Kadar Bayaran Fidyah Bagi Negeri Sabah (Kemaskini 2022)

hi there,

puasa ramadhan dah makin hampir.... puasa lepas dah bayar belum? .... yang puasa tak bayar2 sampai tertunggak tunggak, tu nampak gayanya kenalah bayar fidyah... jangan tak bayar fidyah pula, nanti bayaran fidyah akan berganda...

mrs pip ada 90 hari tunggakan fidyah ... byklah juga. ni tak sempat nak puasa coz pregnantkan lil' amin time tu, kemudian fully breastfeed selama 2 tahun ....

beberapa hari lepas, mrs pip nak langsaikan fidyah ni, so berjalanlah mrs pip ke jabatan agama di membakut, tapi dorg ndak accept fidyah, katanya kena pigi pusat zakat di beaufort... so, pigilah pusat zakat di beaufort pula ... tapi pegawai tu bgtau, yang boleh accept fidyah ni cuma baitulmal negeri sahaja ... so kena pigi majlis ugama, MUIS di KK ... adui!

kenapalah byk susah sgt nak bayar fidyah ni kan? Membakut ke KK mmg lah ndak jauh sgt, tapi bukan juga dekat ... kan elok kalau setiap daerah ada tempat kutipan fidyah....

last2 I GOOGLE jer lah, kot2 ada info tentang bayaran fidyah bagi negeri sabah kan ... kalau tak terbayar lagi tahun ni, nnt berganda ganda lemon fidyah mrs pil kena bayar....

sekadar gambar hiasan

kenapalah tak terfikir nak menGOOGLE terlebih dahulu, tup tup kan ada laman web perbadanan baitumal negeri sabah .... yahoo! suka suka suka ... senang hidup, tak perlu nak pigi MUIS kat KK tu semata mata nak bayar fidyah ....

Laman web Baitulmal Negeri Sabah, (Baitulmal Sabah)

siap no. telefon lagi ... hah, telefon sajalah ... mrs pip tanya kalau boleh bayar online ke tak?  pegawai tu cakap, boleh bayar online .... syukur sangat.

Yang nak bayar fidyah bagi Sabahan, mrs pip sharekan sekali alamat dan contact number baitulmal ok, so senang korang nak refer kelak ...

Cara Bayar Fidyah Untuk Negeri Sabah 2022

Kemaskini Maklumat 2022.

Bayaran fidyah bagi penduduk Negeri Sbaah boleh dibuat terus secara money transfer ke akaun Maybank Baitulmal Sabah atau ke pejabat Baitulmal Sabah seperti yang dikongsi di bawah.

Lot 103 -104, Tingkat 1, Blok B, Wisma Muis, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088-272228 .... 

dan maybank account baitulmal negeri Sabah pula ialah 560148685147 ... 

boleh ja bayar terus melalui online banking mcm mrs pip, senang lagi mudah lagi cepat!

Dan untuk kadar fidyah negeri sabah bagi tahun 2022 pula ialah 1 hari puasa yang perlu dibayar fidyah bersamaan dengan rm1.90 ....

Cara Bayaran Fidyah


BILANGAN HARI PUASA YANG DITINGGALKAN X GANDAAN TAHUN X KADAR FIDYAH SEMASA

semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua ...


cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. sy prnh practical di zakat bfort. hanya baitulmal di kk ja yg ada kuasa utk terima pbayaran fidyah tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dieb, mrs pip ingat boleh byr kat mana2 masjid or jabatan agam islam, rupanya baitulmal jak pula...

      Delete
  2. Sha hari tu call terus jabatan agama islam kat sini.. Boleh pula terlupa ada lagi puasa tak ganti.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti Sha busy kerja, sampai terlupa nak ganti puasa...

      Delete
  3. kalau lupa dah berapa lama tinggal cmna kak pip? emm..sha pun blm bayar lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ndak pasti mcm mana aa kalau lupa...
      Maybe main agak agak ja brapa byk puasa ndak terganti ....
      Ndakpun terus kol ja baitulmal sabah, tanya mcm mana..

      Delete
  4. pembayaran fidyah online tidak ada FIDYAH pd senarai perkhidmatan Maybank2U online

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak ada FIDYAH pada senarai perkhimatan Maybank, tp baitulmal KK bgtau, kalau nak byr online just guna akaun Maybank rasmi yg diberikan ... so malas nak pening2 , niat kan saja dlm hati nak bayar fidyah dan bayar je terus masuk akaun Maybank yg disediakan ...

      Delete
  5. Perlukan akad ker? Atau just transfer sahaja selepas membuat kiraan? Referrance apa? Ada perlu buat panggilan ker apa2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya just niat kan sahaja bayar fidyah. Tak ada akad apapun. Tak perlu call. Reference pun ikut sendiri nak letak apa.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.