test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Friday, 31 March 2017

3 tuntutan selepas bercerai yang boleh dituntut oleh bekas isteri kepada bekas suami

hi there,

perkahwinan merupakan ikatan suci antara lelaki dan wanita yang dibenarkan untuk berkahwin. setiap insan yang berumahtangga, mengimpikan perkahwinan kekal hingga ke syurga, namun ada yang terlerai dipertengahan jalan.

dan untuk itu, perlu untuk wanita tahu tuntutan yang boleh dikemukan kepada bekas pihak suami ...sama sama kita ketahui apa 3 tuntutan yang boleh dikemukakan kepada bekas suami ...



#1 – Tuntutan Muta’ah

Muta’ah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi. Perceraian itu pula bukanlah berpunca dari isteri dan bukan kerana kematian suami.
Ia boleh diberikan dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang. Namun, ia mestilah sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Oleh itu, kadar muta’ah adalah bergantung kepada keredaan dan persetujuan suami isteri.
Tapi, ada masanya suami dan isteri bertelingkah mengenai kadar muta’ah. Maka, pada masa ini Mahkamah Syariah akan menggunakan budi bicaranya untuk memutuskan kadar yang patut diberikan kepada isteri.
Penetapan ini masih berdasarkan kepada kemampuan suami. Wanita yang mempunyai pendapatannya sendiri juga boleh menuntut muta’ah jika perceraian itu berlaku atas kehendak suami.
Mengapa Islam membenarkan pemberian Muta’ah?
Ini kerana isteri lazimnya bergantung hidup dengan suami. Perceraian sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekas isteri yang secara tiba-tiba kehilangan tempat bergantung. Maka, Muta’ah dapat membantu bekas isteri untuk belajar berdikari dan memulakan hidup baru.
Persepsi masyarakat kepada wanita yang diceraikan juga adalah suatu perkara yang diambil kira dalam kewujudan Muta’ah. Masyarakat menganggap adanya keaiban dalam diri wanita yang diceraikan. Perkara ini menimbulkan rasa malu kepada isteri. Maka, Muta’ah merupakan penjelasan yang perceraian bukan berpunca dari bekas isteri.
Selain itu, Muta’ah juga merupakan tanda penghargaan suami terhadap isteri di atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.
Ada beberapa ayat Al-Qur’an yang menyebut tentang Muta’ah iaitu:
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Muta’ah menurut yang ma’ruf sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa.Surah al-Baqarah 2:241
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu berilah Mutaah (pemberian sagu hati) kepada mereka dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya!”Surah al-Ahzab 33:49

#2 – Tuntutan Nafkah Eddah

Eddah ialah waktu tertentu yang perlu dilalui oleh seorang perempuan sebelum dia boleh bernikah dengan lelaki lain. Pada waktu ini, suami dan isteri berpeluang untuk berfikir semula ketika merasai pengalaman melalui perceraian.
Isteri yang diceraikan dalam talak raj’ie (talak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah dengan syarat:-
2.1 – Isteri Diceraikan Secara Talak Raj’ie
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya.”Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i
“Isteri yang ditalak raj’ie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung.”Kitab al-Fiqhu Mazahib ‘Ala al-Arba’ah, Juzuk 4 karangan ‘Abd al-Rahman al-Jazini
2.2 – Isteri Yang Hamil
Keletihan sedang hamil dan tekanan perasaan akibat perceraian akan mengganggu kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Oleh itu, isteri yang hamil dan ditalak dengan talak ba’in (tidak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal sehingga anak itu lahir.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Kalau mereka itu hamil maka berilah nafkah kepada mereka hingga mereka melahirkan anaknya.”Surah at-Talak 65:6
2.3 – Bukan Ditalak Ba’in
Jumhur fuqaha menetapkan bahawa perempuan tidak hamil yang dicerai secara talak ba’in, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian, dan tempat kediaman. Ini merujuk kepada ketika Nabi Muhammad s.a.w mengulas mengenai talak tiga baginda menyatakan (maksud):
“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah.”Riwayat Ahmad dan Muslim
Walau bagaimanapun menurut Hanafi, perempuan dalam kes ini berhak mendapatkan nafkah kerana Allah s.w.t berfirman:
“Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekakayaan kamu.”Surah at-Talak 65:6
2.4 – Bukan Disebabkan Kematian Suami
Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan:
“Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami.”Riwayat Daruqutni
2.5 – Bukan Isteri Yang Nusyuz
“Apabila seorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran.”Kitab Kifayat Akhyar Juz 29 halaman 4

