8 Perkara Yang Perlu Di Elak Ketika Hamil

hi there, sewaktu mengandung atau berbadan dua, wanita hamil sangat perlu berjaga-jaga dalam banyak hal. Terutamanya melibatkan kandungan yang dibawanya.

Dalam adat orang-orang lama sekalipun, terdapat pelbagai pantang dan larang terhadap wanita mengandung. Antaranya dilarang menganiaya binatang kerana bimbang terkenan pada bayi dalam kandungan nanti.

8 Perkara Yang Perlu Di Elak Ketika Hamil

Pantang larang makan dalam mangkuk, kerana dikatakan anak yang lahir nanti akan kuat makan. Manakala suami juga terlibat dalam pantang larang itu, seperti tidak boleh memaku atau memahat sepanjang isterinya mengandung kerana bimbang anaknya nanti akan sumbing. 

Antara 8 perkara yang perlu di elak ketika hamil
Antara 8 perkara yang perlu di elak ketika hamil

Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dan signifikannya setiap pantang larang itu. Selain itu, terdapat beberapa ‘pantang larang’ yang lebih bersesuaian dengan wanita Islam yang hamil. 

Antaranya adalah; 

#1 – Melakukan Maksiat Dan Perkara Mungkar

Elakkanlah diri daripada melakukan apa-apa sahaja perkara mungkar dan dimurkai Allah.

Begitu juga dengan pasangannya, sebaiknya ketika kandungan inilah masa untuk menginsafi segala kesalahan lalu dan insaf untuk tidak mengulangi apa-apa kesalahan lagi. 

Sebaliknya dekati Allah s.w.t dengan melakukan amalan soleh. 

#2 – Mengabaikan Penampilan Di Hadapan Suami

Walaupun sedang mengandung, teruskanlah menjaga keterampilan apabila berada di hadapan suami.

Walaupun penat dan mengalami keletihan, isteri seharusnya mencuba untuk tidak kelihatan tidak terurus. 

Cukuplah kelihatan kemas jika tidak mampu untuk bercantik-cantik. 

#3 – Makan Makanan Yang Tidak Bersesuaian

Hal terpenting bagi menjaga kandungan adalah pemakanan. 

Ketika mengandung, banyak makanan yang perlu dielakkan demi menjaga kandungan, antaranya makan yang berbisa dan bersifat tajam yang boleh memudaratkan kandungan.

Tambahan lagi jika kandungan itu masih diperingkat awal. Pasangan mestilah sangat berhati-hati dalam memilih makan yang sesuai. 

Antara makan yang sering dikaitkan untuk tidak dimakan oleh ibu mengandung adalah seperti nanas, ikan pari, tapai dan sebagainya.

Paling penting jangan merokok, termasuklah bagi pasangannya kerana perbuatan merokok akan menjejaskan kesihatan kandungan. Jadi, sentiasalah makan makanan yang berhasiat untuk kesihatan wanita hamil dan kandungannya. 

#4 – Bercakap Hal Negatif 

Sebut atau berkatalah hal yang baik-baik. Wanita hamil sebaiknya menahan mulut dan percakapan dari hal-hal yang buruk dan negatif.

Percakapan dari mulut ibu adalah doa, disebabkan itu sentiasalah berdoa yang terbaik dan kawal daripada mengumpat, mengeji, mengutuk, sebaliknya membasahi lidah dengan menyebut nama-nama Allah ataupun berselawat.

#5 – Mengidam Makanan Yang Tidak Baik

Setiap wanita mengandung pasti akan mempunyai keinginan yang tinggi atau mengidam.

Ianya dibolehkan selagi kemahuan tersebut tidak terlalu melampaui batas sehingga tidak mampu ditunaikan dan tidak mendatangkan kemudaratkan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
 

#6 – Melakukan Amalan Khurafat 

Terdapat banyak amalan khurafat yang dekat dengan wanita mengandung, terutamanya yang diamalkan semasa zaman dahulu. 

