test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Friday, 24 March 2017

Perkara ADIL yang isteri perlu ambil tahu apabila suami BERPOLIGAMI

hi there,

if marriage is hard, what's more with polygamy.. and if anyone is involve in polygamy, let's understand a little bit more about it ...

just wanna share this, hope we could learn few things from here


Asalnya, perkahwinan dalam Islam ialah monogami. Ini kerana adanya ayat-ayat yang memberi peringatan kepada lelaki agar tidak menyalahgunakan poligami. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya kezaliman.
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab tertentu seperti isteri mandul, isteri ditimpa penyakit kronik berpanjangan, isteri sukar dididik, suami sentiasa bermusafir dan tidak mampu bersabar dengan dorongan nafsu, serta jumlah perempuan melebihi lelaki.
Seringkali isu yang timbul dalam poligami ialah sikap suami yang tidak adil dalam pembahagian dari pelbagai segi sedangkan adil kepada semua isteri adalah WAJIB.
Sebagai seorang isteri, berikut ialah keadilan yang anda perlu sentiasa ingatkan kepada suami anda:

#1 – Penting Untuk Suami Adil Kepada Dirinya Sendiri

Apakah maksud adil kepada diri sendiri? Ertinya suami yakin dia boleh berlaku adil kepada isteri-isteri dan anak-anak di samping mampu menyara dan mengurus kehidupan mereka dengan cara terbaik menurut syariah.

#2 – Adil Kepada Isteri Adalah Isteri Mendapat Hak Mereka Daripada Suami

Ini termasuk kemesraan hubungan jiwa, dan nafkah yang berupa makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Hukumnya WAJIB. Suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk setiap isteri dan anak-anak mengikut kemampuan suami.
Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari Kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.”Riwayat Ahmad bin Hanbal

#3 – Menunaikan Nafkah

Walaupun isteri mempunyai pendapatan atau harta yang lebih berbanding suami, ini tidak bermakna suami boleh mengurangi nafkahnya dan memberikan bahagian isteri itu pula kepada isterinya yang lain.
Diingatkan bahawa isteri boleh membantu suami dalam soal nafkah tapi mestilah di atas keredhaan isteri dan bukan atas paksaan suami.

#4 – Tiada Perbezaan Dalam Prinsip Adil

Tiada beza antara isteri yang asalnya gadis atau janda, isteri muda atau isteri tua, tahap pendidikan, tahap kedudukan, pangkat dan harta dan sebagainya. Setiap isteri berhak menerima hak mereka secara adil dan saksama.

#5 – Pembahagian Masa

Apabila membahagikan masa untuk isteri masing-masing, suami hendaklah menginap di rumah setiap isteri pada jumlah hari atau masa yang sama banyaknya. Ini termasuklah jika isteri dalam keadaan haid kerana perkahwinan bukanlah tentang hubungan seks semata-mata.

#6 – Berikan Kasih Sayang Kepada Isteri Seadil-Adilnya

Oleh kerana hal perasaan ini sesuatu yang adakalanya sukar dijelaskan, maka Allah menyebutnya;
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan)”Surah an Nisa:129
Sukarnya berlaku adil dalam kasih-sayang, sehingga Aisyah menyebut;
“Daripada Aisyah bahawasanya Nabi s.a.w membahagikan antara isteri-isterinya maka dia boleh mengadili dengan baik. Namun dalam soal kasih-sayang, dia berdoa:
“Ya Allah inilah pembahagianku mengikut apa yang aku miliki, maka janganlah Kamu mencelaku pada perkara yang Kamu miliki sedangkan aku tidak miliki.”Riwayat al Tirmizi

#7 – Adil Terhadap Anak-Anak

Suami bukan sahaja perlu adil kepada isteri, malah anak-anak juga mesti mendapat perlindungan dan kasih-sayang yang sama. Tiada anak dari isteri tertentu yang istimewa dan mendapat perhatian lebih. Semua anak mendapat perhatian yang sama.
Islam menuntut keadilan dalam berpoligami agar rumah tangga yang dibina terpelihara dan kekal bahagia. Poligami yang berlaku tanpa ilmu hanya akan memporak-perandakan institusi keluarga dan memberi kesan buruk kepada pandangan luar terhadap agama.
Sumber : di sini

cheers


No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017