test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Wednesday, 31 May 2017

I am PREGNANT kali ke-3

hi there,

officially announced, I am PREGNANT ! hoorah .... mr.Husband and I were waiting for this moment. alhamdulillah .... memang mengharap sangat for the 3rd pregnancy since a year ago, so when the menses datang tiga hari lewat, terus buat UPT. and on 16th May, we saw the most WANTED TWO LINES T_T ...


between April and May this year, mrs pip buat UPT sebanyak 3 kali, huh! coz hari tu kan Syaaban, so kononnya mahu berpuasa di bulan Syaaban, tapi bila dah niat nak puasa, badan pula rasa lemah lemah dan kepala terasa sangat berat ... 1st buat UPT tu keputusan -ve, the next day nak puasa terus demam ...

after dari demam tu, niat lagi nak puasa Syaaban, tapi mrs pip rasa tak sedap hati, coz mrs pip rasa pelik semacam why la my nafsu makan so mengada ngada... terus terfikir lagi AM I PREGNANT? ... buat lagi UPT kali ke-2 ... then -ve lagi ... terus mr.Husband cakap

"ni bukan pregnant, ni nafsu semata-mata nak makan itu ini" ....

ish mr.Husband ni .... then sampai masa menses, since menses mmg on time, senang je lah nak detect kan preggy or not ... jgn prego sudah! ... menses tu tak seperti biasa, what I have was a brownish liquid ... lama mrs pip termenung dalam toilet, then senyum sorang sorang coz mrs pip dah terasa mcm OK, I'M SURE I'M PREGNANT!


it was 16th May ... mrs pip ingat lagi hari tu coz petang tu mrs pip kena attend hari guru and ibu kat playschool lil' Iman ... and it was the 4th day since mrs pip ada this on and off brown liquid kan ... and mrs pip cuma ada satu lagi yang paling last UPT tester kat rumah .... *punya banyak beli stok UPT tester* ....

then, mrs pip cakap dalam hati, LET THIS BE THE LAST, PLEASE SHOW ME THE TWO LINES, YA RABB .... punya minta berulang ulang sebelum buat test tu ... selalu sebelum buat test, mrs pip info mr.Husband dulu, tapi kali ni tak info ... terus buat senyap senyap ... dan antara 2nd test hari tu dgn third test ni, selang cuma seminggu :)

so kalau mrs pip info, nnt mr.Husband cakap "ishhhh, nanti negatif, you are the one yang akan sad" ... so better buat saja dulu .. kalau result -ve, I will keep quiet la konon-kononnya T_T .... after waiting few seconds, terus dapat TWO LINES!

keluar toilet, terus rasa happy semacam ...

"see, I told you ... hari tu bukan nafsu makan, serius saya rasa saya pregnant" ... 
terus rasa mcm mau perli semula kat incik suami ...

sometimes, the instinct as a  mother kan can be so true ....


dan hari Isnin hari tu, mrs pip buat UPT sekali lagi, kali ni buat kat makmal pula, sebelum boleh proceed daftar kat klinik ibu dan anak ... why so early nak pergi daftar segala, walhal boleh jer tunggu till pregnancy besar sedikit?

well, mrs pip ni asal pregnant saja  mesti kena iron deficiency anemia (IDA), dan paras bacaan IDA mrs pip ni sangat rendah, lebih rendah daripada bacaan minimum. agak risau juga kalau mrs pip tak buat pemeriksaan awal, nak tahu lah juga iron dalam badan ni cukup ke tak ... kandungan iron kan penting untuk bayi dalam perut ibu ...

dan time check up tu, mengikut perkiraan manual, kandungan berada di minggu ke-7 .... tapi kena tunggu few more weeks before mrs pip buat imbasan pertama untuk mengetahui secara details kandungan sebenar mrs pip ni ...

1st pregnancy dan 2nd pregnancy, selain buat check up kat klinik ibu dan anak, mrs pip akan buat check up juga dengan pakar O&G di klinik swasta, just to get the 2nd opinion :) ....

lepas ni kalau tetiba banyak sangat entry mengenai pregnancy stories mrs pip, hope korang tak jemu nak layan entry mrs pip ok ... sayang korang semua, my readers & visitors ...

doakan yang baik baik untuk mrs pip ya ....

p/s: since Sabah still dalam mode bercuti umum sempena pesta kaamatan, mrs pip nak ucapkan TADAU TAGAZO DO KAAMATAN. ARAMAITII ....


jom support GIVEAWAY RAYA rakan blogger, cik ELSALICIOUS 
klik banner utk join T_T

cheers.

