test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Sunday, 11 June 2017

Definisi KAYA dalam Islam

hi there,

seronok bila berharta, gembira bila hidup mewah ....
jom intai intai definisi KAYA dalam Islam ...

sit back and relax T_T

Pada suatu petang yang dingin, dua orang sahabat sedang leka menghabiskan masa membaca surat khabar sambil menunggu hujan untuk berhenti.
“Aduhai, seronoknya…kalaulah aku kaya.” tiba-tiba Hamid bersuara sambil mata tidak lepas memandang surat khabar yang terbentang di depannya.
“Kau baca cerita apa tu Hamid?” tanya Husin menyengih. Gaya mahu mengusik si Hamid.
“Cerita tentang orang terkaya di dunia. Duit banyak berkoyan-koyan. Hidup mewah dengan harta melimpah-ruah. Seronoknya kalau aku kaya macam dia, Sin.” balas si Hamid. Matanya tertutup sambil bercerita, membayangkan seperti dia yang kaya raya.

Semua Orang Mahu Kaya

Kaya, siapa yang tidak mahu kaya? Kalau diedar soalan tinjauan tentang kaya, pasti ramai yang menjawab mahu menjadi orang kaya. Itulah lumrah makhluk yang bernama manusia. Mempunyai nafsu dan keinginan untuk memiliki semua.
Tidak salah jika kita mempunyai keazaman mahu menjadi kaya. Kerana kekayaan kita itu boleh digunakan untuk membantu orang yang dalam kesusahan, mahu memberi zakat dengan lebih banyak dari yang sepatutnya, mahu memantapkan ekonomi umat Islam juga untuk berjihad di jalan Allah.
Seperti mana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi yang kaya raya iaitu Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Zubair Al-Awwam dan Talhah bin Ubaidillah.
Ramai yang berpendapat bahawa kaya itu menyenangkan, kaya itu mengembirakan dan dengan kekayaan itu boleh membeli segala isi dunia yang menjadi idaman dan keinginan. Jika benarlah begitu, mengapa agaknya Abdul Rahman bin Auf menangis tatkala mengenangkan kekayaan yang dimilikinya?

Peringatan Allah Dalam Surah At-Takathur

Mari kita bersama mengkaji kata-kata Allah dalam Surah At-Takathur (bermegah-megahan) ayat 1 hingga 5 ini.
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh);
Sehingga kamu masuk kubur;
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati);
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat);
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).”
Jelas dalam surah ini, Allah menegaskan bahawa keinginan manusia bermegah-megahan dalam soal duniawi telah menyebabkan manusia itu lalai dan leka hingga terlupa tujuan asal hidupnya. Dan Allah berjanji di akhir surah ini bahawa kita pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang telah kita megah-megahkan di dunia).

Tangisan Abdul Rahman Bin Auf

Dari Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf: Suatu saat pernah dihidangkan makanan kepada Abdul Rahman bin Auf r.a. Tetapi waktu itu dia sedang berpuasa. Abdul Rahman ketika itu berkata,
“Mas’ab bin ‘Umair adalah orang yang lebih baik dariku. Ia meninggal dunia dalam keadaan mengenakan selimut yang diperbuat daripada bulu. Apabila kepalanya ditutup, maka terbukalah kakinya. Jika kakinya ditutup lebih baik dariku. Ketika dia terbunuh di dalam peperangan, kain yang menutupinya hanyalah sepotong, maka ternampaklah kepalanya.
Begitu juga dengan Hamzah bin Muttalib, dia pun lebih baik dariku. Aku telah diberi kekayaan dunia yang sebanyak-banyaknya. Aku khuatir aku ini termasuk di antara orang yang dipercepat untuk menikmati kebahagiaan dunia dan akan tersisih daripada para sahabat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak disebabkan mempunyai banyak harta.” Kemudian dia terus menangis dan meninggalkan makanan itu.”(HR. Bukhari)
Lihatlah betapa zuhudnya Orang Kaya Abdul Rahman bin Auf. Dia menangis mengenangkan kekayaan yang dimilikinya. Kerana apa? Kerana dia takut jika Allah membalas segala amal kebaikan yang dilakukannya dengan kekayaan segera di dunia sedangkan kekayaan yang sebenar yang didambakan ialah berada bersama Rasulullah SAW dan para sahabat di syurga.

Hiduplah Dengan Qanaah

Sebagai seorang Islam, kita sangat digalakkan untuk hidup dengan qanaah. Yakni hidup dengan sederhana dan sentiasa berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Seperti mana yang dikatakan oleh Al Fudhai bin ‘Iyadh,
“Qanaah (puas atas apa yang diberikan oleh Allah SWT) merupakan sikap zuhud dan itulah kekayaan yang sesungguhnya.”
Tidak perlu rasanya kita membandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana setiap makhluk Allah itu sudah dijanjikan rezeki buatnya dan masing-masing akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya.
Bahkan, pada ayat kelima dari Surah At-Takathur di atas jelas menerangkan bahawa kita seharusnya berlumba dalam memperbanyakkan amal kebaikan. Itulah bekalan yang akan kita bawa untuk dihitung di akhirat sana dan timbangan itu akan menentukan sama ada kita ke syurga yang penuh rasa cinta atau neraka dengan api yang membara.
Dan andai kita memang sudah ditakdirkan Allah untuk memiliki banyak harta dan kekayaan maka pinjamkanlah kekayaan kita itu kepada Allah. Jadikan ia sebagai jambatan untuk kita ke syurga dan bukan ke tempat yang sebaliknya.
semoga bermanfaat ...


cheers

12 comments:

  1. Dianugerahkan kesihatan yang baik juga satu kekayaan.
    Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan, amin.

      Delete
  2. he is my inspired abdul rahman bin auf... suka sgt citernya sis... semoga kita menjadi sptnya... kekayaan paling utama apabila diberi rezeki mengenal makrifatNya... Allahu, semoga kita diantara abdinya yg diberi kekayaan mengenal makrifatNya... dunia digenggaman, Allah di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Sheila, semoga kita ni kalau diberi kekayaan, tidak pernah lupa kepada pemberi rezeki, dan hidup sentiasa zuhud. Allah lah yang maha memiliki.

      Delete
  3. Peringatan dan perkongsian yang ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita sentiasa ingat mengingati ...

      Delete
  4. Seronok baca entri ni. Thanks for sharing this, Mrs. Pip :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome Farrah :)
      Happy Ramadhan.

      Delete
  5. Mau juga kaya dari segi kewangan, ameeen ๐Ÿ˜„ Tapi nauzubillahminzalik, nda mau kaya tapi bongkak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bha Dieb, semoga ndak la kita terlupa once dah kaya, jangan bongkak ...

      Delete
  6. Perkongsian yang menarik, jazakallah sis.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga membawa kebaikan kepada kita semua...
      happy Ramadhan dear.

      Delete

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017