moreover mak mak kita cakap buat itu ini, kita pu ikut, but still lil' Iman tetap kembung perut, then kuat nangis.

ya lah kan, dah nama pun baby, asal sakit mesti nangis, that's the way how baby communicate kan ...

since anmum tu tak sesuai, kita try brand lain. this time try dumex pula. alhamdulillah, dumex ni so far lil' Iman tiada masalah buang air, but tetap sukar untuk 'burp'.

baby mak mak sekalian ambil berapa minit untuk 'burp' selepas menyusu? ... seingat mrs pip la kan, lil' Iman ni biasanya kena 'burp' kan lama la juga, up to 30 minutes gitu or more baru nak kluar angin ....

kebetulan we always stayed at Membakut time tu atas urusan kerja mr.Husband, klinik the one and only yang ada di Membakut ni (selain klinik kesihatan awam) ialah Klinik Doktor Purnama. so, kami pun datanglah pigi this one and only clinic.

Doktor Purnama namanya, serious tu nama doktor tu. Ingatkan doktor perempuan, rupanya doktor lelaki. kat klinik ni, mrs pip and mr.Husband diberi tips2 parenting untuk baby yang baru lahir, dan doktor ni syorkan untuk kami susukan lil' Iman dengan special infant formula, which is Frisolac Comfort.

so bermulalah kisah lil' Iman menyusu menggunaka Frisolac Comfort. mula mula tu risau la juga kan coz nnt ada masalah penghadaman  lagi, tapi after few tries, mcm seminggu la gitu, lil' Iman lagi senang 'burp' dan perut dah tak kembung mcm sebelumnya .... end up, kami susukan lil' Iman up to 1 year dengan special infant formula milk ni ...

tapi since harga susu ni boleh tahan juga, and lil' Iman memang kuat menyusu, so kami mix la antara Frisolac Comfort tu dengan Dumex tu ... mcm selang sekali susu formula biasa, then lepas tu special infant formula milk ... mcm tu lah sehingga lil' Iman berpisah susu dengan special infant formula milk ni.

special infant formula ni cuma boleh digunakan sehingga baby berusia setahun, kalau tak silap mrs pip. lagipun dah 1 year , lil' Iman no need kena burp burp lagi kan , dah kira jadi 'big boy' gitu ... hehehe ....

satu lagi, Dumex pun sebenarnya ada special infant formula milk, which kitorang terlambat untuk tahu, only after months and months guna Frisolac Comfort, baru tau Dumex pun ada susu rumusan khas ni, ngee!

sesekali we bought juga susu khas Dumex tu kalau Frisolac Comfort tiada stok di pasaraya ... lil' Iman minum ja whatever milk yang kami bagi, lil' Iman ni jenis baby yang tak memilih nak susu mana mana.


so these were once upon a time.

susu Frisolac Comfort tu tiada stok ... haha, risau punya pasal, kita beli banyak banyak Dumex Special Infant Formula , tutup tin kaler putih , while yang Dumex biasa pula , tutup tin kaler hijau.

so, mommies ... kalau baby korang jenis sukar nak hadam susu, or jenis selalu kembung perut, or baby colic, may be boleh cuba bagi susu special infant formula ni ...

happy parenting.

cheers.

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017