test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 29 June 2017

Our Raya Aidilfitri 2017

hi there,

seronok tengok gambar gambar raya korang semua ... happy, ceria, sedondon, berwarna warni .. semua ada ... tahun ni hajat dihati nak raya bertema grey, konon lah kan ... tapi rancangan raya tahun ni tak berapa nak menjadi ...

walaupun tak beraya sakan, biskut raya pun buat ala kadar saja *mrs pip tak berapa sihat, and moreover doktor nasihatkan jangan banyak bergerak coz of spotting problem*, kek raya plan nak buat 4 jenis kan, tapi sempat buat 1 jenis saja,  but still, we are happy celebrating raya together ...

and many thanks to mr.Husband yang banyak membantu siapkan semua biskut n kek raya, juga jaga anak2 time mrs pip tak sihat, and sediakan makan minum semua ...

nak bergambar sekeluarga, terpaksa minta bantuan monopod,
lepas ni better beli tripod T_T

1st day raya, mr.Husband balik dari sembahyang aidilfitri kat masjid berdekatan, kita terus snap gambar bersama ... tau sangat, kalau tak snap gambar, meaning mmg tak kan ada gambar kenangan raya kitorang ...

since tema grey tu tak menjadi, tak sempat nak shopping raya sangat, so kita just pakai whatever in the closet. tak dapat nak grey sangat, carilah whatever mrs pip dapat mix n match with grey ... tema bertukar ke hijau bebas + a bit of grey .. ada sedikit grey pun jadi lah , ngee.  and thanks to our divider wall yang kaler grey tu kan, jadi background untuk bergambar ...

and banyak2 gambar, ni sekeping ja yang agak decent, yang lain2 tu tak sesuai ... our lil' armies tak reti nak duduk diam depan kamera ...

apapun, mrs pip harap, raya tahun ni raya korang yang penuh keceriaan dan kegembiraan ...

selamat hari raya aidilfitri 2017 dari mrs pip dan keluarga.

cheers.

Wednesday, 28 June 2017

Apa dah jadi dengan "blogwalking + comments"

hi there,

how everyone's raya this year?

mrs pip tak beraya sangat kali ni. memandangkan mrs pip tak berapa sihat, jadi aktiviti raya pun macam tak berapa nak menjadi ;( ... kebanyakkan masa mrs pip akan tidur dan tidur, memang rasa letih sangat sangat ....

ada masanya, mrs pip rasa macam dah cergas sangat, so terlupa yang mrs pip kena kurangkan pergerakan, jadi mula lah nak buat kerja itu ini, kemas sana sini kan ... then jeng jeng jeng, few hours later, 'spotting' tu datang lagi, dan mengalir laju ! huh. cuak rasanya.

terus masuk bilik, baring dan tidur *ikut arahan mr.Husband merangkap incik dokter sementara* ... memang agak sukar jugaklah nak bergerak banyak ...


since kesihatan agak terjejas, jadi aktiviti berblogging pun dilupakan sementara waktu, cuma tu lah ada yang mrs pip memang dah auto-post kan, so adalah juga entry di-up kan ke dalam blog, kalau tak memang blog bercuti sakan ....

since tak berapa sihat sangat, selain aktiviti nak menaip entry tergendala, aktiviti berbalas kunjungan pun terhentilah seketika ... so sorry tak sempat nak berblogwalking kat blog korang yang terjah blog mrs pip T_T

selain tu, nak reply komen pun tak begitu nak reply sangat ... bukan tak nak reply, bila buka tablet lama lama kan, rasa pening semacam, so terpaksalah tablet berjauhan dengan mrs pip sementara waktu :( ...

kepada sahabat bloggers yang sudi tinggalkan link, blogwalking, bagi komen dan mendoakan kesihatan mrs pip, syukur sangat kepada korang semua yang still luangkan masa melawat blog mrs pip ...

insyaallah, once mrs pip dah recover dari masalah 'spotting' yang berpanjangan ni, mrs pip will visit you ols back T_T.

doakan yang baik baik untuk mrs pip ya.

cheers.