Tuesday, 30 May 2017

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

hi there,

last minute join entry SGShop T_T

kali ni dibawakan oleh blogger cikza.com .... tarikh tutup tinggal sehari saja lagi, esok 31/5/17 ...


kalau nak join, klik banner di atas ... tapi sebelum tu, make sure penuhi segala syarat T_T korang dah daftar kat SGShop ? saya sudah, guna username: mrspip ....

kalau mrs pip menang voucher RM100 tu, mrs pip nak shopping beli geometric carpet utk kediaman mrs pip ...


see, harga cuma RM47.92
ni bukan boleh beli satu, tapi dua carpet ...
wow! memang harga affordable sangat ...

anyway, wish me luck ya.

cheers.

Review instant shawl Elora Printed dari Avilia.My

hi there,

agak lama tidak menambah koleksi tudung, so hari tu puaslah mrs pip menGOOGLE online seller / website yang menjual instant shawl. dan kalau dulu mrs pip gemarkan plain shawl/ semi instant / instant, tapi kali ni mencari yang printed pula ...

selain inginkan yang printed instant shawl, perkara lain yang mrs pip utamakan ialah saiz shawl tersebut. mrs pip tidak mahu shawl yang singkat, shawl harus boleh menutupi bahagian dada dan cukup lebar untuk menutup bahu juga T_T

selain saiz, fabrik juga sangat diutamakan. mrs pip mencari shawl yang tidak terlalu licin, mudah diurus, lagi BEST kalau tak perlu iron, dan cuma SARUNGKAN saja :) ... taulah kan, bila dah jadi mak mak ni, semuanya perlu INSTANT ....

6 instant shawl yang berjaya dirembat mrs pip T_T

kalau dulu terjebak beli shawl di Radiusite. pilihan pun banyak, tapi yang printed shawl tu tak berapa menawan hati mrs pip. tapi kalau korang sukakan plain shawl, hah memang rambang mata lah kat Radiusite ni :)

satu lagi, satu ketika dulu mrs pip memborong juga di NaelofarHijab, tapi banyak banyak shawl NH ni, cuma denim semi instant shawl tu jer lah yang mrs pip paling suka, tapi it seems like yang denim shawl tu sudah tidak dikeluarkan semula ....huhu.


google punya google, terjumpa pula laman web AVILIA.MY .... banyak juga pilihan yang menarik,lagi best, harga pun berpatutan. dari hajat nak beli sekadar satu dua helai, terus rembat enam helai. kebetulan ada promosi harga.

kerana mmg sudah tekad utk beli printed shawl, jadi mrs pip memilih product ELORA PRINTED ... sehelai shawl ni berharga RM49.00, tapi kalau beli 3helai, dapat RM100.00, dah alang alang nak membeli, terus borong 6 helai!... dasar nafsu sungguh ,,, muehehe ...

nak beli 3pcs for RM100, masukkan code 3FOR100 sewaktu membuat pembayaran ....

apa yang menarik tentang Avilia Elora Printed ni? ... mrs pip copy paste la yer dari website Avilia T_T :-

SEJUK, SELESA, SENANG IRON & ANTI KEDUT. TAK CAYE? TRY LA. 1X SARUNG JE DAH SANTEK BAK SUPERMODEL
Cuma 1x SARUNG tanpa LILIT dan TAK PERLU pin. Material shawl yang telah diupgrade dengan menggunakan material HEAVY CHIFFON BUBBLE yang MUDAH GOSOK, SELESA dipakai dan TIDAK JARANG
.
Sesuai digayakan dalam apa jua majlis malah sesuai untuk dibawa TRAVEL! Design FULLY INSTANT ini juga memudahkan para ibu kelihatan tampil bergaya. Dengan pemakaian ELORA PRINTED ini anda akan tampil FRESH LOOK, MINIMALIS dan MENAWAN kerana corak ABSTRACT & FLORAL yang elegant

CIRI-CIRI ELORA PRINTED
[+] High quality 2 types of material (depend on pattern) CHIFFON BUBBLE dan CHIFFON CREPE, tak berkedut, tak renyuk dan mudah nak iron. Best sangat untuk bawak TRAVEL.
[+] Material SEJUK dan SELESA dipakai
[+] UKURAN 210cm x 75cm, boleh ejas labuh dari S hingga XL. Sesuai untuk semua.
[+] DESIGN panjang disebelah tepi untuk memberikan lebih variasi gaya walaupun instant

