test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 13 April 2017

Misi terlaksana ! Berjaya asingkan tempat tidur antara anak-anak ...

hi there,

hari tu mrs pip ada kongsikan cerita lil' Iman dan lil' Amin sudah boleh tidur sendiri di waktu malam tanpa mrs pip mahupun mr.Husband temankan ... asalkan masuk waktu tidur, our lil' armies akan masuk bilik sendiri, cari selimut, peluk their fav plush toys >>> goose utk lil' Iman dan owl utk lil' Amin <<<, baring dan cari tune utk tidur.

When we decided to let our kids to SLEEP all by themselves ... tough or not?


kalau sebelum ni, mrs pip kena spent about 1hour utk 'dodoikan' budak berdua ni, sekarang ni, dah tak perlu lagi. so masa yang 1hour tu, mrs pip gunakan untuk mengemas rumah, melipat kain dan bersihkan dapur ...

dan syukur juga, budak berdua ni dah boleh kemas semua permainan mereka sendiri. semua mainan yg mereka sepah sepahkan, mereka akan kemas, 'parking' kan di tempat yang betul, jadi kerja kerja mengemas rumah mrs pip semakin mudah 👍...

ada yang bertanya kenapa terlalu awal asingkan tidur anak-anak? ada juga yang bertanya bagaimana caranya anak anak mrs pip boleh tidur sendirian pada usia yang agak awal malah ada yang anggap ianya terlalu awal utk mereka tidur sendirian....


lil' Iman & lil' Amin sedia untuk tidur
lihat saja aksi mereka
semua mainan kegemaran mereka ingin dibawa tidur bersama

untuk menjawab soalan tersebut, ianya agak subjektif, tiada jawapan yang tepat mrs pip rasakan, cuma ianya hanyalah sebahagian dari cara mr.Husband dan mrs pip mendidik anak-anak ...

kami mahu lil' Iman dan lil' Amin faham tentang 'konsep tidur' ....

1 / lil' armies perlu tidur mengikut waktu yang ditetapkan @ 9.00pm paling lewat
2 / lil' armies perlu tidur di ruang yang disediakan
3 / lil' armies perlu menghormati ruang tidur sendiri dan ruang tidur ahli keluarga yang lain
4 / lil' armies perlu tahu sudah masanya untuk anak anak tidur bersendirian tanpa ditemani mommy / daddy, dan tidur bersendirian itu tidak berbahaya
5 / mommy dan daddy akan datang kepada lil' armies sekiranya lil' armies ingin minum air / sakit perut dan perlu ke tandas di waktu tengah malam, etc
6 / semaikan konsep ketuhanan, setiap kali masuk tidur perlu dalam keadaan bersih, baca doa, dan Allah sentiasa menjaga lil' armies


tiga sahabat baik lil' Iman & lil' Amin 
sentiasa temankan mereka di bilik tidur
>>> goose, owl & mike <<<

selepas beberapa bulan mendidik lil' armies untuk tidur bersendirian, akhirnya lil' armies sudah boleh tidur tanpa merengek minta mommy / daddy temankan ....

bagi mrs pip, ada beberapa faktor yang perlu diusahakan agar anak-anak mahu tidur bersendirian :-


nyenyaknya lil' Iman & lil' Amin tidur hingga ke pagi

  • ruang tidur perlulah selesa dan pastikan bersih termasuk pengudaraan yang baik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
  • berilah anak-anak 'teman' untuk tidur bersama contohnya tidur bersama patung kesayangan, mainan kesayangan atau bantal bucuk kegemaran mereka
  • pastikan ada sedikit cahaya di dalam bilik, tidaklah gelap gelita yang membuatkan anak-anak sedikit risau / takut
  • hindarlah daripada bercerita tentang hantu atau menakut-nakutkan anak-anak tentang cerita seram terutamanya bercerita di waktu petang / malam kerana ini boleh mengganggu mood tidur anak-anak
  • elakkan juga dari mengajak anak anak menonton cerita hantu , zombie, dan seangkatan dengannya yang boleh membuatkan anak anak berasa takut
  • biarkan pintu bilik anak anak terbuka agar anak-anak yakin ibubapa boleh mendengar suara mereka sekiranya sesuatu berlaku dari ruang tidur anak-anak
  • beritahu anak-anak, sekarang sudah sampai masanya untuk mereka tidur bersendirian kerana sudah 'besar' atau gunakan perkataan yang boleh difahami anak-anak mengapa mereka perlu tidur bersendirian
  • jangan pernah berasa putus asa sekiranya anak-anak belum berjaya dilatih untuk tidur bersendirian, ianya mengambil masa dan bergantung kepada cara anda melatih anak-anak ... mrs pip sendiri mengambil masa hampir 5 bulan sebelum berjaya :)
  • yakinkan anak-anak, Allah sentiasa bersama kita ketika tidur dan malaikat menjaga kita .... konsep ketuhanan seperti ini walaupun mungkin agak sukar diterima anak-anak kecil kerana mereka selalu menganggap ibubapa lah yg menjaga mereka, namun terapkan selalu, insya-allah berjaya

bilik lil' armies ni, kalau di siang hari
hurmmmmm, bersepah sakan

ini adalah antara tips dan cara mrs pip melatih lil' armies untuk tidur berdikari. lil' Iman di usia 4 tahun, manakala lil' Amin di usia 2 tahun 4 bulan, mereka akhirnya tidur berdikari tanpa perlu ditemani ... 


kadangkala memang terasa rindu untuk memeluk anak anak tidur bersama, namun mr.Husband dan mrs pip sepakat ini adalah yang terbaik untuk mereka. Perasaan risau untuk biarkan lil' armies tidur di bilik mereka sendiri memang ada, namun biasalah naluri keibuan yang sentiasa bimbang tentang hal anak-anak ;))

get the freedom back! haha ... no more bercakap bisik bisik dgn mr.Husband risau anak terkejut, muehehe ....

p/s: jadi mak mak sekalian, pada usia berapa yang anda anggap sesuai untuk berpisah tidur dengan anak-anak? ada tak tips / cara yang anda boleh kongsikan ? letak tips / cara anda di ruang komen ya ... share la tips anda, manatau lebih baik berbanding tips mrs pip yang tidak seberapa ini T_T

kalau yang rasa nak pisahkan tempat tidur anak-anak, tapi percubaan belum berjaya, teruskan mencuba, dan jgn putus asa ...

happy parenting, parents!

cheers.



No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017