Sunday, 25 June 2017

Pengumuman! Pemenang Giveaway Raya by Mrs Pip

hi there,

alhamdulillah ... tamat sudah segmen Giveaway Raya by Mrs Pip.

terima kasih semua yang participate memeriahkan GA Raya yang mrs pip anjurkan. seramai 33 penyertaan untuk segmen yang berlangsung selama 24 hari, dan hari ini pemenang bertuah akan diumumkan.

nak tahu siapa yang menang? ...


pemilihan seorang (1) pemenang bertuah dibuat menggunakan khidmat RANDOM.ORG. dan pemenangnya ialah ..... DRUM ROLLS .............................

pemenang printed shawl avilia


dan ............ penyertaan bertuah ialah penyertaan ke

Tahniah penyertaan ke 32!

sila emailkan nama, alamat, dan h/p ke sukasukasurirumah@gmail.com. hadiah akan diposkan pada 3 Julai 2017, insyaallah.

ooopssssssssssssssssssss, wait! bukan satu pemenang, tapi mrs pip nak bagi satu lagi hadiah untuk pemenang kedua ! yeah .............

pemenang duit raya (nilai dirahsiakan)

dan yang bertuah menerima angpau raya dari mrs pip ialah >>>>>>>


yeah! tahniah penyertaan ke 21!

sila emailkan nama, dan whatsapp number ke email sukasukasurirumah@gmail.com.
angpau raya akan di-bank-in kan sebelum 1 Julai 2017, insya allah.

KLIK SINI UNTUK LIHAT SIAPAKAH PEMENANG BERTUAH ITU.




mrs pip ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda semua, semoga Syawal ini membawa sejuta kebahagiaan kepada kita semua.

Stay tune utk giveaway mrs pip yang seterusnya.

kosong - kosong ya.

cheers.

Pantun raya seMalaysia

hi there

Layan dulu pantun hari raya satu Malaysia ...


🌺🇲🇾💖Pantun Raya Idilfitri 1438H = 2017M
💖🇲🇾🌺

          Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

           Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

               Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

                Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

              Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

      Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

 Selangor & K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

                 Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Doroyan busok tebok dek tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei

                Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

               Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

               Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

                Sabah
Gunong kinabalu tinggi bah,
Org sabah bawah bayu..
Hari raya jgn lupa bah,
Ok bah kalau kau...

               Sarawak
Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
rilek lah pok.....

                  Jawa
Nyimpan jenong nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingopuro.

                  Hatyai
ดังนั้นที่นี่คุณชอบไม้โอ๊ค
ฉันรักคุณชอบว่าวโอ๊ค
วันหลังจากวันพรุ่งนี้ raye
โอ๊ค โอ๊คพอ ๆ กันความสุข
😬😜😂😂😄😄😅

harap terhibur, muehehe.

dari group whatsapp, sekadar berkongsi.

cheers.

Saturday, 24 June 2017

Pengumuman! segmen GIVEAWAY RAYA BY MRS PIP ditutup secara rasminya

hi there,

dengan ini, segmen GIVEAWAY RAYA BY MRS PIP ditutup secara rasminya ....



dan selama 24 hari segmen berlangsung , sebanyak 33 penyertaan mendaftar diri ... ada yang dah memang jadi follower mrs pip, ada yang baru follow blog mrs pip, apapun thanks semua kepada yang sudi join, I am really appreciate it.

dan kepada yang terlepas untuk join segmen GIVEAWAY mrs pip bulan Jun ni, it's ok, boleh join segmen GIVEAWAY mrs pip insyaallah pada bulan Julai pula (just wish me sentiasa sihat, since my 3rd pregnancy ni mrs pip ada masalah spotting and now dah masuk hari ke-6 spotting ..)

di sini, mrs pip senaraikan link penyertaan para bloggers yang join, so korang semua bolehlah blogwalking and follow-memfollow each other okey ....

