test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Sunday, 30 October 2016

Yeah, lil' Amin will turn 2 soon!

hi there,

hanya beberapa hari saja lagi lil' Amin akan berusia dua tahun.  Cepatnya masa berlalu, terasa seperti baru sahaja melahirkan lil' Amin.

tertanya tanya dalam diri ini,  adakah selama ini mrs pip berjaya menjadi seorang ibu yang baik?  ibu yang berjaya? ibu yang penyayang?  banyak soalan bermain di minda...

melihat lil' Amin membesar dengan sihat,  dan berjaya menyusu secara eksklusif selama hampir dua tahun,  memberi sedikit kelegaan pada diri mrs pip..  mungkin mrs pip tidak lah mampu memberikan kesempurnaan yg penuh kepada kehidupan lil' Amin, namun mrs pip berusaha sentiasa menjadi mommy yg terbaik bukan sahaja untuk lil' Amin tapi juga kepada lil' Iman,  dua permata hati mommy yg sentiasa dikasihi...


fragile little angel


budak kuat tidur...
lil' Amin ada jaundice,  so mmg tidur memanjang


and yes,  lil' Amin inherit my dark skin..
Hitam itu menawan what...
Hehe


lil' Amin is sleeping with some of his early friends,  ngee
and the jaundice gone!


so,  full moon day!


Mommy,  this rocking chair is so awesome!
it makes me sleep so well..


mommy,  pls hurry up taking my pics,  I need to BF! 


mommy,  how do I look?
I'm in a good mood,
so mommy can shoot my pics as many as mommy want...


berusia 4 bulan,  start flip over,  
sitting in the stroller is a bad choice coz lil' Amin start mau pusing kiri kanan... 

Abang,  let's be two peas in the pod
But pls don't mind if I'm bullying you
Hehe


from mommy's angel baby
will turn two soon


lil' Amin always happy playing with his abang 
but seems like nowadays lil' Amin suka buli si abang... 


wish Amin selalu sihat dan gembira,
And oh yes,  let's have a birthday party...
Celebrate together with abang Iman ok!


dari berusia sehari,  seminggu,  sebulan,  setahun...
begitulah kehidupan,
berlalu dgn pantas,
tidak lama lagi berusia dua tahun,
cepatnya masa berjalan,
semoga ada banyak memori yang kita kongsi bersama.

SARANGHAE!

cheers.


Thursday, 27 October 2016

Lil' Amin bercerai susu badan... Jangan ada rasa sedih

hi there,

lovely Thursday...

mrs pip dalam process wean off breastfeeding lil' amin...  tidak lama lagi lil' Amin berusia dua tahun,  rasanya sudah sampai masa yg sesuai untuk bercerai susu, moreover bekalan susu sudah terlalu susut dan tidak mampu memenuhi permintaan lil' Amin..

so I guess,  enough until here...

selama hampir dua tahun menyusukan lil' Amin secara eksklusif, ianya suatu pengalaman yg indah...  Betapa Allah telah memberikan kesempatan untuk mrs pip menyusukan lil' Amin dan tidak pernah lil' Amin kelaparan tanpa susu kerana bekalan susu selama ini mencukupi...

Setelah sepakat dengan mr. Husband untuk menceraikan susu badan dgn lil' Amin, latihan bercerai susu pun bermula...  mmg pada mulanya lil' Amin menangis setiap kali mahu menyusu,  tapi tidak diberikan susu badan...  ianya juga sukar juga untuk mrs pip terpaksa bertahan mendengar tangisan lil' Amin,  nasib baik mr. Husband banyak memberi bantuan...

tiap kali lil' Amin menangis dan kebetulan mr. Husband tidak bekerja di siang hari, maka mr. Husband lah yang akan memujuk lil' Amin supaya jgn menangis sambil memberi minum susu formula di cawan...


