test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Friday, 30 December 2016

Box of Joy, bukan sekadar kotak merah dari LAZADA

hi there,

tadi pagi mr.Husband cakap nak kluar kejap pigi pekan beli barang. selesai beli barang, mr.Husband terus balik rumah, siap bawa dua bungkusan lagi. mrs pip dah agak dah, yang satu bungkusan tu mesti mrs pip punya coz mmg tertunggu tunggu satu bungkusan beli dari Lazada bulan lepas, tapi since tu produk dari oversea, so sangat difahami penghantaran mesti sedikit lewat.

mr.Husband masuk ja rumah, terus letak bungkusan tu atas meja. excited la buka bungkusan pertama tu, yeah! barang yang ditunggu tunggu sampai juga akhirnya ... then bungkusan ke-dua tu, mr.Husband cakap untuk mrs pip juga ...

haish! siapa lah yang bagi ni? pelik, bila masa pula mrs pip order barang besar gedabak ... so bila buka, punyalah terkejut dapat bungkusan ni ...


dapat ja red box ni, terus melompat kegembiraan,
*mr,Husband sila tutup mata tengok aksi isteri melompat lupa diri*

weiiiii, serius ke ni? LAZADA hantar BOX OF JOY untuk mrs pip! ok, serius mrs pip dapat box of joy dari LAZADA. terkejut terkejut terkejut!...walaupun sangat LEWAT dapat box ni, dan LAZADA ONLINE REVOLUTION sudah berlalu, but still mrs pip nak blog juga entry pasal BOX OF JOY ni, excited tau.

here I am, unboxing the red box from LAZADA
... bukan sekadar kotak biasa ...

v
v
v
v
v


comel ja barang barang yang mrs pip dapat ... lagi lagi beruang panda tu kan ... yang panda tu kena simpan sembunyi ketat-ketat, kalau tidak, habislah dikerjakan oleh lil' armies ... muehehe.


tapi sebelum, mrs pip mau intro sikit website LAZADA ni ... mrs pip mula terjebak beli barang di LAZADA ni tahun 2015, mula mula beli satu dua barang ja, lepas tu terasa perkhidmatan beli belah atas talian LAZADA ni menawarkan harga yang sangat berpatutan, penghantaran barang yang cepat, caj penghantaran percuma (tertakluk kepada syarat) dan ada jaminan pemulangan barangan (untuk barangan yang rosak / tidak berfungsi semasa penerimaan, sila semak LAZADA return policy, klik sini) .


Online Revolution ni bermula sejak tahun 2012 menawarkan pelbagai pilihan jenama barangan, dan menjadi kegilaan untuk pembeli atas talian menunggu peluang untuk mendapatkan barangan pilihan mereka pada harga yang sangat berpatutan. Paling best bila dapat diskaun gila-gila, voucher potongan harga, danjuga  pelbagai hadiah ditawarkan kepada pembeli.

Dan untuk tahun 2016, Online Revolution bermula pada 11.11 sehingga 14.12, bertemakan 'BRANDS FOR ALL', memang sesuai sangat kerana LAZADA menawarkan pelbagai pilihan jenama hebat dengan akses tanpa had kepada semua pengguna yang melayari laman web Lazada.

Jenama jenama hebat yang menyertai Online Revolution kali ini antaranya ialah L'Oreal, Maybelline, Garnier, Nestle, Samsung, Drypers, Microsoft, ZTE, Bosch, Tesco, Mattel, Prodiet, Goon, Huawei, Tefal, Oppo dan banyak lagi.

... jom check-it-out barangan yang mrs pip terima daripada Lazada secara close-up ...


jenama Maggi tidak asing lagi bagi kita semua, terutamanya penggemar mi segera
Maggi Royale Thai dan Maggi Oat Mee ni memang sesuatu yang baru bagi mrs pip coz yang ni memang 1st time untuk dicuba 


OMGGGGGGGGGGGGGG.....
dapat chopper you ols, jenama TEFAL lagi!
hari tu memang dah 'eyeing' sangat untuk beli manual chopper, boleh memudahkan mrs pip memasak kelak, no need untuk potong potong bawang kan, just kupas dan masukkan semua dalam chopper ni, hah! senang kerja mrs pip ...
rasanya, mana mana surirumah, kalau dapat chopper sebegini, percuma lagi kan, mestilah senyum hingga ke telinga... I love, I love I love ....


yeah! mulakan hari anda dengan makanan hebat. 
susu tu dalam packaging kaler merah jambu, sesuai untuk tarik perhatian wanita agar minum lebih susu untuk penjagaan tulang dan gigi, ngee. 
yang ni barangan daripada Nestle.  


Jenama L'Oreal, antara salah satu jenama terbaik dalam penjagaan rambut. 
dan mrs pip menjadi pengguna L'Oreal sudah bertahun tahun rasanya, sekarang ni still stick dengan L'Oreal Resist Fall and Anti-dandruff, satu set lengkap mrs pip guna, dan tertanya berkesan.


sesuatu yang baru dengan Nescafe. kali ni Nescafe white coffee dengan perisa pandan, sungguh Asian Flavor gitu... yang ni wajib share dengan mr.Husband.


salah satu item kegemaran mrs pip dalam BOX OF JOY ni sudah semestinya beruang panda yang comel ni ... yang ni dari foodpanda, dengan pembelian RM40, dapat off RM10, guna kod yang ditagkan pada patung beruang panda tu ...

dapat pula voucher RM11 off dari LAZADA, tapi malangnya voucher tu mrs pip tak boleh guna coz dah expired (sob sob, padan muka dapat box ni sangat lewat kan) ...

eh eh, ada wet wipes dari mamypoko la ... so dapat wet wipes ni memang terus letak dalam handbag mrs pip tau, mudah untuk dibawa dan digunakan kelak ...


siapa peminat ola bola? Milo X Ola Bola, memang awesome sungguh dapat beg ni.
mrs pip penggemar Milo, setiap pagi setia dengan MILO, lepas tu peminat setia Ola Bola pula, the movie one of its kind, memang gembira dapat beg ni, lepas tu nnt bolehlah guna untuk road trips traveling mrs pip ... yahoo! 


so, here is all the good stuffs BOX OF JOY from LAZADA.

memang HAPPY FACE sungguh mrs pip dapat barangan semua ni. selama ni jadi pembeli tegar di LAZADA, tak sangka pula dapat barangan percuma dari LAZADA, semua barang best best pula tu...

kepada semua, jangan segan silu beli belah di LAZADA,
dengan pelbagai jenis produk pada harga yang berpatutan, 
anda boleh layari laman web 


dan sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman membeli belah di LAZADA,
boleh tinggalkan komen anda di ruang komen di bawah, dan nak tahu apa yang mrs pip beli di LAZADA selama ini, sila klik di sini.

xoxo,


No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017