senarai penyertaan GA Raya by Mrs Pip

1. http://msvelentine.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
2. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/06/klik-banner-untuk-join-sekaki-kenangan.html
3. http://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/05/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
4. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
5. http://messarah.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
6. https://farhannajafri.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
7. https://belogsjm.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip-24jun2017.html
8. http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
9. http://www.anasuhana.com/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
10. http://razanahanis.blogspot.my/2017/06/random-giveaway-raya-by-mrs-pip.html
11. http://farah-atiqah98.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
12. http://shumie-dz.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
13. http://aryanazra.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
14. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
15. http://puankuci.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
16. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
17. http://happinessin-me.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
18. http://jombercontest.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
19. http://sfilzahtulhr.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
20. https://aninashyqinlife.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
21. http://ciknurul23.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
22. https://umifuzy.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
23. http://www.kakgojes.com/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
24. http://www.opzzpinky.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
25. http://blogashalya.blogspot.my/2017/06/sedang-berlangsung-giveaway-raya-by-mrs.html
26. https://smoochiemallow.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
27. http://www.unnianje.com/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
28. http://akhalilah.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
29. http://penselduabee.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
30. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
31. http://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
32. https://nourayuadieb.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html
33. http://nurnabilarslan.blogspot.my/2017/06/giveaway-raya-by-mrs-pip.html

..........................
nantikan pengumuman pemenang pada hari esok , bersamaan 25/6/2017 dan dijangka juga esok adalah 1 Syawal hari pertama hari raya aidilfitri T_T

so, siapakah pemenang bertuah di hari raya tersebut? kenalah STAY TUNE T_T

cheers.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

hi there,

syawal menjelang tiba T_T di hari lebaran ini, mrs pip ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua followers n readers di blog mrs pip. semoga lebaran tahun ini membawa sejuta makna kepada kita.

kepada yang tidak menyambut hari lebaran, mrs pip ucapkan selamat bercuti dan have a nice day semua T_T


sekiranya ada tersalah bahasa, tersilap kata, or tersalah komen kat ruang komen blog korang, ampun dan maaf dipinta. tak berniat nak berkasar bahasa atau melukakan perasaan sesiapa.

yang driving jauh jauh tu, be careful. dan yang menunggu kedatangan orang tersayang kat rumah tu, have a beautiful day.

Dan blog akan bercuti sehari dua untuk memberi laluan kepada hari raya aidilfitri ...

kosong-kosong.

cheers.

Friday, 23 June 2017

My 1st scanning + 5 days spotting

hi there,

so, mrs pip still spotting. and yesterday I went to polyclinic in Beaufort to do the 1st scanning. the doctor can see a tiny spot in the sac, but hard to get the heartbeat. and when the doctor measured the size, it is just a 6 weeks of pregnancy, not 10 weeks like what the nurse at the public health clinic told me the other day.

in my next visit to the public health clinic next month in July, will let them know about the difference of the pregnancy period and need to adjust my EDD.


It's been 5 days now since I observed the spotting, and now from a small brown spot to a fully soaked pad in light red to brownish color.

the doctor in polyclinic told me to monitor closely the color of the spotting. if it happens to be dark red and too much blood coming out, I must go immediately to he hospital.

but at the moment, since the tiny little thing still inside the sac, it means I am still pregant, and the spotting still in brown color, so I have not to worry a lot, but I need to and must not to do heavy works, must never go for travel or any long road trips, and MUST MUST MUST always take enough rest, and the best to be always lay on my bed!

Huh! so now I am a bit upset. I can't enjoy my raya. mr.Husband even let me sleep most of the time, and he told me there is no ROAD TRIPS for this raya. ouch! I'm hurt. it means, no holiday for us.

but, it's for my own sake. and for the sake of our baby.

To you all, have a beautiful raya.

And doakan yang baik baik utk mrs pip , doakan kandungan mrs pip selamat.

cheers.

Salam Ramadhan Terakhir

hi there,


💥Salam Ramadhan Akhir💥💕

💦Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka.

💦Harap Ramadhan Tahun ni
Bukan LAST Untuk Kita Semua.

💦Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa.
 
💦Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa.

💦Sekiranya ada salah dan dosa. Ampun dipinta di hari mulia.

💦Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi.

💦Whatsapp dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di Aidil Fitri.

* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

💦Ikhlas dari mrs pip n family..😘

Take care semua n have a beautiful hari raya.

cheers

Thursday, 22 June 2017

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

hi there,

sekadar perkongsian untuk renungan bersama....