Pernah juga mrs pip punya rasa bersalah untuk wean off breastfeeding untuk lil' Amin, maybe perlu teruskan saja sehingga lil' Amin sendiri yang tidak mahu susu badan,  tapi memandangkan keluaran susu semakin berkurangan, dan sudah tidak mencukupi untuk lil' Amin,  maka mrs pip buang jauh jauh rasa bersalah tersebut, dan merasakan cukuplah hingga di sini...

rasanya,  bukan mrs pip seorang saja yang ada rasa bersalah mcm ni, pasti ada juga di antara mak mak sekalian yang ada perasaan mcm mrs pip ni kan...

for now, lil' Amin langsung tidak BF di siang hari, dan waktu malam cuma BF ketika hendak tidur... sekiranya lil' Amin terjaga di waktu lewat malam mahu menyusu, mrs pip bancuh susu formula di cawan,  dan bagi lil' Amin minum perlahan lahan...

Ada masanya, lil' Amin terus minum dan sambung tidur...  Tapi ada masanya lil' Amin grumpy menangis tak mau minum, part ni kena sabar byk2..  Biasanya kalau lil' Amin grumpy,  mrs pip pujuk dan bawa lil' Amin bercerita,  and oh yes mrs pip dan lil' Amin ada satu permainan yang kita suka main which we called 'DI MANA' ...

so kalau lil' Amin tak nak minum susu lewat malam kan, dia asyik mau BF,  we play the game DI MANA...  senang ja main game ni...

mommy: fish di mana?
Amin: fish di kolam

mommy: puppy di mana?
Amin: puppy sleep

mommy: monkey di mana?
Amin: monkey curi buah

mommy: kungkung di mana?
Amin: kungkung go to work

mommy: pohpoh di mana?
Amin: pohpoh di kampung

and on and on sampai mood lil' Amin ok, then sambil bermain DI MANA sambil bagi lil' Amin minum susu,  and tanpa sedar,  lil' Amin berjaya habiskan segelas susu dan make sure bagi minum air untuk cuci mulut...  Then mrs pip bawa lil' Amin masuk bilik dan biasanya dia terus tidur... T_T

P/S: mrs pip dalam proses untuk wean off BF sepenuhnya

alhamdulillah...  dapat juga mrs pip melalui detik detik indah BF bersama lil' Amin... berbeza dgn lil' Iman,  mrs pip hanya mampu menyusukan lil' Iman selama 10minggu, and it was a sad breastfeeding journey!

Kalau korang nak baca HOW SAD IT WAS,  BREASTFEEDING WITH LIL' IMAN,  just CLICK HERE...

untuk mak mak yang baru melahirkan anak,  dan ada masalah breastfeeding walaupun sudah berusaha sebaiknya agar ada susu badan dan tak berjaya juga, NEVER STRESSED ok,  stress akan buat keadaan lagi buruk.. apa yang pasti,  mak mak sekalian sudah berusaha dan berikhtiar, namun tidak berjaya...

Allah tidak memberatkan sesuatu yang kita tak mampu pikul, mungkin ini ujian buat kita sebagai hambanya,  apa yang penting cari jalan yang terbaik untuk bayi anda.. Dan jgn terlalu mendengar kata kata org sekeliling yang suka mengecam kita hanya kerana tak mampu bagi susu badan..  I have been in that situation, the best thing to do is just ignore those people!

to my sweetheart amin johansen,  mommy gembira dan bersyukur dapat menyusukan amin selama ini,  semoga amin terus tumbuh membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik anak yang soleh dan membesar penuh bahagia bersama daddy mommy dan abang Iman...

cheers.



Tuesday, 25 October 2016

5 Petanda Anak Anda Bersedia Untuk POTTY TRAINING

hi there,

lil' Iman walaupun sudah berjaya potty training di siang hari,  tapi mrs pip masih ada mission yg belum selesai tentang potty training lil' Iman... Mission seterusnya ialah potty training di malam hari ketika lil' Iman tidur...

sekarang ni lil' Iman still pakai diapers tiap kali tidur malam...  Oh I wish no more diapers at nite... mrs pip masih mencari cara yg efektif bagaimana untuk buat lil' Iman tidak perlu pakai diapers di malam hari dan boleh bangun tiap kali terasa ingin buang air....

