test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Wednesday, 7 June 2017

Deko raya Mrs Pip

hi there,

dah masuk minggu kedua kita berpuasa, terasa macam tak lama lagi nak raya kan... dah mula buat persiapan tak? mrs pip baru saja selesai mengemas dan menghias rumah.


mengemas tu dah jadi kebiasaan, cuma dah nak raya ni, mana mana barang yang rasa mcm tak pakai, mainan anak anak yang selalu 'lepak' kat ruang tamu tapi mereka tak main pun, mrs pip dah alihkan ke storage box. biar ruang tamu nampak sedikit kemas.

bab menghias pula, just ala kadar simple simple saja. well, maklumlah, ruang rumah mrs pip ni kecil saja, so nak hias lebih lebih, nanti nampak sesak la pula ...

mrs pip menggantung beberapa frame gambar agar ruang dinding tidak kelihatan kosong dan membosankan, eh serius dinding rumah mrs pip ni memang tiada sebarang hiasan, ni 1st time menggantung frame gambar, lepas ni boleh buat wall of fame , hehe T_T


aquarium in the house yang berjaya disiapkan oleh mr.Husband, nanti pasti akan menjadi centre of attraction untuk para tetamu, sambil makan kuih raya sambil layan tengok ikan ala ala cerita finding dory :)


rumah ni dah lama juga siap dibina, curtain pun dah siap beli awal awal, tapi I tell you, nak menggantung curtain ni pun, more than a year la juga! busy la sangat kan sampai nak menggantung curtain delayed punya lama ;(

p/s: segala baldi mop kat depan pintu rumah tu, korang pejam je lah mata *eyesores eyesores* ... tu letak kat depan pintu tu coz baru siap mopkan lantai ...

simple floral printed 2 layer sliding door curtain
barulah berseri sikit pintu rumah mrs pip dengan kehadiran curtain ni T_T

di sini, mrs pip nak kongsikan TIPS mendeko rumah terutamanya bagi rumah yang mempunyai ruang yang kecil atau sempit :-


1/ penggunaan kabinet TV mungkin boleh diabaikan dan ianya akan menjimatkan ruang. cuma wall-mounted kan sahaja TV di dinding rumah, dan pilihlah sofa yang bersaiz sederhana, memadai dengan 2-seater atau 3-seater sofa. 

2/ pilih coffee table yang senang untuk dialihkan mengikut kesesuaian keadaan rumah apabila tetamu datang berkunjung di hari raya. 

3/ menggunakan karpet dengan corak dan warna yang berpadanan dengan konsep rumah anda, akan menaikkan lagi seri ruang rumah anda. pilih karpet yang sedikit gelap dengan material yang selesa. karpet yang sedikit gelap membantu anda menutupi kotoran sekiranya ada makanan/minuman tertumpah ketika hari raya.

contoh hiasan dinding yang menarik

4/ pilih hiasan dinding yang menarik, antaranya menggunakan bingkai gambar, 3D wall paper, susun atur hiasan pada rak dinding, atau meletakkan lighting wall yang bukan sahaja mencantikkan dinding rumah anda, tapi juga mampu memberi cahaya tambahan pada ruang tamu rumah anda.

5/ dah siap menghias, jangan lupa pastikan rumah bebas daripada habuk, jadi rajin-rajinlah mengelap perabot dan segala hiasan rumah anda sebelum menjelang raya, dan letakkan wangi-wangian rumah dan bunga-bungaan agar rumah terasa nyaman dan segar.

kalau anda jenis yang malas nak shopping keluar rumah, tak perlu risau-risau, kerana anda boleh membeli belah atas talian melalui laman web LAZADA.

kalau bercakap tentang LAZADA ni, banyak sangat produk yang boleh didapati dari LAZADA untuk membantu menghias dan mencantikkan rumah T_T, dan antara barangan yang menjadi pilihan ialah:-


since berpindah masuk ke rumah yang mrs pip duduki sekarang pada awal Januari lalu, mrs pip belum berkesempatan untuk membeli dining table. Dan memang menjadi idaman mrs pip untuk mendapatkan dining table set , dan tengok kat LAZADA memang banyak pilihan, tapi set SKY GARDEN ni menjadi pilihan mrs pip, harga pun affordable, cuma RM260/set. link di sini



mrs pip juga nak beli bedsheet untuk bilik anak-anak. Maylee cadar patchwork ni menarik perhatian mrs pip, untuk queen size, harga cuma RM77.40 ... link klik di sini


mrs pip juga perlukan sehelai permaidani untuk ruang tamu rumah mrs pip, nanti bolehlah dipadankan dengan coffee table dan thick Tatami seat cushion  bagi ruamg tamu mrs pip yang menggunaka konsep minimalist. link klik di sini.

dan. banyak lagi barangan lain yang boleh didapati di LAZADA untuk membantu anda menghias rumah. apa yang anda perlu buat, cuma terjah laman web LAZADA dan cari item pilihan anda T_T


Marhaban Ya Ramadhan.

nak info info kat korang semua, Lazada sedang menjalankan SALE sempena raya ni tau, RIANG RAYA SALE (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) sedang berlangsung dari 19 Mei sehingga 30 Jun (dan harga hebat diskaun istimewa sehingga 90%!)

cheers.

21 comments:

  1. wah...cantiklah nnt rumah ms pip nanti...gud luck yer

    ReplyDelete
  2. Gut luck mrs pip.. moga impian mrs pip menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  3. gud luck Mrs Pip..sy n tak tau sempat ke tak nk publish entri..warghhh

    ReplyDelete
  4. wahhh... deko2 ni fail ooo.. btw good luck kak pip

    ReplyDelete
  5. All the best. Yang week satu dah join, yang week 2 ni macam malas je haha. walhal dah pilih dah produk lazada nya.

    Suka la lantai mrs pip polka dot macam tu and murahnya dining set tu!

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  6. Mia kalau raya memang balik kg jadi jarang2 siapkan rumah untuk raya hehe. Lama di kampung, balik2 ja kk terus kerja.
    Good luck pip!

    ReplyDelete
  7. Wahhh, rajin sungguh Mrs Pip deco rumah! All the best ye ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  8. Nanti mesti cantik rumah sis bila dah deko nie... anyway,tahniah diucapkan pada sis kerana menjadi top commentor bulan Mei-Jun 2017 dalam jurnal saya...

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/06/top-commentor-mei-jun-2017.html

    ReplyDelete
  9. all the best mrs pip, IQ tak buat deko2 lagi, just plan je dulu. heeee

    ReplyDelete
  10. waww.. good luck mrs pip.. :)

    ReplyDelete
  11. mrs pip.. nampaknya kita pilih carpet yang sama la. Haha

    ReplyDelete
  12. all the best tau =D tahun ni beraya di rumah parent ja. lepas raya dah nak pindah ruma baru =)

    ReplyDelete
  13. Suka warna langsir tu..cantik. good luck mrs.pip

    ReplyDelete
  14. Wah.. Lawa..
    All the best Mrs Pip

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas post yang sangat bermanfaat ni. Sejujurnya saya memang suka baca post yang ada kongsi tips deko rumah macam ni. Salam perkenalan daripada saya dan jemput datang ke blog saya :)

    http://missaziemah.blogspot.my/2017/06/apa-terjadi-kalau-update-done-terawih.html

    ReplyDelete
  16. Hi semua...thanks for wish me luck.
    Korang semua yang join, all the best tau...
    Cheers.

    ReplyDelete

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017