*Awas! Inilah Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak. Nombor 2 harus dielak dibulan puasa, jangan overdose!.*

Mungkin kita pernah dengar ada kawan-kawan yang tiba-tiba terkena masalah saraf dan tidak kurang juga yang meninggal dunia kerana darah beku pada otak. Yang mengejutkan mangsa yang kita kenali memang sihat tubuh badan dan tidak pernah mengadu sakit apa-apa.

Kerosakan otak boleh berlaku secara drastik disebabkan trauma semasa kemalangan sama ada perlanggaran pada bahagian otak yang kuat ataupun disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.

Namun, sebenarnya aktiviti seharian kita juga boleh menyebabkan kerosakan otak jika dilakukan kerap dan dalam tempoh yang lama. Cuba perhatikan 10 tabiat ini adakah yang merupakan rutin dalam hidup kita?

Yummy!

*1. Tidak mengambil sarapan pagi*
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

*2. Terlebih makan*
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

*3. Merokok*
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

*4. Penggunaan gula yang berlebihan*
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

*5. Pencemaran udara*
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

*6. Terlebih tidur*
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

*7. Menutup muka ketika tidur*
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

*8. Membiarkan otak bekerja*
Semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

*9. Kurang berimiginasi*
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

*10. Jarang berfikir*
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

dari group whatsapp, sejauh mana kesahihannya, perlulah buat kajian sendiri, muehehe....

cheers.

Wednesday, 21 June 2017

Travel raya Mrs Pip

hi there,

puasa sudah pun masuk ke penghujungnya ... pasti ramai yang bersiap siap nak balik kampung beraya kan ... korang semua beraya kat mana? raya tahun ni mrs pip and family akan ber'roadtrip' raya insyallah ke kalau tiada aral akan ke Ranau dan Kota Belud ... yeah!


untuk travel raya ni, mrs pip nak pastikan beberapa barang keperluan wajib dibawa dan susah susah nak cari semua item ni, kita terjah je lah LAZADA ... semua ada, senang mrs pip nak shopping T_T ...


dah nama nak travel dua tiga hari kan, jadi perlu ada luggage bag ... nak beraya dan bergaya? pilihlah yang mana satu, memang rambang mata, banyak sangat yang menarik di Lazada... details, klik sini


nak driving jauh jauh ni kan, biasanya keselesaan anak anak sangat diutamakan ... kids car seat support pillow ni elok dibawa bersama ... senang anak anak nak tidur dalam kereta kan ... grumpy no more! hehe. details, klik sini


yang ni pula bento box. mrs pip ni asal jalan jauh kan, wajib bawa bento box. siap siap masak dari rumah kan ... so yang ni beli yang insulated bento box pula, so makanan kekal panas sepanjang perjalanan ... bila anak anak lapar, just singgah kat mana mana tempat yang sesuai untuk berehat seketika, so boleh layan makan dulu sebelum menyambung perjalanan T_T ... details, klik sini


since raya kan, jadi lagu lagu raya wajiblah ada ... kalau lagu terkini boleh saja dengar kat radio kan, so nak beli CD raya yang zaman dulu dulu, menggamit nostalgia ... semua perjalanan raya tak bosan boleh nyanyi ramai ramai kat dalam kereta ... details, klik sini

korang pula macam mana pula? dah siapkan keperluan travel raya?


Marhaban ya Ramadhan ...

nak info info kat korang semua, Lazada sedang menjalankan SALE sempena raya ni tau, RIANG RAYA SALE (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) sedang berlangsung dari 19 Mei sehingga 30 Jun (dan harga hebat diskaun istimewa sehingga 90%!)

cheers.

Tuesday, 20 June 2017

10 weeks of pregnancy and I have SPOTTING

hi there,

dah masuk 10 minggu mengandung, so far so good, alahan tak da , makan pun boleh saja makan apa saja except yang pedas2 tu mmg mrs pip berpantang buat sementara waktu.

10 weeks pregnancy mengikut kiraan staff nurse, tapi tidak bagi mrs pip ... mereka memgira mengikut tarikh terakhir datang haid, tapi mrs pip mengira mengikut tarikh pengesahan positif ujian air kencing ...



anyhow, mrs pip mengalami 'spotting' semalam. mula2 tu memang risau then mrs pip google and tengok kalau spotting ni masalah besar utk ibu hamil atau tak, and sedikit lega bila tahu spotting ni ialah simptom biasa untuk ibu hamil, tidak memudaratkan melainkan ianya bleeding dan pantiliner fully soaked, yang tu harus jumpa doktor cepat untuk pemeriksaan lanjut.