Mak mak sekalian ada tips yang berkesan tak?

Mommy, can Amin pee here? 
LOL

Tapi sebelum tu, mrs pip nak share tanda tanda yang anak kecil anda mungkin sudah bersedia untuk aktiviti POTTY TRAINING...

1 -  Anak kecil anda boleh bercakap atau memberi isyarat yang dia mau / sedang buang air kecil / besar.  Pada satu tahap umur,  anak kecil mempunyai kemampuan untuk memberitahu apa yang dia mahu atau sedang lakukan.  Anda perlu peka terhadap apa yang anak anda cuba sampaikan.

2 -  Pandai menanggalkan seluar sendiri setiap kali hendak buang air kecil / besar. Sekiranya hal ini berlaku,  anak anda berada di suatu peringkat di mana dia memahami setiap kali dia mahu / sedang  buang air,  dia perlu menanggalkan seluarnya... dan ada sesetengah anak kecil bukan sahaja menanggalkan seluar, malah bijak menanggalkan diaper mereka. 

3 -  Anak kecil anda memberitahu anda untuk mencuci butt-butt mereka setiap kali buang air besar.  Anak kecil anda memahami setiap kali mereka membuang air besar,  maka butt-butt mereka perlu dicuci dan dibersihkan. Anda sudah tidak perlu lagi memeriksa samaada mereka sudah selesai dgn THE BIG BUSINESS atau tidak, malah anak kecil andalah yang akan datang kepada anda untuk memberitahu bahawa THE BIG BUSINESS sudah selesai. 

4 - Sesekali atau kerapkali anak kecil anda menunjukkan arah tandas tiap kali mahu membuang air kerana mereka mempunyai perasaan ingin mencuba membuang air menggunakan POTTY.  Sekiranya hal ini terjadi,  layan saja permintaan anak kecil anda kerana dia sedang berada dalam fasa 'wean the diapers off'. 

5 - Anak kecil anda menunjukkan reaksi kurang selesa menggunakan diapers dan seringkali mahu menanggalkan diapers yang dipakai.  Ini petanda yang baik anak anda mungkin sedang memberi anda isyarat bahawa dia sudah tidak selesa menggunakan diapers. 

Ini adalah antara tanda tanda awal mungkin anak anda boleh memulakan POTTY TRAINING. Perlu difahami,  POTTY TRAINING mengambil masa beberapa hari atau minggu sebelum berjaya,  dan kadangkala ianya menjengkelkan dan memberi tekanan emosi kepada anda,  namun anda perlu bijak menangani segala tekanan.

Anda hanya perlu berseronok melalui peringkat POTTY TRAINING bersama anak anda,  berikan mereka galakan dan sokongan.

Ada banyak lagi tanda tanda lain yang mungkin menunjukkan anak anda bersedia untuk melalui POTTY TRAINING,  anda sebagai ibu perlu peka terhadap perkembangan kemahiran anak anda.

POTTY TRAINING boleh bermula seawal usia anak anda sudah pandai berjalan atau pada peringkat anak anda sudah pandai memberi isyarat yang dia mahu / sedang membuang air. Setiap anak anak kecil itu berbeza tahap kemahiran mereka,  seperti lil' Iman dan lil' Amin...

lil' Iman agak lewat mempunyai tanda tanda bersedia untuk melalui POTTY TRAINING, iaitu pada usia tiga tahun setengah,  walaupun sebelum ini pernah melalui POTTY TRAINING dua kali tapi tidak berjaya, manakala lil' Amin pada saat ini di usia 23bulan, sudah menunjukkan tanda tanda yang dia siap sedia untuk melalui POTTY TRAINING dan mrs pip bercadang untuk melakukan POTTY TRAINING genap usianya dua tahun.

untuk mak mak sekalian,  jangan rasa tertekan kalau kalau anak anda lewat menunjukkan tanda tanda bersedia untuk POTTY TRAINING,  apa yang penting adalah anda galakan daripada anda.

cheers.