Material: Heavy Chiffon Bubble & Crepe Chiffon.
Design: Super Instant Shawl with Floral and Abstract Printed.
Dimension: 210 cm x 75 cm

nampak tak, saiz tu yang paling utama bagi mrs pip ... cukup lebar dan panjang! ... biasa shawl yang mrs pip beli dalam ukuran 175cm x 70 ~ 75 cm gitu .... tapi shawl Avilia ni panjangnya sehingga 210 cm ... of course I loike!

wait wait, bukan semua mrs pip nak guna pakai ....... beli extra, coz mrs pip nak buat GIVEAWAY sempena bulan puasa ni! suka tak? .... jadi silalah BERSABAR menunggu GIVEAWAY mrs pip yang akan datang tidak lama lagi.

ada sesiapa tak siapa nak join????

cheers

Monday, 29 May 2017

Road to Tambunan : Angsa berjaya di beli

hi there,

kali ni , mrs pip nak belanja gambar angsa yang di beli di Tambunan hari tu :) ....

yeah! selepas berhenti makan di Motung Lotung hari tu (KLIK SINI) , perjalanan ke Tambunan pun di teruskan .... cuaca memang baik pada awal perjalanan ... anak anak pun gembira kekenyangan ....

mrs pip belanja gambar road of the countryside ke Tambunan .... kiri kanan memang sungguh hijau penuh kedamaian :) ...


dari motung lotung, lebih kurang 56KM lagi untuk sampai Tambunan. kalau trafik elok, kurang dari sejam boleh sampai Tambunan .... perjalanan ke Tambunan sedikit berbukit dan berselekoh, dengan lebar jalan yang sangat terhad, jadi pemanduan perlulah berhati-hati, lagi lagi kalau cuaca berkabus dan hujan.




ada butterfly park, Kipandi Butterfly Park. Tapi tempat ni mcm agak usang dan tidak terurus. Hari tu waktu lalu di sini, pagar butterfly park ni berkunci, entah tempat ni still dibuka kepada public, atau memang sudah ditutup sepenuhnya.


awan tebal ... nampaknya kejap lagi akan hujan ....


jalan yang agak berselekoh dengan road shoulder yang sangat sempit ...



kat atas bukit tu, ada aktiviti perkebunan ... kebun sayur kot ...


hujan pun mula turun ....


dan jalan berkabus ....


kadang kadang kabus terlalu tebal ... ada yang sampai menghalang penglihatan ... ketika ini, pastikan lampu depan dipasang dan memandu dengan lebih perlahan dan berjati hati ....


yang ni pula Gunung Alab Motel & Restaurant, tempat singgah untuk ke tandas awam, atau mahu membeli kudap kudap ... ada juga restoran untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan T_T


bersabarlah ya wahai pemandu semua, bila ada kenderaan berat di hadapan ...


antara countryside view yang mrs pip suka ... semuanya nampak hijau dan mendamaikan ....


kalau rasa rasa mau beli produk tempatan, bolehlah singgah di deretan gerai ni :)


Tambunan, here we come ....

lepas tu, bateri kamera (still camera) habis, dan sangatlah kebetulan, bateri handphone mr.Husband pun depleted juga ... uauauaua .... why la so kebetulan ni? .... kalau ambil gambar guna tablet mrs pip 10.1 yang besar gedabak tu, punyalah tidak selesa kan ...

so, berakhir di sini gambar gambar Tambunan kitorang :(


so, inilah dua ekor angsa betina yang di beli di Tambunan tu ... memang sukar sangat untuk mencari penjual angsa ... ni pun mr.Husband merayu kat auntie di Tambunan tu untuk jualkan angsanya ... kesian kitorang ... ada angsa jantan, tapi tiada angsa betina kan ...

nasib baiklah auntie tu berlembut hati jualkan angsa betina dia ni ... many thanks to the auntie :)


dan yang dua ekor angsa putih ni ialah angsa Taiwan, yang mr.Husband beli sekitar lewat tahun lepas ... angsa ni dulu mr.Husband beli tiga ekor, dua jantan satu betina, tapi yang betina pula dah mati :( hari tu ....

oh angsa! you are so happy now sudah 'beristeri' semula, hehe ....

dan baru baru ni, angsa betina dah bertelur! mr.Husband still in progress belajar untuk tetaskan telur telur angsa ni ....

Sunday, 28 May 2017

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom

hi there,


"Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"


Apa itu SGshop Malaysia?

SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulaΓ½n Ogos 2011 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.

Okay, jika u all nak menjadi salah seorang pemenang bertuah ini sila ikuti syarat-syarat seperti berikut:-

Syarat-syarat:-

  1. Terbuka kepada semua blogger 
  2. Copy code HTML di kotak bawah dan paste di blog anda dan tulis entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"
  3. Follow Blog:FarahGlanzDotCom | IG:FarahGlanzDotCom | FB: FarahGlanzDotCom
  4. Like Fan Page SGShop Malaysia dan IG: SGshopMalaysia
  5. Nyatakan barang yang ingin dibeli dengan nilai RM100 Shopping Credit tersebut 
  6. Hantar penyertaaan berserta link blog anda di ruang komen di bawah. 

Tarikh Tutup
26 Mei 2017 - 09 Jun 2017
*Senarai pemenang akan diumumkan pada 12 Jun 2017 menerusi random.org

HADIAH :
10 x RM100 Shopping Credit SGshop Malaysia


Info:-Bagi pemenang yang bertuah nanti pastikan anda telah mendaftar akaun dengan SGshop Malaysia bagi memudahkan RM100 shopping credit SGshop Malaysia dikreditkan terus ke akaun anda nanti yer.. All the best and Good Luck!

Jgn lupa daftar akaun sgshop.. mrs pip dah, dgn username: mrspip


rambang mata nak pilih brg kat sgshop ni, tp mrs pip nak sangat beli maternity pants, ehem ehem, I is pregnang kan...

Jom join ramai ramai...

cheers.

Giveaway Raya By Mya & Friends

hi there,

Join segmen lagi .... jom jom kita terjah ramai2, kalau bertuah bolehlah dapat angpau raya nanti ...

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
πŸ’• Tempat pertama : RM 100
πŸ’• Tempat kedua : RM 70
πŸ’• Tempat ketiga : RM 50
πŸ’• Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Cheers.

Saturday, 27 May 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

hi there,

mrs pip nak promote GIVEAWAY dari rakan blogger kita, kali ni cik elsalicious pula buat GA segmen duit raya .... jom ramai ramai, pakat2 join GA Duit Raya Elsalicious...


Segmen GA Duit Raya Elsalicious dijayakan bersama para sponsors ... seperti biasa, jom klik banner di atas utk join T_T ....

Goodluck utk semua yang join ....

Salam Ramadhan Kareem semua ...

Have a beautiful weekend.

Cheers.

SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway

hi there,

Masih sempat utk join segmen GA tajaan SGShop.. kali ni  join segmen melalui blogger orang orang kita juga bah, elih japahar ...


segme  ni akan berakhir pada 31 Mei 2017, siapa yg belum join, jom cepat2 join, still ada masa lagi ... tapi nak join, make sure korang dah register akaun di sgshop.. saya dah dgn menggunakan username : mrspip ...



antara barangan yg mrs pip nak beli kat sgshop ni kalau menang voucher tu sudah pastinya maternity pants .... byk sangat koleksi maternity pants kat sgshop, rambang mata nak memilih... sesuailah dgn mrs pip yg sedang hamil, walaupun masih dalam trimester pertama, tapi mrs pip dah start eyeing nak beli maternity pants ... hehe, takkan nak masuk trimester ketiga bila semua pants dah menyempit baru terhegeh hegeh nak mencari maternity pants pulak ....

Wish me luck.

Cheers.

Ketahui cara menunaikan solat Tarawih dengan mudah secara BERSENDIRIAN

hi there,

bila bercakap tentang Ramadhan, antara yang paling dinanti-nantikan ialah solat Tarawih, namun tidak semua berkemampuan menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid, tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menunaikan solat Tarawih secara solo ...

jom ketahui cara untuk menunaikan solat Tarawih secara solo / bersendirian ... berusaha kita melaksanakannya, demi untuk mendapat rahmat Allah SWT dan semoga amalan kita diberkatiNya ....

bersama kita berusaha mengerjakan Tarawih

Salah satu keistimewaan bulan Ramadan adalah adanya solat sunat Tarawih yang tiada pada bulan lain. Hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut kepada setiap Muslim sama ada lelaki mahupun perempuan sepanjang malam Ramadan.
Ia boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian. Waktu melaksanakannya ialah selepas solat fardhu Isyak. Bilangan rakaatnya pula antara 8 hingga 20 rakaat.
Bagi mereka yang mempunyai musyaqah/keuzuran untuk melaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau, anda juga boleh melakukannya secara sendiri di rumah. Berikut adalah tatacara mendirikan solat sunat Tarawih 8 rakaat secara sendiri dengan mudah.
Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih (Secara Sendiri) – 8 Rakaat
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

#1 – Solat Pertama

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Takasur
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Asr
Setelah selesai solat pertama (dua rakaat) ini, bangun dan dirikan lagi dua rakaat untuk solat yang kedua. Lafaz niatnya adalah sama seperti di atas.