Spotting is a common concern that many pregnant women face.  Approximately 20% of women report they experience spotting during their first 12 weeks of pregnancy. Bleeding that occurs early on in pregnancy is usually lighter in flow than a menstrual period. Also, the color often varies from red to brown.
Although it is easy to be concerned, don’t panic. The majority of women who experiencing spotting during pregnancy go on to have a healthy pregnancy and baby.

Sumber di sini

dan apa yang sebenarnya menyebabkan spotting ni .... perlu juga untuk ibu2 hamil di awal trimester ni mcm mrs pip ambil tahu kan ...

Implantation bleeding is a common cause of spotting early on in pregnancy. Implantation bleeding happens when the fertilized egg attaches to the uterine lining.  This can trigger a few days of bleeding. This spotting often occurs before a woman even knows she is pregnant and is often mistaken as a pending period.
Another common cause of spotting is a cervical polyp (a harmless growth on the cervix), which is more likely to bleed during pregnancy due to higher estrogen levels. This may occur because there are an increased number of blood vessels in the tissue around the cervix during pregnancy.  As a result, contact with this area (through sexual intercourse or a gynecological exam, for example) can cause bleeding.
Dah ada spotting ni, walaupun bukannya sesuatu yg harus terlalu dirisaukan, tapi still kesihatan kena jaga dan jangan overworked ....

To help manage your spotting during pregnancy and to increase the probability of continuing with a healthy pregnancy, your healthcare provider may encourage you to do the following:
  • Bed rest or more naps
  • More time off your feet
  • Limit your physical activity
  • Elevate your feet when possible
  • Avoid lifting items over 10 pounds
and sejak kebelakangan ni, mrs pip asyik nak tidur saja, memang I is ratu tidur, and lucky mr.Husband memahami sangat, bukan setakat memahami, malah mr.Husband akan pastikan mrs pip tidur dengan cukup, siang n malam n tak perlu risau2 nak buat kerja rumah sangat.

thanks to mr.Husband yang banyak sgt membantu jaga anak2, layan karenah anak2, siapkan makan minum n siap tolong mrs pip bakar biskut raya, muehehe.

doakan yang baik baik untuk mrs pip ya.

cheers.

Monday, 19 June 2017

Mendambakan malam lailatul qadar

hi there,

semoga malam anda merupakan malam yang penuh keberkatan dengan pengisian ibadat yang penuh keihklasan mencari keampunan Allah SWT.


Hari-hari pada 10 malam terakhir Ramadan sesungguhnya memiliki kelebihan tersendiri berbanding dengan malam-malam lainnya. Pada malam-malam inilah umat manusia digalakkan untuk melipat gandakan amal soleh.
Dari Saidatina Aisyah r.a mengisahkan tentang Nabi Muhammad s.a.w pada 10 terakhir Ramadan;
“Adalah Rasulullah s.a.w apabila memasuki 10 terakhir Ramadan, Baginda menguatkan ikatan tali sarungnya (iaitu meningkatkan amalan ibadah baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.”
Terdapat banyak kelebihan di 10 malam terakhir Ramadan, antaranya adalah malam Lailatul Qadar;

#1 – Mengapa Disebut Malam ‘Lailatul Qadar’?

Para ulama sepakat dalam menyatakan tentang nama ‘Lailatul Qadar’, antaranya:
#1 – Pada malam tersebut Allah s.w.t menetapkan secara terperinci akan takdir atas sesuatu selama setahun (dari Lailatul Qadar tahun itu sehinggalah Lailatul Qadr tahun yang akan datang), sebagaimana firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya Kami telah menurukan al-Quran pada malam penuh barakah (iaitu Lailatul Qadar). Pada malam itu didedahkan segala urusan (takdir) yang penuh hikmah”Surah ad-Dukhan:4
#2 – Disebabkan besarnya kedudukan dan kemuliaan malam tersebut di sisi Allah s.w.t.
#3 – Malam tersebut mempunyai pahala yang banyak untuk umat Islam.

