test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Thursday, 27 July 2017

Cara senang tanak beras pulut yang dicampur bersama beras biasa (pada nisbah 2:2)

hi there,



entry suatu masa dulu, Cara senang tanak nasi pulut menjadi entry popular pula minggu ni T_T ... semoga entry ni membantu sesiapa di luar sana yang nak masak nasi pulut cara mudah :) .... 

selain kaedah yang mrs pip kongsikan terdahulu, ada satu lagi kaedah tanak nasi pulut cara mudah yang mrs pip buat ... ni kaedah cuba cuba terbaru yang mrs pip ....

masih menggunakan kaedah cawan 4 cawan nasi pulut = 4 cawan santan  >>>>> ingat, guna sukatan cawan yang sama <<<<< , tapi kalau sebelum ni santan ni kita masukkan sekali bersama beras pulut tu kan, yang ni tak ....

apa yang korang perlu buat ialah 


1/ basuh beras pulut sehingga bersih, toskan air sehingga kering
2/ masukkan ke dalam rice cooker, biarkan ...
3/ masukkan sukatan santan yang betul ke dalam belanga / pan kecil, tambahkan garam secukupnya,, dan sedikit gula
4/ santan di-didihkan 
5/ selepas santan mendidih, masukkan ke dalam rice cooker tadi 
6/ masukkan 1 sudu besar planta (atau mentega/marjerin jenama lain). kalau tiada mentega/marjerin, boleh masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dalam beras pulut tersebut ....
7/ kacau sehingga santan dan beras pulut bergaul rata
8/ tekan butang 'ON' pada rice cooker korang
9/ tunggu sehingga nasi pulut masak ... 
10/ jangan terus buka rice cooker tu ok, biarkan dulu selama 10 minit ...

tips: kalau nasi pulut belum masak sepenuhnya, tekan butang 'ON' semula, dan biarkan ia masak sendiri ....

selain tanak beras pulut sahaja, korang juga boleh cuba tanak beras pulut bersama beras biasa ... tanak beras pulut + beras biasa akan memberikan sedikit tekstur berlainan kepada nasi korang nanti ... mcm mrs pip ni, baik lil' Iman dan lil' Amin suka nasi pulut bersama beras biasa, mr.Husband juga prefer beras pulut ditanak bersama campuran beras biasa ...

cuma, sukatan santan berbeza berbanding beras pulut sahaja :) ....

untuk sukatan santan 4 cawan beras pulut sahaja4 cawan nasi pulut = 4 cawan santan  >>>>> ingat, guna sukatan cawan yang sama <<<<<

manakala untuk sukatan santan 2 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa ialah = 5 1/2 cawan santan >>>>> ingat, guna sukatan cawan yang sama <<<<<

cara beras ditanak sama sahaja , seperti yang mrs pip kongsikan di atas .... kaedah di atas lebih memberikan hasil yang elok berbanding kaedah yang mrs pip kongsikan sebelum ini .... 

selamat mencuba T_T

cheers.

11 comments:

  1. Belum pernah cuba lagi masakan yang berasaskan pulut mpy...tapi aku paling suka makan apa2 resepi yg ada pulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah lu masak nasi pulut sendiri ...

      Delete
  2. Saya baca dua kali sebab baca pertama kali tak faham dengan sukatan santan. Bila baca kali kedua baru faham. Jadi saya tak bercadang nak baca kali ke tiga sebab kalau baca jugak sukatan santan tetap sama.

    Jadi saya bercadang nak kongsi ni (copy n paste link ni) ke gerup watsap dan fb saya. Kalau ada yg tak faham, mereka boleh tanya direct melalui ruangan komen.

    Thanks mrs pip. Saya tak masak ni, no bini no masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah linkkan ke fb saya: adam ahmad bin abdullah.
      Gerup watsap pun sudah.

      Delete
    2. Ok Adam, semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua ....
      Well, ada anak sesekali kena masak juga kan ...
      Have a nice day.

      Delete
  3. Saya suka mrs pip guna perkataan tanak. Itu perkataan yg betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berusaha untuk mencintai bahasa kita ...
      hehe.

      Delete
  4. Nasi pulut ni macam nasi dagang ke? Eh ke saya salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi makan nasi dagang, nextime mau cuba juga makan nasi dagang....

      Delete
  5. Owh.. lagi sedap eh kalau campur pulut dengan beras.. Menarik nie.. Sukanya bila baca perkataan tanak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beras pulut sahaja,tekstur tu agak lembut .. kdg2 sgt lembut...kalau mix dgn beras biasa, tekstur tidak terlalu lembut ataupun terlalu keras ... just nice...

      Delete

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017