test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 9 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

hi there,

siapa suka membeli belah di LAZADA? kalau korang cakap 'YA' , kita seangkatan dan sewaktu dengannya ... dan jika awak awak semua seorang blogger, LAZADA ada berita gembira!

sempena menyambut harijadi LAZADA yang ke-5, Lazada akan membuat SALE bermula pada 22 - 24 Mac 2017, dan potongan harga istimewa sehingga 90%! WOW.


it's LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST!

siapa yang boleh join ni? ..... semua blogger boleh join tau, hanya perlu buat satu entry khas untuk LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST dan jawab soalan mudah yang disediakan oleh LAZADA ....

yang rasa malas sangat mau klik link yang mrs pip bagi tu, nevermind, mrs pip copy paste kan syarat-syarat yang LAZADA berikan, sekali harung korang boleh baca kat post mrs pip ni ...

How to Join – Lazada Birthday Blogger Contest


1. The contest runs from 1st March until 23 March 2017 (11.59pm). 

2. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

3. The Article must contain screenshots for the three products mentioned in point 2.b (the "Top Product Picks" post). 

4. Contestants are required to submit the link to their post via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Birthday Blogger Contest 

7. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

6. Winners will be selected at random. 

senangkan syarat-syaratnya ....

....................................................................................

soalan pertama:- apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Yang saya suka tentang Lazada Malaysia ialah, ianya merupakan ONE STOP ONLINE SHOPPING CENTRE di mana saya boleh mencari pelbagai pilihan barangan daripada elektronik, fesyen, alatan rumah, barangan kesihatan, produk kecantikan, barangan bayi, alat permainan kanak-kanak, peralatan sukan, hinggalah ke barangan runcit rumah.

Bukan sahaja banyak pilihan, Lazada juga menawarkan harga yang SANGAT berpatutan, dan biasanya harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga di kedai / pasaraya. 

Selain harga yang berpatutan, Lazada memberikan banyak diskaun diskaun hebat dan lebih penjimatan, jadi saya boleh berbelanja dengan lebih lagi di Lazada, serta harga KOS PENGHANTARAN yang murah, dan memberikan KOS PENGHANTARAN PERCUMA untuk setiap barangan yang dibeli daripada Lazada luar negara. Fuiyo! semakin buat saya jatuh cinta dengan Lazada. Bukan itu sahaja, setiap barang yang dibeli, penghantaran sangat CEPAT.

Lazada juga mempunyai jaminan pengembalian barangan (mengikut terma) sekiranya barang yang dibeli rosak tidak berfungsi ketika kita menerimanya. dan prosedur pengembalian barangan cukup mudah. Saya sendiri pernah mengalami barang yang diterima tidak beerfungsi dan Lazada memberikan respon pantas bagaimana CARA UNTUK MEMULANGKAN BARANG YANG ROSAK, dan  wang dikembalikan dengan kadar segera oleh Lazada selepas semua prosedur dipatuhi.

Laman web Lazada sendiri merupakan laman web yang sangat user-friendly, mudah untuk pelanggan membuat kunjungan, membuat pembelian, mempunyai 'wishlist' untuk pelanggan memilih barang kesukaan mereka tempoh waktu berfikir samaada perlu beli atau beli kemudian, Dan setiap barangan yang dibeli boleh di'track' melalui laman web Lazada di bawah kategori 'TRACK MY ORDER". 

Jadi, tiada sebab untuk saya tidak sukakan Lazada. Mudahnya membeli belah di LAZADA!
     

soalan kedua:- 3 pilihan utama dari Lazada Malaysia?

3 pilihan utama saja? banyaknya pilihan, nak pilih yang TOP THREE ni memang sukar ...




Pertama: Nike Women Zoom Windflo 3 Running Shoe

Kedua: Sofa Bed Fabric Grey EK51

Ketiga: Play Tent Tunnel Playhouse


soalan ketiga: Bagaimana anda fikirkan Lazada boleh diperbaiki?

Memandangkan saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan Lazada, untuk melihat apa yang boleh diperbaiki oleh Lazada memang agak sukar. Namun tetap ada yang perlu diperbaiki.

1/ Kos penghantaran yang agak lama untuk produk yang dibeli dari luar negara. 

Saya berharap Lazada boleh mencari cara bagaimana untuk memendekkan kos penghantaran barang yang dipesan di luar negara. Lazada mempunyai banyak pilihan barangan 'shipped from oversea' , dan ini akan membuat pembeli lebih teruja membuat pilihan untuk barangan 'shipped from oversea' sekiranya kos penghantaran dapat lebih dicepatkan.

2/ Mempunyai barangan jenama 'LAZADA' sendiri.

LAZADA akan lebih bersaing dengan produk lain sekiranya mempunyai jenama LAZADA sendiri, dan pasti ramai pembeli akan teruja untuk mencuba produk keluaran LAZADA sendiri, disamping mempunyai jaminan kualiti yang hebat.

3/ Perkhidmatan 'Birthday Gift Wrap & Wish'

Memandangkan saya sering membeli barangan LAZADA untuk dihadiahkan kepada para sahabat dan kaum keluarga, alangkah seronoknya sekiranya LAZADA mempunyai perkhidmatan 'Birthday Gift Wrap & Wish' di mana produk yang dibeli boleh dipilih untuk dibalutkan dengan pembalut hadiah khas dari LAZADA dan boleh disertakan dengan ucapan ringkas dari pembeli terus kepada penerima. Pasti ini akan membuatkan lebih ramai orang memilih LAZADA untuk membeli hadiah atas talian.


soalan keempat: apa birthday wish anda kepada Lazada?

Sempena ulangtahun ke-5 harijadi Lazada, saya mengucapkan LAZADA terus maju dan semoga menjadi portal membeli belah utama atas talian di Asia dengan pelbagai jenis pilihan produk, dari produk jenama tempatan, ke produk jenama antarabangsa. 

cheers.


No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017