Kebanyakan amalan tersebut adalah seperti meramal jantina bayi, membetulkan kedudukan bayi dan sebagainya.

Bagi pasangan yang bakal mendapat cahaya mata haruslah bijak menilai sama ada perbuatan dan adat ni bertentangan dengan akidah atau atau sebaliknya.

#7 – Tidak Menjaga Aurat 

Terdapat bahagian-bahagian pada tubuh wanita yang sedang hamil yang kadangkala agak menonjol, terutamanya pada bahagian perut.

Jadi wanita hamil seharusnya bijak dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian yang boleh melindungi bahagian-bahagian tertentu agar tidak terlalu menampakkan bentuk badan. 

Pendek kata pilihlah fesyen pakaian yang yang longgar dan tidak singkat.

#8 – Makan Makanan Dari Sumber Yang Haram 

Memastikan makan yang halal dan tiada unsur syubhah adalah wajib bagi setiap umat Islam. 

Jadi bagi wanita yang hamil juga wajib untuk memastikan makan yang dimakannya adalah halal dan baik.

Ini bukan sahaja untuk dirinya tetapi anak yang dikandungnya. Jangan sesekali mendekatkan diri dengan makanan dan minuman yang haram dan jika terambil maka bertaubatlah untuk tidak mengulanginya.

Setiap wanita yang hamil sudah tentu ingin memberikan yang terbaik untuk kandungannya.

Sudah pasti tidak ada mana-mana ibu yang sayangkan kandunganya melakukan perkara-perkara yang bakal mengundang mudarat kepada bakal bayinya itu.

Malah setiap orang ada cara dan pemikiran tersendiri dalam memastikan kandungnya dalam keadaan baik dan sejahtera.

Segala usaha, pastikan ianya masih bersesuaian dengan syariat agama, adat dan tidak berlebihan.

Semoga bayi yang dikandung sentiasa dalam kebaikan dan dirahmati Allah s.w.t selalu. Aminn.
sekadar perkongsian semua semoga bermanfaat.

sumber asal : https://tazkirah.net/8-perkara-perlu-elakkan-semasa-anda-hamil/

selamat berhujung minggu ....

cheers.

Republished.

Post a Comment

16 Comments

  1. Laaaaaa... Cerita hamil rupanya. Tak kesahlah. Baca tetap baca. Janji ada pengerahuan dalamnya. Boleh juga bantu nasihat orang hamil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kerana sudi baca artikel ni En. Adam.
      Semoga bermanfaat untuk semua.

      Delete
  2. pntg larang ni bukan stkt time hamil, tp selagi nyawa nda bpisah dgn badan. ada sy tbaca, time hamil suami/ isteri jgn dera haiwan. nanti baby kena badi haiwan tu. wallahua'lam. nauzubillah minzalik, moga terhindar dr terbuat perkara yg dilarang agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kak pip, perkara yang tak baik , kena lah elak setiap waktu.

      Delete
  3. Pantang larang yang ok bokeh la follow..yang mengarut tayah ikut sangat..tapi kalau boleh elak elak je la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni jenis tak percaya sangat dgn pantang larang, tetapi kalau melanggar hukum agama, memang saya akan cuba elak sebaik mungkin.

      Delete
  4. perkongsian yg baik ni.. thankz.. :)

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus sis, pantang larang ikut cara Islamik lebih afdal.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya setuju sis. kita ikut apa yang agama kita dah tetapkan. insyaallah selamat.

      Delete
  6. Perkongsian yang ohsem dan terbaik..
    semoga kita mendapat manfaatnya..

    ReplyDelete
  7. Pesanan yang baik... tapi semua perkara tu jadikan rutin dalam kehidupan bukan waktu mengandung je kena jadi baik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MF, mana2 yang tak elok kita cuba elak, dan yang baik eloklah jadi rutin dalam kehidupan kita.

      Delete
  8. thanks for sharing. biarpun isteri dah off season, namun nasihat ini amat berguna kpd anak2 abe kie plak.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.