test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Tuesday, 23 May 2017

(PAPN Membakut) Sambutan Hari Guru & Ibu 2017

hi there,

majlis sambutan hari guru + hari ibu diadakan di playschool lil' Iman hari Rabu tu ... serius meriah T_T ... acara dimulakan dengan ucapan pembukaan ketua pendidik, diikuti ucapan dari pengerusi (wakil ibubapa) dan bacaan doa.

selesai baca doa, terus ke acara program, dimulakan dengan slot pemberian 'hadiah misteri' dari suami kepada isteri, tanpa pengetahuan isteri ... wah, ada komplot rupanya ... komplot si ketua pendidik, dengan sang suami suami mak mak semua ... aiseh cikgu.

terkejut mak mak semua tiba tiba dapat hadiah dari suami ... ada yang sampai menitiskan airmata, rasa terharu ... ada pula yang memang tak pernah dapat hadiah dari suami sempena hari ibu ...so once dapat hadiah tu, memang tidak terkata-kata ...


see, anak siapalah ni?

acara dijadualkan jam 2pm, tapi kerana hal2 yang tidak dapat dielak, acara lewat 30 minit. parents ramai yang datang awal, coz ada yang praktis untuk persembahan, ada yang bertugas bahagian jamuan, bahagian teknikal dan sebagainya. mrs pip pun datang awal juga, selain untuk mandikan lil' Iman sebelum acara bermula juga ditugaskan untuk sediakan minuman bancuh T_T , hope sedap lah yer minuman yang kitorang bancuh tu ...


sambil menunggu acara berlangsung, layan dulu gelagat lil' Iman. oh anakku, lil' Iman ni memang sangat obses dengan 1/bomba 2/segala construction vehicles .... dan kebetulan lah pula carpet playschool lil' Iman ni ada gambar2 bomba dan segala vehicles, budak lain busy main dgn kawan2, lil' Iman busy bercerita ttg bomba dan construction things ... 


lil' Amin dan mr.Husband datang hantar mrs pip, tak lama lepas tu, anak beranak ni balik rumah coz mr.Husband kena siapkan pula masakan untuk majlis di malam hari kat rumah MIL. mmg rushing juga mr.Husband ... cenggini la life as a caterer T_T ... ada sesiapa nak tempah katering untuk majlis kawin? info info ok.




ramai suami yang berikan kejutan hadiah untuk isteri masing masing .... ceritanya cenggini. sebelum majlis ni berlangsungkan, gigih ketua pendidik call semua husband tanpa pengetahuan si siteri, dan bagitau misi untuk berikan kejutan untuk si isteri ....


tada! ni lah dalang utama di sebalik kejutan misteri tu ... dan yang bestnya, habis semua surat / kad cinta dibaca secara terbuka oleh ketua pendidik kita ni ... haha, mak mak apalagi, gelak gelak lah ... then bila nama dipanggil , wahhhhh malu malu gitu. cewah! caya lah cikgu Rozie.


kumpulan mak mak ... time ni ada persembahan daripada kids 3 years old .... alaaaa yang 2 years old tu cute , cuma 2 gegirl ja, Adira dan Najihah ... siap pakai butterfly2 lagi .... tak snap la pula gambar budak cute berdua tu ...


see, nampak tak girl comel yang pakai butterfly kaler pink tu?
terlepas snap pic dorang ...


so lepas kids 2 years old tu buat persembahan, diselangseli dengan persembahan dari mak mak la juga ... yang ni group #1 yang buat persembahan, so ada 2 pilihan either berlakon atau menari ... group ni pilih utk berlakon ...  seronok la tengok mak mak ni berlakon semua,, mmg ada bakat terpendam gitu T_T


lepas dah mak mak habis berlakon, selang seli dengan pemberian hadiah misteri lagi, lepas tu kids yang 3 years old pula ready buat persembahana ... budak budak ni menyanyi incy wincy spider, head toe and shoulder, dan juga quack quack quack kalau tak silap ....

ada yang sporting ikut ja apa yang cikgu dorang buat, tapi ada juga yang nangis coz taknak berpisah dgn mommy ... alahai, comel semua ...


ni one of the mak, yang husband dia dengar2 kerja nun jauh di sanaaaa semenanjung
jgnlah sedih .... cute tau anak dia, si safreena
*terus berangan la I, bila la mrs pip ada duaghter juga, adalah geng nnt*


hah! terkejut kan ...
husband jauh, tapi dapat kiriman teddy bear besar gedabak ...
bah, malam nnt memeluk teddy bear la si Purah ni, hihi.

cak! ...
yeah, saf dapat teddy bear dari daddy ...

gara2 mencari teddy bear atas permintaan suami puan saffurah, tu yang ketua pendidik terlewat datang sekolah, tu sebab ler majlis lambat mula 30 minit ... huh! puas meround keliling pekan si ketua pendidik untuk penuhi permintaan suami puan saffurah ...



lepas kids 3 years old habis persembahan, so kumpulan ke #2 pula buat persembahan ... yang terima teddy bear tu after this part ...nampak tak mak yang dukung anak tu, hah! tu la mak yang dpt teddy bear besar tu ... dan ekceli, ni group mrs pip ... tapi mrs pip tak join menari ya ... time dorang praktis hari tu, mmg mrs pip tak sihat, dan I is cannot bila bab menari2 lagi2 dpn public cenggini ...adoi.