Gembiranya lil' armies bermain PLAYDOH

hi there,

so lil' armies is happily playing with their new toys so called PLAYDOH...  hari pertama main,  bagus ja dorang uli playdoh tu,  kaler biru just biru,  kaler hitam nust hitam and so on...  and dorang start belajar 'design' whatever from their imagination...

mommy,  ni giuk
mommy,  ni snake
mommy,  ni bird bird,
mommy,  ni helicopter
mommy this and that....

itu cerita hari pertama bersama playdoh...


happy ja lil' armies main bersama...

and yes,  nowadays dorang start suka main bersama,  kurang bertengkar... It makes me happy with them now....


so hari kedua main playdoh, they still happy la main bersama,  the playdoh tu kan is no longer warna seketul seketul,  habis semua dorang campur aduk!  but who cares asalkan dorang bermain sambil belajar,  tu lagi penting kan kan kan...


collection of our color palettes... klik entry terdahulu di sini about the playdoh yang mrs pip beli thru LAZADA 

yang ni semua 1ounce per tube,  for beginners it is ok ...


see,  the mixed up color! hey,  it looks nice what,  ngee....


and kalau korang tiada idea how to play with playdoh ni kan,  korang boleh belajar dan dapatkan idea di laman web rasmi playdoh www.play-doh.com


so far untuk hari kedua,  we did some animal shape and the kids have so much fun... Tapi one thing about playing with playdoh,  make sure mak mak sekalian awas anak anak bermain,  make sure dorang tak makan playdoh ni yer,  serius playdoh ni lembut,  moreover ada bau harum gitu, nnt ada anak anak yg ingat playdoh ni boleh dimakan..... 

happy parenting... 

cheers everyone. 




Monday, 24 October 2016

Tebus mainan percuma kali ke-4 di laman web DRYPERS

hi there, 

rasanya mungkin ini redemption terakhir drypers yang mrs pip buat,  cuma tinggal beberapa ratus points selepas redeem yang last free item ni,  no more extra points since mrs pip bertukar kepada jenama lain,  unless anyone baik hati mau bagi the drypers code,  muehehe... 

so,  ni redemption kali keempat,  baca entry di sini untuk tengok redemption terdahulu... 




untuk kali ini,  mrs pip redeem drawing board..  ekceli mrs pip ada beli satu untuk lil' iman, but lil' amin yang conquer,  hahaha...  so daripada beli lagi satu,  redeem thru drypers lagi awesome,  save mommy's money! 


lil' amin sekarang ni,  semua barang dia claimed milik dia...  haish anak mommy ni... lucky lil' iman sekarang ni pandai mengalah most of the time... 

so mak mak sekalian yang guna drypers, rajin rajinlah register the redeem code di website drypers,  so nnt boleh redeem barang,  best best pula tu...  tapi untuk drypers classic,  yg ni setahu mrs pip mmg tak boleh register the redeem code ok... 

cheers... 


Hilang 1kg dalam seminggu....

hi there,

seminggu gastrik!

boleh tahan juga sakit,  bertebalik tunggang menahan sakit walaupun sudah ada ubat... akibat gastrik ni,  buat mrs pip selalu loya dan bikin hilang selera makan.

hari tu beria ia lab mau plan semula diet yang tetiba terbengkalai,  dari hilang 7kg, naik semula 6kg! ikut hati mmg putus asa sudah,  tapi bila mrs pip selalu baca journey kejayaan org yang berusaha sungguh2 dalam menurunkan berat badan, terus mrs pip bersemangat semula untuk diet.

and yes, mrs pip belajar dari kesilapan lalu.

but now, timbul pula masalah gastrik... mmg nak plan berdiet semula,  tapi buat masa sekarang better focus untuk sembuhkan gastrik ni pula,  tapi kan mrs pip perasan sejak gastrik ni, mrs pip lebih banyak minum air,  makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap, makan banyak buah terutamanya betik, no more tea or minuman manis...

and guess what,  berat bdn mrs pip hilang 1kg! dalam masa seminggu....