#2 – Solat Kedua

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Humazah
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Fil
Setelah selesai solat kedua (dua rakaat) ini, baca doa berikut;
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu akan keredhaan-Mu dan kami berlindung engkau Maha Pengampun, Maha Mulia dan suka mengampuni, Yang Maha Pemurah, maka ampunilah aku.”
Selesai berdoa, bangun dan sambung lagi solat Tarawih untuk dua rakaat bagi solat ketiga dan dua rakaat lagi untuk solat yang keempat.

#3 – Solat Ketiga

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Quraisy
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Ma’un
Setelah selesai solat ketiga (dua rakaat) ini, bangun dan dirikan lagi dua rakaat untuk solat yang keempat. Lafaz niatnya adalah sama seperti di atas.

#4 – Solat Keempat

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Kafirun
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah An-Nasr
Selesai solat keempat ini, baca doa yang sama seperti di atas. Juga, boleh membaca doa yang lebih panjang. Mohonlah apa jua permintaan dan permohonan kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh barakah.
Dalam satu solat, ada dua rakaat dan jumlah solat yang didirikan adalah empat kali. Maka, cukup 8 rakaat. Surah yang perlu dibaca dalam setiap rakaat juga boleh ditukar bergantung pada hafalan masing-masing. (Boleh baca mana-mana surah yang diingati).
Maka, selesailah sudah solat sunat Tarawih 8 rakaat jika dilakukan secara sendirian. Selesai solat Tarawih, dirikan juga solat sunat Witir sebanyak tiga rakaat atau satu rakaat (paling minima).
Ala kulli hal, semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada mereka yang berasakan kepayahan atau terdapat kekangan untuk melaksanakannya. Selamat beramal. Wallahua’lam.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon keredhaan-Mu dan syurga-Mu, dan aku memohon perlindungan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan seksaan api neraka.”
sumber : di sini

cheers.

Friday, 26 May 2017

Antara 6 amalan harian sepanjang Ramadhan yang boleh dilaksanakan (walaupun cuma sekali)

hi there,

sempena Ramadhan yang mulia, jom kita lipat gandakan usaha kita dalam mencari pahala ... semoga mendapat keberkatan hidup ...

sedikit perkongsian yang boleh menjadi renungan bersama.

andai setiap kali amalan baik kita lakukan, diberi 
'bunga-bunga syurga', pasti kita berlumba-lumba melaksanakannya :)

Adakah kita gembira dengan kedatangan bulan mulia ini? Berbahagialah bagi mereka yang melalui dan menjalani ibadah yang difardhukan dalam bulan ini dengan penuh keikhlasan dan rasa kehambaan, bukan keterpaksaan. Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang lebih baik di sana nanti.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Barangsiapa yang gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan, nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka.”(Hadis Riwayat Ahmad)
Justeru, dalam melaksanakan ibadah ini, apakah perkara yang boleh dilakukan secara harian sepanjang Ramadan itu ditempuhi? Berikut dikongsikan;

#1 – Mendirikan Ibadah Qiamullail

Sebaik bangun dari tidur, kita boleh mengambil masa selama 30 minit untuk mendirikan solat sebentar dan bermunajat kepada Allah SWT. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah solat sunat tahajjud, membaca Al-Quran atau berzikir.

#2 – Bersahur

Setelah berqiamulail, jangan lupa untuk bersahur kerana dalamnya terkandung barakah (berkat) sepertimana hadis berikut;
“Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#3 – Solat Berjemaah

Menunaikan solat fardhu dan solat tarawih berjemaah di masjid atau surau amat digalakkan, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan. Dan, terlebih baik jika amalan ini dapat diteruskan setelah habisnya Ramadan nanti.

#4 – Membaca Al-Quran

Bulan Ramadan adalah bulan diturunkan Al-Quran. Oleh itu, memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan ini amatlah digalakkan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Selain menanam azam dan tekad untuk khatam Al-Quran, usah dilupa untuk menghayati kandungannya. Berusahalah untuk membacanya sekalipun kita tidak fasih.