#2 – Bilakah Terjadinya Lailatul Qadr?

Malam Lailatul Qadar hanya berlaku pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu dari malam-malam ganjil; 10 hari terakhir Ramadan dengan kehendak Allah s.w.t. Baginda s.a.w bersabda;
“Carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan).”Hadis Riwayat al-Bukhari

#3 – Keutamaan Malam Lailatul Qadar

#1 – Terkandung Kemuliaan
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al- Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadar) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”Surah al-Qadr:1-5
#2 – Diampunkan Dosa
“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadar atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”Hadis Riwayat al-Bukhari
#3 – Digandakan Pahala
Berkata para Ulama;
“Bahawasanya (pahala) amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1,000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadar. Seribu bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut.”
#4 – Turunnya Malaikat
Para malaikat turun ke bumi yang menunjukkan betapa mulia malam tersebut. Ini kerana para malaikat hanya akan turun atas tujuan dan perkara yang besar.
#5 – Malam Yang Penuh Kesejahteraan Sehingga Terbit Fajar
Allah s.w.t mensifatkan bahawa pada malam itu dipenuhi dengan kesejahteraan, iaitu sebagai bukti akan kemuliaan, kebaikan, dan barakahnya malam itu.

#4 – Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

“Pagi harinya matahari terbit dalam keadaan tidak menyilaukan, seperti halnya bejana (yang terbuat dari kuningan)”Hadis Riwayat Muslim
“Lailatul Qadar adalah malam yang tenang dan sejuk (tidak panas dan tidak sejuk) serta sinar matahari di pagi harinya tidak menyilaukan.”Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar
Lailatul Qadar adalah sebuah malam yang istimewa yang dikurniakan oleh Allah hanya dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu, sebagai umat Islam peluang emas itu tidak seharusnya dibiarkan berlalu sebegitu sahaja.
Bahkan, sebaiknya rebutlah dan cubalah sedaya upaya untuk meraih istimewanya malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. Semoga segala keikhlasan kita dalam beribadah dipandang mulia di sisi Allah s.w.t.
sumber asal di sini

sekadar ingin berkongsi

cheers

Sunday, 18 June 2017

The Cartieca Give Away #2

hi there,

jom join ramai ramai ...

Nak join, klik banner ok.

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik, semua scarf cantik cantik ... tergoda I!
  


wish me luck..

cheers.

Menang SGShop credit giveaway anjuran SOFIEADIEDOTCOM

hi there,

very alhamdulillah... sekali lagi mrs pip tersenarai sebagai pemenang sgshop credit giveaway... sebelum ni mrs pip menang melalui sgshop credit giveaway yang dianjurkan oleh elihjapahar, kisahemasputih dan farahglanzdotcom, kali ini nama mrs pip tersenarai melalui blogger anjuran sofieadie.

terima kasih padamu ya Allah kerana memberikan rezeki kepadaku, betapa besar rahmatmu pada setiap hamba hambamu ... dan yakinlah, setiap kita punya rezeki masing masing, dan insyaallah credit tersebut akan dimanfaatkan sebaik-baiknya.

no.12 lapor diri ;)

tahniah kepada pemenang yang lain, dan yang tak menang jangan kecewa. yakin yang rezeki kalian ada ditempat lain, dan kalau still nak join sgshop credit giveaway ni, blogget solehah shamsuddin dan iman abdul rahim sedang menganjurkan sgshop credit giveaway ni dan tarikh akhir giveaway ialah pada 18.6.17 (solehah shamsuddin) dan 20.6.17 (iman abdul rahim) .... boleh rujuk entry mrs pip sebelum ini ...

dan kepada blogger sofie adie, terima kasih sangat sangat kerana memilih mrs pip sebagai salah seorang pemenang giveaway tersebut.

Nak tahu keputusun penuh credit giveaway yang dianjurkan oleh blogger sofie adie, bolehlah KLIK DI SINI.

cheers.

