test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Saturday, 8 April 2017

Resepi mudah acar timun

hi there,

hari ni mrs pip mahu berkongsi resepi ... alah, mcm korang tak kenal mrs pip ni kan (eh, ada ka yang kenal?), mrs pip mana pandai masak resepi yang complicated, yang simple simple sahaja ...

ni resepi sangatlah simple, kalau korang suka, bolehlah cuba .... resepi simple acar timun .... serius senang sahaja untuk disediakan ...


nampak acar ni pun dah tau senang saja mau buat kan .... :))



ni lah bahan bahannya:-

2 batang timun 
1 batang lobak merah
3 biji asam boi dibuang biji
3 sudu kecil garam 
1 sudu kecil gula / gula perang


cara membuatnya:-

- kupas kulit timun, potong melintang, dan buang bahagian tengah timun 
(yang banyak menyimpan cecair)
- kupas kulit lobak, dan 'shredded' kan ...
- asam boi dibuang kulit dan potong kecil kecil
- masukkan garam dan gula (mrs pip guna gula perang)

- gaulkan semua bahan sehingga sebati
- sejukkan di dalam peti sejuk sekutang-kurangnya 20 minit
- sedia untuk dihidangkan ....


kan dah cakap tadi, resepi ni bak kata mr.Husband
"alaaaa sap sap sui ja bah tu"


bon appetit!

selamat mencuba ... kalau rasa suka letak kepingan nenas, lada hijau, lada merah boleh lah berbuat demikian untuk menaikkan rasa ... letak sedikit bawang bombay hiris halus halus pun boleh ....

tapi mcm mrs pip cakaplah tadikan, resepi mrs pip ni sangatlah simple, banyak bahan telah diketepikan .... mrs pip cuma guna apa yang ada di dalam peti sejuk sahaja :)) ngee *resepi derhaka*

cheers



No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017