Sebenarnya, mr.Husband yang suka makan nasi pulut bersantan ni, katanya lebih sedap berbanding masak guna air.
Tapi masalahnya, masak beras pulut guna santan sangatlah sukar untuk dapatkan hasil yang cantik. Selalu gagal. nasi pulut lembiklah, nasi pulut separuh masaklah. Hurm. Geram pula aku dibuatnya.
Tapi kau mau buat macam mana, kena juga buat lagi dan lagi pasal mr.Husband nak sangat makan.
Sukatan Masak Beras Pulut
Cara aku masak nasi pulut ni, formulanya senang sahaja. Sama saja macam masak nasi tu.
4 cawan beras pulut = 4 cawan santan
Cara senang masak beras pulut
- Cuci beras pulut bersih bersih
- Toskan air.
Update 2021 : Rendam beras pulut yang telah dicuci di dalam air selama sejam sebelum di masak untuk beras mengembang. Ini akan memudahkan proses beras pulut masak dengan elok. .
- Selepas sejam, toskan air tadi
- Kemudian masukkan sahaja santan ke dalam beras tersebut
- Tambah garam, sedikit gula dan juga mentega untuk menaikkan rasa beras agar lebih sedap
- Kacau sebati. Dan masak guna api kecil. Biar beras pulut masak perlahan dan masak sepenuhnya
- Jangan lupa tengok-tengokkan beras pulut ni, dah nak dekat dekat santan kering tu, kacaulah sebati biar santan tu meresap ke semua beras pulut.
- Dah masak, siap untuk dihidang.
Cara Masak Beras Pulut (Yang Dicampur Bersama Beras Biasa)
Dan hari tu gatal betul mr.Husband suruh aku cuba masak 2 cawan beras pulut bersama 2 cawan nasi biasa
Jadi sukatan santan mestilah berubah.
Selepas banyak kali percubaan, untuk 2 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa, sukatan santan ialah 5 1/2 cawan.
Dan steps memasak semuanya sama sahaja seperti di atas.
P/S : Gambar dah tak relevan, jadi aku delete untuk tidak mengelirukan.
Bagi aku, sedap lagi masak beras pulut sepenuhnya tanpa dicampur dengan beras biasa.
Selamat mencuba T_T
cheers.
11 Comments
Belum pernah cuba lagi masakan yang berasaskan pulut mpy...tapi aku paling suka makan apa2 resepi yg ada pulut
ReplyDeleteCubalah lu masak nasi pulut sendiri ...
DeleteSaya baca dua kali sebab baca pertama kali tak faham dengan sukatan santan. Bila baca kali kedua baru faham. Jadi saya tak bercadang nak baca kali ke tiga sebab kalau baca jugak sukatan santan tetap sama.
ReplyDeleteJadi saya bercadang nak kongsi ni (copy n paste link ni) ke gerup watsap dan fb saya. Kalau ada yg tak faham, mereka boleh tanya direct melalui ruangan komen.
Thanks mrs pip. Saya tak masak ni, no bini no masak.
Saya dah linkkan ke fb saya: adam ahmad bin abdullah.
DeleteGerup watsap pun sudah.
Ok Adam, semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua ....
DeleteWell, ada anak sesekali kena masak juga kan ...
Have a nice day.
Saya suka mrs pip guna perkataan tanak. Itu perkataan yg betul.
ReplyDeleteberusaha untuk mencintai bahasa kita ...
Deletehehe.
Nasi pulut ni macam nasi dagang ke? Eh ke saya salah?
ReplyDeleteTak pernah lagi makan nasi dagang, nextime mau cuba juga makan nasi dagang....
DeleteOwh.. lagi sedap eh kalau campur pulut dengan beras.. Menarik nie.. Sukanya bila baca perkataan tanak tu..
ReplyDeleteKalau beras pulut sahaja,tekstur tu agak lembut .. kdg2 sgt lembut...kalau mix dgn beras biasa, tekstur tidak terlalu lembut ataupun terlalu keras ... just nice...
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.