#3 – Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)

Ibu bapa masih bertanggungjawab kepada anak-anak apabila berlaku perceraian. Cuma setelah berlakunya penceraian, maka anak-anak perlu dipelihara dan dijaga oleh salah seorang dari ibu bapa kerana mereka tidak lagi hidup bersama.
Hadhanah bermakna penjagaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dengan baik.
Ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak yang berada di bawah usia mumaiyiz. Ini kerana ibu lazimnya lebih menyayangi anak, tahu mendidik, bersabar dalam memelihara mereka, dan meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.
Merujuk kepada kitab Subul al-Salam, seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: ‘
Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, dalam perut akulah kandungannya, susu akulah minumannya dan ribaan aku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripadaku.”
Selepas mendengar aduan itu Rasulullah s.a.w bersabda:
“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.”Riwayat Abu Daud
Walaupun begitu, hak hadhanah akan telucut sekiranya si isteri itu tidak mempunyai salah satu syarat sepertimana berikut:-
“Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara, iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami, dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu, maka gugurlah hak hadhanah itu.”
Anak-anak yang sudah mumaiyiz pula diberikan pilihan untuk menentukan siapa penjaga mereka iaitu di antara ibu dan bapa.
“Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh seorang anak yang sudah mumayyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.”Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah
Tapi, jika anak berdiam diri, hak diberikan kepada ibu kerana kepentingan anak adalah lebih penting berbanding hak penjaganya.
Berkata Ibnu Qaiyim:
“Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya, maka kemaslahatannya lebih terjamin, maka anak itu diserahkan kepada ibunya, meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acapkali tersalah pilih.”Kitab Fiqh as-Sunnah
sumber : di sini

cheers.


Kehebatan Bulan Rejab

hi there,

happy Friday everyone. syukur alhamdulillah, once again kita sampai di hari Jumaat yang indah .... kali ni kita berkongsi pengetahuna tentang Bulan Rejab ... ada apa sebenarnya di sebalik bulan Rejab?



Tidak lama lagi, kita akan memasuki bulan Rejab jika mengikut takwim Hijrah. Tahukah anda, bulan Rejab mengandungi pelbagai rahmat dan keistimewaannya.
Ini kerana ia merupakan salah satu dari 4 bulan yang dimuliakan dalam Islam. Menjelangnya bulan Rejab, ini bermakna makin hampir diri kita dengan bulan Ramadhan.

#1 – Apa Maksud ‘Rejab’?

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

#2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, dama dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”Surah at-Taubah:36

#3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

#4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.
Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

#5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”Hadis Riwayat Al-Baihaqi

#6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk merebut keistimewaan bulan Rejab yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

sumber: di sini

cheers.


Thursday, 30 March 2017

Crazy over TUPPERWARE

hi there.


do you ever have craziness over something? things that you will always buy even you know you will not really use it or need it? but you keep buying the things ...? anyone? ....

guilty guilty guilty ...
that's the feeling of me ...
whenever I purchased this product, 
I'm like WAHHHHH *happiness is all mine, smile from ear to ear* .... BUT .....

the thing is, after buying all these things, then come the GUILTY FEELING .... I've asking myself why la I purchased all these, and later never use it? not NEVER use it, but in fact, I'm too sayang to use it, so they just sit in the kitchen shelf for display ....grrr

and once mr.Husband told me "you buy all these, but don't wanna use it, better next time don't buy la" .... eeeeiiiiii .... "eh, saya pakailah ....", pointing at few eco bottles and few container that I've always use .... and my fav one is always the "click and go" ...


and now, I've TO STOP from buying Tupperware since my kitchen shelf has out of space to 'accept' any Tupperware collection ... for sure my mr.Husband jeling jeling geleng geleng looking at all these collection ... aiseh.

bah ... kalau mrs pip rancang rancang mau buat Giveaway (GA) barangan Tupperware, ada siapa siapa mau join? bagilah feedback, kalau memberangsangkan, bolehlah buat GA ni next month ;))

I am sooooo mommy-mommy auntie-auntie type now! no more jiwa muda ;( LOL.

p/s: because some said Tupperware ni mmg mak-mak auntie auntie ja yang selalu tapau beli *grrr* ....

cheers.