#5 – Menghulurkan Sedekah

Menghulurkan sedekah boleh diberikan dalam apa jua bentuk sama ada wang ringgit, pakaian, makanan atau keperluan asas lain kepada mereka yang memerlukan. Setiap amal kebajikan yang dilakukan ketika Ramadan ini ganjarannya berlipat kali ganda.

#6 – Berbuka Puasa

Waktu berbuka adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh mereka yang berpuasa dan waktu inilah ramai dalam kalangan kita mula mengambil berat tentang ketepatan masa waktu Maghrib. Apabila telah datangnya waktu berbuka, maka bersegeralah kerana di dalamnya terdapat kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan, sebenarnya banyak lagi amalan kebajikan lain yang boleh dilakukan dalam masa sehari kita berpuasa. Adapun, perkara di atas hanyalah sebahagian sahaja. Mudah-mudahan, kita dapat menjalankan ibadah ini dengan penuh penghayatan dan menjadikan 6 perkara di atas sebagai rutin harian sepanjang Ramadan.
Jika tidak mampu buat semua, buatlah mengikut kemampuan masing-masing sekalipun satu perkara. Insya-Allah. Moga bermanfaat.
sumber: di sini

cheers.

Kadar bayaran fidyah bagi negeri Sabah

hi there,

puasa ramadhan dah makin hampir.... puasa lepas dah bayar belum? .... yang puasa tak bayar2 sampai tertunggak tunggak, tu nampak gayanya kenalah bayar fidyah... jangan tak bayar fidyah pula, nanti bayaran fidyah akan berganda...

mrs pip ada 90 hari tunggakan fidyah ... byklah juga. ni tak sempat nak puasa coz pregnantkan lil' amin time tu, kemudian fully breastfeed selama 2 tahun ....

beberapa hari lepas, mrs pip nak langsaikan fidyah ni, so berjalanlah mrs pip ke jabatan agama di membakut, tapi dorg ndak accept fidyah, katanya kena pigi pusat zakat di beaufort... so, pigilah pusat zakat di beaufort pula ... tapi pegawai tu bgtau, yang boleh accept fidyah ni cuma baitulmal negeri sahaja ... so kena pigi majlis ugama, MUIS di KK ... adui!

kenapalah byk susah sgt nak bayar fidyah ni kan? Membakut ke KK mmg lah ndak jauh sgt, tapi bukan juga dekat ... kan elok kalau setiap daerah ada tempat kutipan fidyah....

last2 I GOOGLE jer lah, kot2 ada info tentang bayaran fidyah bagi negeri sabah kan ... kalau tak terbayar lagi tahun ni, nnt berganda ganda lemon fidyah mrs pil kena bayar....

sekadar gambar hiasan

kenapalah tak terfikir nak menGOOGLE terlebih dahulu, tup tup kan ada laman web perbadanan baitumal negeri sabah .... yahoo! suka suka suka ... senang hidup, tak perlu nak pigi MUIS kat KK tu semata mata nak bayar fidyah ....

Laman web Baitulmal Negeri Sabah, KLIK DI SINI

siap no. telefon lagi ... hah, telefon sajalah ... mrs pip tanya kalau boleh bayar online ke tak?  pegawai tu cakap, boleh bayar online .... syukur sangat.

Yang nak bayar fidyah bqgi Sabahan, mrs pip sharekan sekali alamat dan contact number baitulmal ok, so senang korang nak refer kelak ...

Lot 103 -104, Tingkat 1, Blok B, Wisma Muis, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088-272228 .... dan maybank account baitulmal negeri sabah pula ialah 560148685147 ... boleh ja bayar terus melalui online banking mcm mrs pip, senang lagi mudah lagi cepat!

Dan untuk kadar fidyah negeri sabah bagi tahun 2017 pula ialah 1 hari puasa yang perlu dibayar fidyah bersamaan dengan rm1.75 ....

semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua ...

P/S: kalau tak sure mcm mana pengiraan fidyah, sila sila google .. tak pun boleh call terus baitulmal dan minta dorg kirakan ....

cheers.

