Pre-loved novel yang berjaya di beli dari blog KasihkuAmani

hi there,

hari tu, sehari sebelum raya, mrs pip ternampak blogger Shahida buat entry jual pre-loved novel. dalam banyak banyak novel tu, mrs pip memang nak sangat beli novel KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN tu ...

beli sebab drama KTAR yang ditayangkan hari tu mencapai RATING diluar jangkaan ... so terasa mcm eh eh , best sangat ka cerita KTAR ni? kalau drama dah sangat BEST, mesti novel tu LAGI BEST kan ... pasal drama tu kan diadaptasi dari novel asal KTAR ...


satu novel tu, Sha cuma jual RM10.00 ... takkan nak beli satu novel saja kan, walhal postage RM10.00 menggunakan flexi pack. buat #pertamakali nya mrs pip beli novel , sebelum ni memang tak pernah beli, biasa pinjam kawan or kawan bagi pinjam .. erk? takkpun kawan bagi novel , lepas tu pass kasi kawan lain yang nak baca ... so, kesudahannya, mrs pip tak tahu siapa 'tangan' terakhir yang simpan novel tu ....

selain #KERANATERPAKSAAKURELAKAN , mrs pip beli dua lagi novel, iaitu Yang Indah Hanya Sementara dan Halusinasi .... selepas buat pembayaran, Sha pos 29/6/17 dan mrs pip collect bungkusan tu pada 5/7/17 ....

dan untuk KTAR tu, mrs pip dah siap baca .... start baca pada 6/7/17 dan selesai baca pada 15/7/17 .... hah! kalau pembaca novel tegar, maybe sehari saja dah habis baca, boleh khatam berulang kali kot ... tapi slow reader mcm mrs pip, 10 hari la juga baru selesai membaca ...

best ke tak cerita #KERANATERPAKSAAKURELAKAN ? muehehe, macam maca rasa ada bila baca novel ni ... nanti mrs pip rajin, mrs pip buat review cerita novel ni yer ...

apapun, thanks Sha, jualkan novel ni ... semua novel dibeli terasa macam bukan pre-loved, serius mcm novel baru kat kedai buku tu, lagi best siap dibalut plastik. I is kagum dengan Sha jaga semua novel novel ni dengan baik.

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

9 Comments

  1. rajin juga mrs pip ni baca novel yerr..

    ReplyDelete
  2. Tahniah.
    masih ada masa untuk membaca.

    ReplyDelete
  3. ALaa kenapa mai terlepas pandang ni T_T.. Bestnya beli prelove, murah tapi nampak mcm dijaga elok je tu Mrs.pip.

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Ramai yg rakan2 blogger semakim semangat membaca skrg. Keep it up mrs pip :)

    ReplyDelete
  5. Mesti semangat membaca bila dapat novel baru.. Bagus juga Sha jual novel pre-loved dapat jugak baca novel kita takde kann..

    ReplyDelete
  6. semangat membaca kembali semula selepas tinggalkan minat membaca after uni ... amd thanks kepadamramai blogger yg buat review buku n share minat membaca, ni yang buat mrs pip terjebak sama akhirnya 😃 ...
    Dan kalau ada preloved novel tu, sebar2kan lah yer ..

    ReplyDelete
  7. Kalau dah jadi drama meari bagus buku tu.

    ReplyDelete
  8. Yeah!! Suka bila kawan-kawan suka.. Happy reading Mrs Pip..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.