Saturday, 17 June 2017

Let's gardening : teaching lil' Iman the name of the plants

hi there,

as usual, I have to submit lil' Iman's monthly documentation work. eh, ingatkan bab bab assignment ni dah boleh tolak tepi since no more study and retire jadi engineer kan, mak oiii budak playschool pun nowadays WAJIB hantar assignment T_T ... aiseh.

this time, I'll go with the monthly theme. asyik selalu hantar assignment lari dari tema bulanan, theme for this month >>> plants <<< ... since the theme is not so specific, so whatever title about plants will do T_T ...

lil' Iman still quite young, it's hard to explain to him how the tree has its fruit, very science la kan, maybe have to wait when lil' Iman is 6 years old kot baru boleh explain kat dia all these things.

mr.Husband brought lil' Iman to our very small little garden the other day where mr.Husband planted some fruit tree and vegetables, doakan lah pokok buah-buahan kitorang menjadi buahnya yer ...

let's check it out!


watering the cucumber plants


turmeric plant


sweet lime tree (pokok limau manis)


longan tree


tarap tree


dragon fruit tree


guava tree


coconut tree


apple-mango tree


loofah vegetable plants(petola)


chili tree


decorative tree
some called this 'the feng shui tree'

so, that's all for now ... and, since I need to comply with the monthly 4 credit hours, seems like I have one more hour to fulfill the requirement ;( ... I'm thinking spend the one hour in the playschool to teach the kids about making the taugeh ...anyone love taugeh here?  ...

ada sesiapa tak yang tahu macam mana nak buat taugeh gemuk? aiyo, hari tu mrs pip buat eksperimen kan, taugeh tu tak seperti yang dibayangkan :( ... all my taugeh so kurus and panjang2 ... I nak yang gemuk gemuk mcm jual kat pasar tu!


see my taugeh, panjang panjang kurus kan .... nampak tak menarik ;( ... so sesiapa yang ada link tentang pembuatan taugeh gemuk tu, kongsi dengan mrs pip ok. thanksss so much.

p/s: mrs pip dah google, tapi still kalau ada yang dah bereksperimen sendiri berjaya dapatkan taugeh gemuk, share info tau.

have a nice weekend.

cheers.

Friday, 16 June 2017

10 malam terakhir Ramadhan

hi there,

Ramadhan semakin ke penghujung, semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah SWT di dalam bulan yang indah ini. semoga keikhlasan ibadat kita diterima sang pencipta.

apakah akan ada malam malam  yang lebih indah daripada malam lailatul qadar?

Sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan merupakan waktu yang Rasulullah s.a.w dan para sahabat memperbanyak ibadah kepada Allah s.w.t, selain menjauhkan diri dari pelbagai hal dunia.
Sesungguhnya segala ibadah yang dilakukan adalah untuk menggapai kebaikan dan keberkatan yang disediakan Allah s.w.t dalam bulan mulia itu.
Dalam sepuluh malam terakhir ini juga, Allah s.w.t menjanjikan malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada umatnya untuk memaksimakan amal ibadah dalam malam-malam terakhir itu dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Dengan itu, sebaiknya setiap muslim mencontohi Rasulullah s.a.w dalam kesungguhan Baginda beribadah, terutamanya ketika menjelang sepuluh malam terakhir Ramadan al-Mubarak. Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;

#1 – Berqiyamullail

Berqiyamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”

#2 – Membaca Al Quran

Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah;
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.”Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.

#3 – Beriktikaf

Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”

#4 – Banyak Berdoa

Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyak pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Surah al-Baqarah:186

#5 – Banyak Beristighfar Dan Bertaubat

Dalam melalui sepuluh malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut pada oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.”Surah an-Nur:31

#6 – Mengerjakan Umrah

Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”

#7 – Tidak Tidur Di Sepuluh Malam Terakhir

Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata;
“Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.”Hadis Riwayat Imam muslim

#8 – Membantu Keluarga Untuk Beramal Soleh

Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda sangat bersungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Pada malam-malam sepuluh hari terakhir Ramadan adalah waktu yang sangat tepat untuk beramal. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh yang baik untuk melakukan ibadah pada malam-malam yang dangat diberkati ini.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar.
Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
sumber asal di sini

sekadar ingin berkongsi

cheers.