Wednesday, 29 March 2017

Segmen Blogwalking Janji Kita

hi there,


join another segmen..

yeah.

cheers.


Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

hi there,



Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

cheers.


Tuesday, 28 March 2017

PENCARIAN BLOGGER SABAH : KOMUNITI BLOGGER SABAHAN

hi there,

if you are SABAHAN BLOGGER, we are looking for you! yeah.


a blogger Unni Anje from her blog unnianje.blogspot.my, is looking the Sabahan Blogger to form a community blogger for Sabahan, together with blogger Jun-Zie.com

so we would like to call for Sabahan Blogger to join this "Komuniti Sabahan Blogger" ... interested Sabahan blogger could send your details to the mention email below:-

Subjek : Saya Blogger Sabah
Nama :
No Hp :
Lokasi :
Nama Blog : 

So boleh la sent detail kat 

Email Unni sendiri : Fitriyani.fendi91@gmail.com
Blogger Junzie : Mrshafizie@gmail.com

to read more, you can go to blog Unni Anje or Jun-Zie.

cheers.



Senarai nama pemenang LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST dan jom sertai LAZADA BABY BIG FAIR CONTEST

hi there,

wah, gembira tengok kawan kawan kita menang peraduan Lazada Blogger Contest sempena harijadi Lazada ke-5 tue.... walaupun mrs pip tidak tersenarai sebagai pemenang, namun still happy tengok ada rakan rakan blogger yang mrs pip familiar tersenarai.


dah nama pun kan peraduan, jadi adatlah ada yang menang, ada yang tak ... lagipun ianya dipilih secara rawak. jadi jangan sedih sedih, mungkin hari ni rezeki kawan kawan kita, manatau lain hari rezeki kita pula kan ...

yang ni dah berlalu, apakata kita ramai ramai memeriahkan pula peraduan Lazada Malaysia Baby Big Fair ...


nak tahu caranya mcm mana nak join?

How to Join


1. The contest runs from 27 March until 2 April 2017 (11.59pm). 

2. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 


3. The Article must contain screenshots for the product mentioned in point 2c. 

4. Blog posts must be titled "Lazada Malaysia Big Baby Fair". 

5. Blogger need to mention Lazada's Big Baby Fair (http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/) that will take place from March 27 to 2 April (where you can find special discounts up to 85%!). 

6. Contestants are required to submit the link to their post via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Big Baby Fair Blogger Contest 

7. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

8. You do not have to be a mommy blogger to join. Any blogger is allowed to participate in this contest. 

9. Winners will be selected at random. 

Prizes
6 lucky bloggers will recieve one RM500 voucher each. 

so, jom join sebelum atau pada 2 April, kalau tak silap pemenang terpilih akan diumumkan pada 4 April nnt.

cheers.


Lazada Malaysia Big Baby Fair

hi there,


yeah! Lazada kembali lagi dengan diskaun diskaun hebat. Lazada baru sahaja menyambut ulangtahun harijadi ke-5 dengan pelbagai diskaun dan hadiah menarik diberikan, kali ini Lazada kembali lagi dengan diskaun hebat sempena LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR.

Kempen LAZADA's BIG BABY FAIR (http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/) bermula pada 27hb Mac sehingga 2 April (11.59mlm) ini dan nikmati diskaun istimewa sehingga 85% !!!

jom ramai ramai serbu Lazada .... untuk ibu ibu mengandung atau ibubapa yang sedang mencari barangan bayi atau anak anak kecil anda, bolehlah lawati link laman web Lazada Big Baby Fair :)) hooray!

dan contest sempena LAZADA's BIG BABY FAIR ni pun sedang berlangsung! jadi kepada blogger blogger semua, apa kita kita semarakkan kemeriahan kempen LAZADA's BIG BABY FAIR dengan mengikuti contest tersebut.

mudah saja nak join contest ni. apa yang anda harus buat, cuma jawab 3 soalan mudah dari Lazada.


a) What favorite brand of diapers for your baby (future baby)?