once gastrik ni hilang sepenuhnya, mrs pip akan lebih berhati hati dgn pemakanan yang diambil,  dan gonna say NO to sweet drinks la kan...


well,  muka still bulat though lose 1kg... 

hehe, apa la mrs pip ni kan,  baru satu kg hilang pun perasan vogue T_T

since dah hilang 1kg, so it is a good start untuk berfikir semula apa yang harus mrs pip buat untuk turunkan berat badan tanpa membuatkan gastrik semakin teruk... 

but thankx to my gastrik,  mrs pip terbelajar sesuatu ttg diet...  it is not only to lose weigh but in the same time to stay healthy... dan kerana gastrik juga, mrs pip consume banyakkkkkkkk air.... in any ways,  mrs pip percaya air tu membantu menghilangkan berat badan dgn lebih cepat... 

asal lapar sikit terus minum air so perut tak la terus lapar then kalau still lapar juga, mrs pip makan buah dulu,  then baru makan heavy meal,  tu pun semangkuk kecil... you ols know la,  gastric people tak boleh makan byk dalam satu masa... kena makan sikit2 at one time,  lepas tiga empat jam,  makan lagi sikit,  cenggitu kalau gastrik... 

hope the gastric shoo shoo away.... lagi cepat lagi bagus. 

cheers. 



Sunday, 23 October 2016

Sandisk extreme 32GB memory card @rm59.90 hanya di LAZADA

hi there,

since tablet mrs pip is now back in action, so perkara wajib perlu mrs pip buat selain update semua apps yg sudah lapuk,  ialah perlunya beli MEMORY CARD!

aiseh, mana tahan kalau tiada memory card,  internal memory cuma 16GB, ni pun hampir penuh sudah,  byk sgt snap gambar,  ngee.

as usual la, mrs pip kan suka beli online,  so mana lagi kalau tak di LAZADA!


mrs pip beli sandisk extreme 32GB for action camera,  harga rm59.90, postage pula rm10.60... lepas ni boleh snap ribu raban gambar direct from tablet mrs pip, muehehe....

so anyone perlukan memory card,  korang browsing ja di LAZADA,  kot kot ada yg berkenan...

cheers.


Saturday, 22 October 2016

Lenovo external hard disk 1TB @ RM199

hi there,

tengah kemas2kan folder di laptop,  then compile semua gambar2 yg mr. Husband n mrs pip ada, then check memory space laptop kan,  aiseh dah almost full!

hurmmmmm,  nampaknya kena beli external hard disk la kalau cenggini....  and kebetulan tengah havoc mycybersale things kan,  sana sini sale sale sale,  so timing yg sesuai la ni utk beli online..

lepas dapat green light dr mr. Husband, terus buka LAZADA... mrs pip kan pembeli tegar LAZADA, muehehe....

browsing beberapa options,  so far paling murah yang ni LENOVO 1TB harga rm199, free shipping!.. no need fikir banyak banyak,  terus grab satu!


so there goes my new external hard disk... extra memory means can take many photos and save many movies!


Lenovo F309 1TB
the best from LAZADA

so anyone yang rasa2 nakkkk sgttttt beli external hard disk pada harga yg awesome, korang terjah ja laman web LAZADA,  byk sgt pilihan,  rambang mata wei T_T

cheers. 


Sikap 'TERIBBLE TWO' si anak

hi there,

teringat masa dulu waktu zaman kemuncak lil' iman yang penuh dgn grumpiness dan sentiasa mahu menang!  Mmg tiada chance la kita ni untuk menang,  asyik2 dia ja yg betul,  fuh...  time tu mmg mencabar tahap kesabaran mrs pip as a mommy.

time tu, kalau lil' iman cakap dia tak mahu mandi,  mmg berperanglah mrs pip bawa lil' iman masuk bathroom..  then kalau mood tak mau makan dia datang,  sejam dua jugalah mrs pip bersabar bagi lil' iman makan...

then kalau ada yg tak kena and kekadang saja ja dia cari pasal nak nangis,  habislah rumah berselerak,  semua toys dia buang.. grrrrrr and boleh naik singa juga mrs pip gara gara perangai 'TERRIBLE TWO' lil' iman...