10 amalan Rasulullah di bulan Ramadhan yang perlu kita ketahui

hi there,

kita semakin menghampiri bulan Ramadhan , semoga kita bersedia menumpuhnya dengan penuh ketaqwaan, dan semoga Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik untuk kita semua T_T.

mari kita ketahui 10 amalan nabi tercinta kita di bulan ramadhan ...

ramadhan hampir tiba

Ramadan adalah bulan suci yang lebih baik dari seribu bulan. Ramadan juga adalah bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya. Tersangatlah rugi jika kita tidak merebut peluang itu, bahkan membiarkan peluang itu pergi begitu sahaja.
Nabi Muhammad SAW banyak memberikan contoh kepada umat Islam dalam mengamalkan ibadah sunat dalam bulan Ramadan. Berikut adalah amalan yang dianjurkan untuk diperbanyak selama sebulan Ramadan.

#1 – Melaksanakan Makan Sahur

Bersahur merupakan perkara paling penting dalam ibadah puasa. Bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, sahur juga membantu mengekalkan tenaga untuk berpuasa pada keesokannya.
“Bersahurlah kalian, kerana pada santap sahur itu ada keberkahan.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#2 – Menyegerakan Berbuka Puasa

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita untuk segera berbuka apabila sudah masuk waktunya. Ini kerana perbuatan ini banyak kebaikan dan keberkatannya. Rasulullah SAW bersabda;
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

#3 – Bertadarus Dan Mengkhatamkan al-Quran

Bulan Ramadan merupakan bulan turunnya al-Quran. Selain itu, mengaji al-Quran juga sudah sinonim dengan bulan Ramadan al-Mubarak.
Dengan itu, bertadarus serta mengkhatam al-Quran menjadi pengisian utama Baginda Rasulullah SAW dan para solihin. Seharusnya amalan itu diteruskan oleh umat Baginda pada bila-bila masa pun.

#4 – Menyebarkan Kebaikan

Bulan Ramadan juga dijadikan Rasulullah sebagai waktu untuk berdakwah. Lalu, ketika ini juga sesuai kita jadikan sebagai cara untuk mengajak ke arah kebaikan. Ini kerana pada waktu ini ramai yang sedang cuba berubah ke arah kebaikan, dan mudah untuk orang ramai menyahut seruan kebaikan itu.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.”(al-Imran: 104)

#5 – Memberi Makanan Berbuka Puasa Kepada Orang Lain

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”(Hadis Riwayat Nasa’i dan Tirmidzi)
Sungguh besar bagi golongan yang bersedekah makanan berbuka kepada orang yang berpuasa. Hal ini juga merupakan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sangat baik sekali untuk diikuti dan dijadikan sebagai satu tindakan wajib dalam bulan Ramadan.

#6 – Solat Tarawih

Solat tarawih merupakan ibadah sunah yang dilakukan hanya dalam bulan Ramadan. Solat ini boleh dilakukan secara berjemaah di masjid ataupun secara bersendirian di rumah.
Rasulullah SAW turut mendirikan solat Tarawih dan Baginda pernah mendirikan solat sunat tersebut secara berjemaah dan bersendiri.

#7 – Bertaubat

Bulan Ramadan sangat sesuai dijadikan waktu untuk bertaubat kepada Allah SWT. Ini kerana Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu keampunan kepada semua hambaNya pada bulan yang mulia ini.

#8 – I’tikaf

Iktikaf merupakan sebuah perbuatan berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT. Baginda Rasululllah sering beriktikaf pada awal, pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan. Bahkan Baginda juga sangat kerap beriktikaf di luar bulan Ramadan. Imam az-Zuhri berkata:
“Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan iktikaf padahal Rasulullah tidak pernah meninggalkannya sejak beliau datang ke Madinah sampai beliau wafat.”

#9 – Menghidupkan Malam Lailatul Qadar

Dalam bulan Ramadan terdapat satu malam yang sangat istimewa, iaitu malam Lailatul Qadar yang kebaikannya melebihi kebaikan seribu bulan. Baginda SAW sangat menjaga sepuluh malam-malam terakhir demi mendapatkan Lailatul Qadar.
Dengan itu, Baginda pula menyuruh kita mencarinya di setiap malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan.
Sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa yang melakukan ibadah salat di malam Lailatul Qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#10 – Umrah

Pahala menunaikan umrah di bulan Ramadan adalah sangat besar dan berlipat kali ganda. Rasulullah SAW berkata kepada Ummu Sinan,
“Apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW.”(HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW telah menunjukkan cara bagi menjalani bulan Ramadan dengan penuh keberkatan. Dan kita sebagai umat Baginda seharusnya menjadikan amalan-amalan ini sebagai panduan dalam memperoleh Ramadan yang lebih bermakna. Semoga setiap amalan kita di bulan Ramadan ketika ini dan pada masa akan datang sentiasa diterima oleh Allah SWT.

sumber: di sini

cheers.