MamyPoko - lampin jenama mamypoko adalah terbaik untuk anak anak saya kerana penyerapan yang efisien, tidak mudah bocor, tidak memberikan ruam lampin kepada kulit anak anak saya dan yang paling penting anak anak sentiasa berasa selesa memakainya.

b) What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)

Dutch Lady - dengan diperkaya dengan nutrisi penting untuk perkembangan anak anak, iaitu DHA, Magnesium, Selenium, Vitamin D dan Zink, menjadikan susu Dutch Lady pilihan untuk anak anak saya.

c) Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)

Children Talking Pen - satu produk saya mahu sangat dari lazada untuk anak anak saya, semestinya children talking pen yang boleh membantu meningkatkan pembelajaran anak anak saya, selain ianya mudah digunaka dan senang dibawa ke mana-mana.



jadi, cepat .... jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di Lazada sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair, bermula 27 Mac sehingga 2 April 2017, dan nikmati peluang diskaun istimewa sehingga 85%


cheers.




(Part 4 : Final) Permata Playschool Family Day

hi there,

so this one will be the last episode for PERMATA PLAYSCHOOL FAMILY DAY.

to read CLICK HERE for


tell you what, lil' Iman was very dramatic!
we were like grrrrrrr almost turned ourselves into lion and tiger!
ouch. he was crying out of nowhere, and refused to play his game
but we managed to persuade him

cranky grumpy all came along 2 hours later after the game just started.


some of parents listening to the instruction given by the teacher


and yes, it was potluck!
and drink all you can


too many choices of food
the kids couldn't make up their mind what to eat


and this little kitten tried hard to get lil' Amin's nugget


little boy was enjoying himself alone eating nugget

for final part, yeah! masa untuk terima hadiah ;))

v
v
v
v
v



lil' Iman and his friends 
this one for the game
bawa bola pingpong guna gelung
Iman 1st runner up.


Iman was looking for his hamper :)








this team won permainan passing belon air
we were defeated by these ladies





this team won permainan hantar gelung hujung ke hujung tanpa lepas tangan



see, I told you, we won 1st runner up for tuang air atas cup suami isteri, and I was blind folded ...
dapatlah juga hamper ...merasa la jugak kan daripada langsung tiada, 
rezeki, hehe.
peace.


dapat ja hamper, lil' Iman couldn't wait to eat the biscuit inside.


cikgu fiza menang ...
eh yang ni cikgu fiza menang loop band tu rasanya


yang ni cikgu ika menang cari gula gula dalam tepung kan


and teachers called all kids to get their drinks
sukalah lil' Iman, dapat extra drinks lagi.



the kids were busy enjoying their drinks

ok, jom makan!
lunch dah ready
parents potluck ramai ramai
masing masing bawa makanan
Semua sedap sedap....

ours was bihun goreng.


cooked by mr.Husband.

so, that's the end of the family day.

we were so happy managed to meet and greet some of the parents.
and we are looking forward to attend another family day, if any.

but we didn't have any PHOTO SESSION! ouch. it hurts me. LOL
nextime insya allah will request to have photo session.

until nextime.

#pusatanakpermatanegara
#pusatanakpermatamembakut
#permatamembakut
#membakut

Thumbs up pusat permata anak negara membakut

cheers.



Monday, 27 March 2017

(Part 3) Permata Playschool Family Day

hi there,

ok, so after finished all games from the kids to the mommies, to the daddies and to the mommies+daddies, now it's the teachers turn.

click here for Permata Playschool Family Day

the committee conduct 2 games for the teachers to participate....

1/ permainan cari gula gula dalam tepung


this was fun.
jom kita kenakan cikgu. hehe

from left to right
cikgu fara, cikgu ika, cikgu rozy and cikgu fiza


everyone was blowing the flour


ok cikgu ....
blow!blow!blow!

guess who didn't blow?


yeah! cikgu ika juara.


followed by cikgu rozy


and cikgu fiza


but cikgu fara?????
seriously????

she didn't blow the flour
hahaha, cikgu fara takut comot eh?


we were like ... ehhhhh mana aci!!!! hehe.
just teasing manja manja.

2nd game pula.
permainan buat loop band


oh, penuh konsentrasi



cikgu rozy and cikgu fiza


rancak cikgu fiza buat


lil' Iman was like 
"mommy, cikgu tu buat apa?"


cikgu ika and cikgu fara


cikgu fara very serious


eh, kenapa cikgu?

guess who win the game?


kids were so thirsty.


yeah! cikgu fiza won.

it's the end of the game.

so we all went back to the hall


party of four.

stay tune for the FINAL PART, CLICK HERE

#pusatanakpermatanegara
#pusatanakpermatamembakut
#permatamembakut
#membakut

Thumbs up pusat permata anak negara membakut

cheers.



Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017