Dia minta buah,  tapi mrs pip lambat bagi
Merajuk gilerrr sampai tertidur 

but now,  lil' iman is no longer having his bad 'TERRIBLE TWO'  attitude...  sekarang ni lil' iman lebih berdikari dan dengar cakap... Fuh! lega mommy... 

But.... It is lil' amin punya giliran 'TERRIBLE TWO' pula...tapi since mrs pip dah ada pengalaman dgn lil' iman dulu,  so this time mrs pip lebih bijak handle lil' amin... 

once bad mood the grumpiness the cengeng perangai keluar,  mrs pip is longer nak pujuk2, lagi dipujuk lagi menjadi the perangai...  so biarkan saja... 

kdg kdg tu,  once lil' amin start his perangai 'TERRIBLE TWO' ,  and mrs pip biarkan, dia punya merajuk tu sampai tertidur,  but still mrs pip biarkan saja...  Nnt once dia terbangun, mesti dia cari mrs pip... 

Mommy.... Mommy... Mommy 

then time ni,  barulah mrs pip slow talk dgn lil' amin...  mrs pip akan explain apa yg lil' amin boleh and tak boleh buat...  biasalah kids kan,  kdg2 tu dia agree with our words, kdg2 tu dia refuse dan siap bagi his own words!... sabar byk2 ya mak mak sekalian... 


Bila dia sengaja kotorkan lantai
Apa motif ni? 

contohnya,  ada masa masa tertentu lil' amin behave ja makan sendiri,  lantai pun bersih ja..  tapi ada masa masa tertentu,  habis lantai kotor...  kalau ditanya,  kenapa kotorkan lantai,  nnt lil' amin jawab

mommy seeeeee, banyak fish di lantai... dia swim swim... 

atau

mommy, lantai pun mau makan

aigo!!!!!! 

then lil' amin tau yg dia buat tu salah,  then dia aka cakap

Mommy...  don't denda aaaa

aigo aigo aigo!!!! 

betullah,  usia anak dua tahun ni memang menguji kesabaran sungguh.... dan perangai TERRIBLE TWO ni bukan setakat berlaku di rumah, tapi tak kira tempat dan waktu! 

so mak mak sekalian yg ada anak seusia mcm lil' amin ni,  perlu byk sabar dan cari jalan untuk redakan perangai TERRIBLE TWO dorang ni hokey...  marah dan melenting tidak memberi kebaikan kepada kita...

and maybe kita boleh cuba tips TERRIBLE TWO dari LIYANA JASMAY,  klik sini

Happy parenting everyone 

cheers. 


Friday, 21 October 2016

Lil' amin main masak masak... masak apa tu?

hi there,



Jgn ingat anak perempuan ja reti main masak masak.....

anak lelaki pun, malah lagi advanced bermain...

Mana layan alat mainan masak masak tu,  mesti pakai alat yang real!

Tengoklah lil' amin,  bab main masak masak mmg salah satu peberet permainan dia, berbeza dgn lil' iman yg tak berapa nak layan main masak2 ni....


mrs pip beli ni one set thru mysale.com...

received few weeks ago gitu,  so time mrs pip mau unpacked set ni, lil' amin ternampak,  then terus sambar sambil cakap

"main masak masak"

bila mrs pip cakap yg ni bukan amin punya, start la mulut muncung dia tu... 

grrrrrrr..... 


yang ni brand bergHOFF dari Jerman, high heat resistance, and satu set ni rm30... 

mrs pip beli untuk mr. Husband ekceli coz tiap kali masak,  mr. Husband cakap lagi best kalau masak guna senduk nylon... so far cuma ada 2pcs di dapur,  ni beli extra la moreover harga pun murah... 

and mrs pip dah sembunyikan set ni dari pandangan lil' amin selepas dia siap main haritu,  kalau tidak mesti dia mau main lagi dgn senduk2 ni... haish! 

muehehe,  cheers. 