Antara malam yang lebih baik daripada mana mana malam ; Lailatul Qadar

hi there,

how's your ramadhan? now dah masuk malam yang ditunggu tunggu, mencari satu malam antara banyak banyak malam, iaitu malam lailatul qadar, semoga kita semua berusaha untuk meningkatkan ibadah kita kepada yang maha kuasa untuk mendapatkan keredhaan-Nya ....


Apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita pasti teringat dan kerap mendengar tentang Lailatul Qadar. Bagi yang tidak tahu, Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa setiap kali tibanya Ramadhan.
Mengapa Lailatul Qadar menjadi malam yang teristimewa?

#1 – Malam Di Mana Allah S.W.T Menurunkan Al-Quran

Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar!”Surah al Qadr: 1-5
Disebut juga mengenai satu pandangan bahawa berdasarkan riwayat Ali bin Aurah, Rasulullah telah menyebut mengenai;
Empat orang daripada Bani Israel yang beribadah kepada Allah selama 80 tahun dan tidak pernah menderhaka kepada Allah. Para sahabat berasa kagum dengan mereka. Lalu, Jibril datang memberitahu Rasulullah yang Allah telah menurunkan sesuatu yang lebih baik daripada amalan mereka sambil membacakan surah al-Qadr.

#2 – Setiap Ibadah Yang Dilakukan Menyamai Ibadah Selama Seribu Bulan

Usia kita pun belum tentu selama itu. Alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang berjaya menemui malam Lailatul Qadar walaupun sekali.
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”Surah Al-Qadr: 3

#3 – Diampunkan Dosa-Dosanya Yang Lalu

Sebab itulah Nabi s.a.w amat menggalakkan umatnya mencari malam Lailatul Qadar. Nabi s.a.w bersabda (maksud):
“Dan sesiapa yang bangun mendirikan Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu.”Riwayat Bukhari
Tiada siapa yang tahu bilakah malam Lailatul Qadar. Kenapa Allah rahsiakan malam istimewa ini?
Ada hikmahnya bila malam Lailatul Qadar ini dirahsiakan oleh Allah s.w.t. Bila kita tak tahu, maka kita akan istiqamah dan konsisten untuk beribadat pada setiap malam. Amalan juga ditambah dan diperbaiki.
Amalan yang bagaimanakah boleh membantu kita menemui malam Lailatul Qadar?
Berikut adalah beberapa cara atau rahsia agar dengan izin-Nya kita berjaya menemui malam Lailatul Qadar:
#1- Ikut Sunnah Rasulullah semasa berbuka puasa. Berbuka puasalah secara ala kadar.
#2- Jaga solat dan cuba tunaikan solat secara berjemaah terutama semasa Maghrib dan Isyak.
#3- Tunaikan solat tarawih.
#4- Banyakkan membaca Al-Quran.
#5- Qiyamullail atau bangun malam untuk solat-solat sunat seperti tahajud, hajat, istikharah, witir dan sebagainya.
#6- Bersahur di akhir malam.

#7- Elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan dan merugikan.
Ibadat di bulan Ramadhan perlulah dilakukan secara istiqamah. Beribadatlah setiap hari sepanjang bulan Ramadhan tanpa perlu memilih malam-malam tertentu sahaja.
Jika kita ikhlas dan kekal menjaga ibadat kita, InsyaAllah kita akan menemui Lailatul Qadar.
Walaupun dikatakan bahawa ada tanda-tanda tertentu seperti cuaca pagi selepas Lailatul Qadar agak redup, namun ini hanyalah sekadar tanda yang ada perbezaan pendapat mengenainya.
Apa yang penting adalah kita istiqamah dalam ibadat kita.
Semoga kita menjadi lebih dekat dan ringan dalam menjaga ibadat dan amalan kita walaupun selepas tamatnya Ramadhan.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita sebagaimana yang disebut dalam doa Lailatul Qadar yang berikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau akan reda-Mu dan syurga. Dan kami berlindung daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah! Sesungguhnya Engkau suka akan kemaafan dan Engkau pemurah, maka ampunkanlah kami, ibu bapa kami dan sekelian Muslimin dengan rahmat-Mu wahai serahmat-rahmat antara yang mengasihani. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.”
sumber asal di sini

sekadar ingin berkongsi

cheers.
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017