ni pula persembahan dari kids 4 years old? nampak tak mana our lil' Iman? ... mrs pip ada rakam video yang part ni, hehe. teruja pula tengok lil' Iman punya persembahan ... dah lah lil' Iman 2 minggu tak dtg kelas coz selsema memanjang ... then Monday tu dia praktis la nyanyi2 ni, then yang Tuesday 16/5 tu buat persembahan ...



ni group mak mak yang ke-3 buat persembahan ... ni siap ada kipas lagi ... ingatkan nak dancing tarian amoi cina yang pakai kipas2 tu kan, tapi sangkaan mrs pip meleset ... tak silap lagu manuk manuk ...


tengoklah lil' Iman, tak habis2 dengan obsesinya ... biarlah anak, yang penting jangan nak meragam, so mommy boleh enjoy watching the performance ...



kalau ibu ibu lain dapat surprise gift dari suami masing masing kan ... hah! yang ni pun surprise juga ... ni keluarga Ilham ... mama ilham birthday sehari sebelum hari guru, so bapa ilham pura pura lah lupa birthday wife dia kan .. then wife dia cakap "anak-anak boleh ja ingat birthday kita, ni husband sendiri lupa birthday kita" .... uauaua, merajuk pula bunyinya ....

then time sambutan hari guru & ibu berlangsung, terkezut mama ilham bila dapat hadiah kek dari si suami ... siap bapa ilham menyanyi penuh perasaan T_T ...


yang ni pula group ke-4 mak mak buat persembahan ... siap pakai mask lagi ... tarian dorang pun boleh tahan .... ramai ni mak mak ada bakat terpendam .... T_T


ni lah barisan pendidik di Permata ... lima orang semuanya ... cun cun pula tu T_T , muehehe .... ingat mak mak ja buat persembahan ... cikgu2 ni pun kena buat juga ....

kiri ke kanan:
cikgu rozie (ketua pendidik), cikgu amira, cikgi ain, cikgu zalikha, cikgu edayu

and I tell you ols, cikgu cikgu ni menari memang paling gempak ... mula mula mendayu2 menari arirang kan, lepas tu tetiba lagu rock pula ... wah! caya lah cikgu ... then lagu bollywood pula ... banyak tarian cikgu cikgu ni persembahkan ... memang kaut keluar semua bakat terpendam tu :)

jom layan gambar gambar lain pula :)  .....


mak mak duduk berjemaah


dan antara acara yang ada selain persembahan anak anak,
mak mak, cikgu cikgu, surprise gift suami utk isteri,
ada juga acara mak mak dapat gift dari hasil kraf anak anak .... 


layan hasil kerja tangan lil' Iman
dalam kad tu banyak tampalan 'love'
lepas tu ada kerja mewarna ...
guess what, si Iman ni, dia conteng kad dia dgn warna kuning,
dia siap bagitau cikgu "ni semua yellow yellow ni, mommy la ni" ....


yang ni pula mak mak beratur bagi hadiah utk cikgu cikgu ...
mrs pip cuma bagi DIY kad hari guru saja ...
hope cikgu cikgu suka hasil tgn mrs pip yer :)


v
v
v
v
v

gambar gambar lain yang dikongsi oleh mak mak sekalian
.... thanks share2 kan gambar di group whatsapp ....
mrs pip suka jer .... boleh buat koleksi gambar dalam blog :)






yang ni persembahan kids 2 tahun ...
ada dua kids saja yang berusia 2 tahun, Adira dan Najihah


seronok cikgu cikgu potong kek bersama sponsor


group ke3 buat persemabahan terima hadiah kemenangan ...
mak mak ni dapat no#2 ke no#1 eh?
time ni mrs pip kluar layan lil' Iman nak minum.


after party
kek diagih-agihkan


tu dia mrs pip terima surprise gift dari mr. Husband ....
ada hensem boy enter frama T_T


yang ni pula terima kad hari ibu hasil kerja tgn lil' Iman
tu cikgu Edayu, cikgu lil' Iman ....


mak mak lain yg turut terima kad hari ibu
ni mama anem


yang ni mama dira


yang ni wakil wife pula,
husband la yang received kad hari ibu tu
tak silap, wife transfer mengajar di ranau eh?


bersama mak boyot T_T


mak mak khusyuk tengok persembahan


inside the classroom


seperti biasa, kita potluck!

tapi mrs pip tak tunggu sehingga majlis selesai ... habis semua buat persembahan, dan cikgu2 terima hadiah daripada parents ... mrs pip terus balik ... mmg tak sempat nak menjamu selera ... mr.Husband rushing kena masak untuk majlis di rumah mak mentua ...

sambutan hari guru dan ibu di playschool lil' Iman disambut sederhana, tapi meriah ... hope everyine have a pleasant evening on that day T_T

cheers.

6 comments:

  1. Mesti terseperais lah tu kan .. hehe
    Nda apa ada rezeki tu nanti dpt anak perempuan .. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mia ...
      haha, mmg terkezut ...
      doa2kan dpt baby girl ya T_T ....

      Delete
  2. hihi, seronok tengok keletah anak2 yang sedang membesar, lil iman macam ank saudara IQ yang kedua, tiga tahun juga, pun masuk Permata. hihi

    eh eh, dah cantik blognye!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) memang seronok tengok anak2 ni, lagi2 time buat persembahan, ala sweet sangat ....

      blog pun nak baju raya juga :) ...

      Delete
  3. Seronok anak2 Permata.
    Mak2 bapak2 lagi lebih2.

    ReplyDelete
  4. best jd guru ni, asyik dpt hadiah. tiap thn, penuh rumah sebab my mom dpt hadiah dr murid2 ๐Ÿ˜‚ alhamdulillah

    ReplyDelete

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017