Thursday, 25 May 2017

Blog 'berbaju baru' hasil sentuhan sis Hawa

hi there,

*entry lewat sedikit*

beberapa bulan yang sudah, mrs pip berblogwalking di blog adieb, mula mula blog adieb tu biasa biasa saja, then bila blogwalking tak tahu kali ke berapa, terus terjatuh cinta sama si adieb blog dia .... mrs pip berkenan sangat dgn blog makeover cik adieb tu ;) terus rasa "ok, mrs pip, kau pun patut buat blog make over" ... cewah.


risik risik, so dapatlah tahu yang makeover kan blog si adieb tu ialah blogger awa. tapi mula mula mcm mau ndak mau ja ... patut makeover ka tidak, patut ka tidak ... lepas tu, terjebak follow blog sis awa gara gara entry sis awa 'KISAH HIDUPKU' ... aiseh, entry tu patut tukar buat novel. bikin suspen dalam setiap entrynya ... semua part mrs pip baca ... dan bermulalah 'perkenalan' mrs pip bersama sis awa di alam maya.

berbalik kepada edit blog tu, mrs pip dah fikir2 mmg nak sis awa editkan blog, tapi mrs pip ni mmg jenis sukar buat keputusan ... no idea mau kaler apa, tema apa ... tulisan jenis apa, header apa ... pendek kata, mmg blur blur la gitu ... fikir punya fikir selepas sebulan la juga, baru mrs pip memberanikan diri request sis awa buatkan 'baju baru' blog ni.

first, kena pilih tema warna dulu ... pink and purple out! mr.Husband nasihatkan, don't be so girlish sayang, pilih kaler yang not so feminine yet not a masculine .... grey pilihan pertama, kemudian hijau, tapi mrs pip ni tamak sikit, so nak la juga pilihan ketiga, iaitu kaler biru ....




warna warna ni kena pilih sendiri di color-hex website ... mmg byk sgt warna menarik, I is rambang mata mau pilih .....

lepas tu baru proceed dgn details nak mcm mana ... bukan main byk lagi request mrs pip kat sis awa, nak tu nak ni ... sis awa layankan saja, hehe.


header


footer

header tu, mrs pip cuma bgtau sis awa includekan wording this and this, footer pula mmg nak ada 'new comments', 'top comments' dan 'shoutbox' ... tapi design semua mrs pip serahkan kat sis awa ... since semua design yg sis awa pernah buat sebelum ni mrs pip berkenan, jadi I let awa to design everything T_T ...




dan utk sidebar pula, mrs pip request sis awa untuk letakkan icon comel kat blog archive >>>yang love love pink tu<<< cakap tadi tak nak pink kaler kan, tapi I is wanita, so pink sangatlah sinonim dgn jiwa raga wanita, jadi letaklah sikit2 pink kan ....

tapi sis awa baik hati, dia siap letakkan icon comel tu kat Labels mrs pip juga T_T thanks awa. dan yeah! kita dah ada komuniti sabahan blogger ...

untuk sidebar ni, mrs pip request minta awa letakkan scrollbar untuk menu blog archive, bloglist, popular post .... 

satu lagi, mrs pip request nak tema 'butang butang', tak nak ada 'bunga-bunga' .... dan nak yang simple2 je lah ... lepas tu nak 'signature' di penghujung setiap entry ...


dapatlah signature tu, I like it!

yang lain lain tu mmg serahkan semuanya untuk awa design, and time awa bagi tunjuk demo, terus jatuh cinta .... terus suka dan tiada major pertukaran ...

& nak bagitau lah yer, dulu2 mrs pip guna kotak komen G+, tapi 'new comments' dan 'top comments' kat footer tu tak boleh detect komen G+, so paksa rela tukar semual guna kotak komen platform blogger pula ... haish ;( ... nak buat mcm mana kan ....


old


new

pada pendapat korang, mana satu yang lebih gojes? aiseh. yang OLD ka, atau yang NEW ka? bagi sikit pendapat korang tu .... muehehe.

kalau korang berminat nak bagi blog korang 'baju baru', boleh terjah blog sis awa kat sini, dan bolehlah skodeng blog peribadi sis awa kat sini. 

nak tau berapa harga makeover blog ni? termasuk watermark yg sis awa akan email kemudian, harganya >>>> kena email sis awa, lain request lain harga <<<<< .....peace.

yeah, 22/5/17, blog mrs pip berwajah baru T_T

thanks for reading. 

cheers.



Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017