Gastrik dan keputusan OGDS

hi there,

once again mrs pip diserang gastrik yang teruk! Selepas berusaha bertahan diserang gastrik selama 2 hari berturut turut, akhirnya mrs pip mengalah dan minta mr.Husband utk bawa mrs pip pigi OPD Hospital Beaufort ...

mrs pip berada di membakut rite now, almost 2 weeks sudah,  and since mrs pip ada rekod perubatan di Hospital Beaufort jadi lebih baik mrs pip mendapatkan rawatan di sini ...  Moreover, keputusan OGDS yang sepatutnya mrs pip follow up awal tahun ni pun still mrs pip belum ambil,  walhal keputusan sudah ada early March cuma tak sempat ambil coz kebetulan lepas ja buat OGDS,  mrs pip berpindah ke KK T_T

it was Monday,  ramai juga pesakit di OPD sedang tunggu giliran masing masing... Angka giliran mrs pip dipanggil selepas sejam menunggu,  nasib baik lil' armies tidak merengek sepanjang berada di kawasan hospital,  and thanks to mr. Husband dan MIL yang setia menjadi peneman T_T

since mrs pip ada rekod perubatan terdahulu,  so doktor no fussy fussy tanya banyak benda, doktor tu straightaway prescribed ubat gastrik yang sama sebelum ni,  and this time doktor tu bagi 2 bulan supply dan perlu diambil setiap hari ...


so omeprazole become my daily 'supplement' now,  makan jangan tak makan....  you ols mak mak out there,  please stay healthy, don't get gastric...  Gastric. Is. A. Serious. Business...

lepas tu,  doktor update juga keputusan OGDS...  mrs pip underwent the procedure on 15/Jan this year dan sepatutnya result tu mrs pip follow up on 10/March tapi tu lah pindah punya pasal kan,  only after 7months baru dapat tau result T_T


buat OGDS tu sikit boleh tahan juga sakitnya,  but the result simple mcm ni ja... doktor tu just explain 'everything is good inside your stomach, nothing to worry,  the result is negative' .... What else to bother bila doktor tu ckp mcm tu,  mau tanya byk tp ramai lagi patients doktor ni yg tengah tunggu giliran >>ok,  lame excuses! Haha.


anyone can explain me this?  The endoscopy doctor's note....  biasalah doktor kan, kalau tiada yang serius,  so tiada apa yang perlu dijelaskan...  so no news is a good news ok, and that is ok la bagi mrs pip... so far so good the OGDS result, alhamdulillah...

hurmmm,  seems like mrs pip have a big battle with the gastric-things ni,  grrrr very not comfortable bila gastric menyerang!

to myself,
Get well soon.

Take care everyone.



Thursday, 20 October 2016

Beli PLAYDOH di LAZADA pada harga berpatutan

Hi there,

so recently mrs pip beli playdoh untuk lil' armies thru LAZADA, almaklumlah mrs pip ni kalau tak sempat kluar shopping cari barang, mmg LAZADA lah website tumpuan mrs pip..


Playdoh ni ada banyak sangat jenis,  terpulang mana yang mak mak sekalian suka, harga pun berbeza beza mengikut jenis permainan,  ada yang murah ada juga yang mahal T_T

mrs pip beli playdoh number, letters n'fun,  bersama 10 mini play doh can... Harga pun berpatutan (within my budget) ....


yang best tentang playdoh ni, ianya senang untuk dibentuk / diuli,  tambahan pula ianya tidak melekat pada kulit tangan,  menjadikannya lebih seronok untuk dimain, warna warni pula tu...

tidak sabar rasanya untuk berikan playdoh ni pada lil ' armies,  sambil bermain sambil belajar dan sambil berkreativiti,  tak gitu?

so mak mak sekalian, kalau rasa berminat untuk beli, apa kata browse ja laman web LAZADA dan search playdoh di search box laman web tersebut, hopefully ada yang berkenan di hati T_T

cheers.


Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017