Muhasabahlah kita wahai WANITA

hi there, sedikit perkongsian tentang wanita, semoga kita mendapat keberkatan dan diredhai Allah.... Percaya atau tidak, wanita adalah penghuni neraka lebih ramai berbanding lelaki seperti yang dilihat oleh rasul kita ketika baginda naik ke langit waktu Israk Mikraj. Mari kita ambil peduli / ambil tahu apa sebabnya terjadi sedemikian?

Muhasabahlah kita wahai WANITA

Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasulullah s.a.w dan umat Islam.

Selain meninggalkan hikmah terbesar dalam arahan menunaikan solat 5 waktu, peristiwa perjalanan satu malam Rasulullah s.a.w itu turut diperlihatkan hukuman terhadap dosa-dosa umat manusia.

Dalam peristiwa ini juga, Rasulullah s.a.w juga telah diperlihatkan dengan pelbagai seksaan terhadap wanita yang ingkar. Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w dan mereka terlihat Baginda sedang menangis.Mereka bertanya kepada Baginda s.a.w:
“Wahai Rasulullah, mengapakah menangis?”
Baginda menjawab;
“Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”
Lalu, dengan tangisan yang teresak-esak Rasulullah s.a.w menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab yang dahsyat terhadap golongan wanita;

#1 – Perempuan Digantung Rambutnya Dan Otak Kepalanya Menggelegak

Golongan ini disiksa dengan cara demikian kerana tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.

#2 – Perempuan Digantung Lidahnya, Dijadikan Lidahnya Sepanjang 70 Hasta

Kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak). Wanita-wanita ini diseksa sebegini akibat daripada menggunakan mulut mereka (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suami mereka.

#3 – Perempuan Digantung Dengan Buah Dadanya Dari Balik Punggung Sedangkan Air Getah Kayu Zakum Dituang ke Kerongkongnya

Hukuman ini dikenakan kepada kumpulan perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suami mereka.

#4 – Perempuan Yang Memotong Badannya Sendiri Dengan Gunting Api Neraka

Wanita-wanita ini diihukum sebegitu kerana memperkenalkan dirinya kepada orang asing serta bersolek dan berhias supaya kelihatan cantik pada mata para lelaki lain.

#5 – Perempuan Digantung Sambil Kedua Kakinya Dan Tangannya Diikat Ke Ubun-Ubunnya, Diberikan Ular Dan Kala Jengking

Hukuman ini adalah disebabkan wanita itu boleh solat, tetapi tidak mengerjakannya serta keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

#6 – Perempuan Yang Memakan Dagingnya Sendiri Dan Di Bawahnya Dinyalakan Api Neraka

Wanita yang dihukum sebegini adalah disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas. 

#7 – Perempuan Yang Mukanya Hitam Dan Memakan Tali Perutnya (Usus) Sendiri

Hukuman ini adalah kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

#8 – Perempuan Yang Telinganya Pekak Dan Matanya Buta

Diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak. 

Seksaan begini adalah akibat daripada wanita tersebut mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi enggan kerana tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

#9 – Perempuan Yang Kepalanya Seperti Babi Dan Badannya Seperti Himar (Keldai)

Mendapat berbagai kesengsaraan. Wanita yang dihukum dengan siksaan ini adalah disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

#10 – Perempuan Yang Rupanya Seperti Anjing

Sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.

Wanita-wanita yang dihukum begini kerana suka membuat fitnah, sering marah dan membenci suaminya.

Rasulullah s.a.w juga bersabda;
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Tanya mereka kepada Rasulullah s.a.w.
“Mengapa ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w menjawab:
“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.”Hadis Riwayat Bukhari
Dapat disimpulkan, kebanyakan ahli neraka adalah golongan wanita kerana mereka mengingkari dan mengkufurkan kebaikan suami mereka. 

Golongan ini juga sering berasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suami mereka banyak berbuat kebaikan terhadap mereka. 

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj itu juga, Rasulullah s.a.w turut melewati satu kawasan berbau bauan kasturi yang sangat harum. Baginda lalu bertanya kepada Jibril;
“Kawasan apakah yang sedang kita lalui wahai Jibril?”
Jibril menjawab;
“Inilah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.”
Dengan itu, kita sudah lama diberi contoh akan azab yang begitu pedih dengan suatu ganjaran yang sangat indah. 

Tinggal lagi untuk memlilih; adakah mahu menerima azab seperti yang diceritak oleh Rasulllah di neraka, atau ganjaran wangian syurga seperti wanita-wanita terpilih? 

Sumber : https://tazkirah.net/israk-mikraj-muhasabah-diri-kepada-anda-wahai-kaum-hawa/

cheers.

Post a Comment

0 Comments