test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Thursday, 17 August 2017

Peraduan mudah DIGI menang bersama (1 Ogos - 30 Sep 2017)

hi there,


ok, siapa di sini pengguna DIGI? .... berita gembira untuk pengguna DIGI, sama ada prepaid atau postpaid. DIGI sedang mengadakan peraduan mudah dan sebanyak 5 juta ringgit nilai hadiah dalam pelbagai bentuk ditawarkan... hooray! peraduan sedang berlangsung sekarang sehingga 30 Sep 2017 😁.

bagaimana nak join peraduan ni? ... senang jer, apa yang korang perlua buat hanya beli DIGI INTERNET PRODUCT atau sign up mana mana DIGI POSTPAID PLAN ... 


sebelum tu, kita tengok dulu apa hadiah menarik yg disediakan ... ada dua kategori hadiah, yang pertama ialah weekly goodies, dan kategori kedua ialah weekly internet prizes ... yang weekly goodies tu memang kalau menang mak oooiiiii syioknya! Ada Huawei P10 x2, Huawei P10 lite x10, Garmin femix 5 x10, Sony playstation x10, Dji spark drone x8.

kalau tak dpt goodies hadiah mingguan, maybe boleh dapat hadiah internet mingguan ... sebanyak 50, 000 DIGI internet bonuses disediakan bernilai RM500,000 untuk dimenangi ! .... kalau dapat playstation best juga ni, takkpun Huawei P10 tu, muehehe ....


Tapi, sebelum korang nak join peraduan ni, sila install aplikasi MY DIGI kat smartphone korang yer ... selepas tu jawab 1 soalan mudah daripada DIGI , pilihan jawapan disediakan so pilih jawapan yg tepat ....

mrs pip memang pengguna DIGI, jadi apps ni mmg dah install, and korang install saja, akan dapat 1GB percuma untuk 7hari tau πŸ™† dan memandangkan data internet mrs pip dah hampir habis, so mrs pip top up pula internet 8GB berharga RM10.00 untuk 7 hari (ni lah akibat layan youtube tengok drama online, cepat saja data habis), jadi mrs pip pun joinlah peraduan ni since dah penuhi syarat2 DIGI tu kan kot2 ada rezeki, amin.

Kalau terpilih sebagai pemenang, korang kena jawab satu soalan terakhir dan kalau jawapan korang betul, maka salah satu hadiah mingguan goodies tu akan jadi milik korang ... bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon untuk jawab soalan terakhir tu tadi ok ... jadi kalau phone korang berdering, jangan malas nak angkat telefon, kot kot rezeki korang nak menang hadiah kan .... 

untuk bakal pemenang hadiah internet minggua  pula, korang akan dihubungi melalui sms dan juga diminta menjawab satu soalan mudah. Kalau berjaya jawab, maka link untuk redeem internet tu akan diberikan ..yeah! ...

tapi apa apapun, elok korang terjah web DIGI DI SINI, boleh korang baca dengan lebih details ....jadi, anda pengguna DIGI tak? ... kalau ya, bah jom kita join ramai ramai .... 

sekadar untuk berkongsi, dan semoga berjaya menang hadiah , dan wish me luck too πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ ...

cheers.

Wednesday, 16 August 2017

Road trip to Pekan Menumbok

hi there,

just clearing some of my draft entries, and found this super late draft entry. ugh. nevermind, write whatever you wanna write, and never put in the draft for too longgggggggg, otherwise it's gonna be the pekasam for your blog T_T *just an advice and reminder to myself* ....


we were in Kuala Penyu since mr.Husband need to meet someone there. and after the meet up, we decided to go further up to Pekan Menumbok just for jalan jalan and killing time ... we have been here before, but since we have nothing much to do in Kuala Penyu on that day, so why not bring the kids for sightseeing *nothing much fancy you could see here, but tell you what, our lil' armies are always happy whenever we bring them jalan-jalan cuci mata naik kereta , muehehe*

road to Pekan Menumbok

Pekan Menumbok is a sub-district under Kuala Penyu jurisdiction. This pekan welcomed anyone and if you decided to go to Pulau Labuan using ferry, this is the right place to come. this pekan is the other gateway to Labuan, besides Kota Kinabalu.  if you wanna know the ferry schedule, you can always visit here ...*an updated list not found by me*


Kuala Penyu to Menumbok roughly about 40km. and if you happened to come here, please do not expect too much ... this is just a very small pekan, and basic facilities pretty much adhered, such as balai polis, klinik kesihatan awam, sekolah, masjid, pasar, jabatan kastam, small shops ...


want to visit Labuan but intend not to bring along your vehicle? never feel worry, ample private parking lots provided ... just pay the parking charge RM5.00 per nite, and I heard from my husband's relatives, it is safe to leave the car since got jaga to look after the vehicle.

I asked mr.Husband to bring us to Labuan next time, but hard for him to promise that to us :( since his working schedule is uncertain these days ... have been to Labuan twice, but it was during my university days somewhere in year 2001 and 2002 ...


lil' armies were enjoying the road trip and its view ... see the photo above, it's some of the road view and the pekan area that we managed to snap photos. and yes, we even went to the nearby Mempakul beach, but just stay in the car since the weather was a bit windy and the cloud was a bit dark telling us it's gonna rain like cats and dogs pretty soon T_T for precaution, better stay inside the car, or else you could get wet later.

entry you might want to read ... shared here about The Pesta Bakanjar that we visited some time ago T_T before that,let me ask you anyone heard about Pesta Bakanjar? well, it is an ethnic culture show held in Pekan Kuala Penyu. we were there during the pesta, and I learned few things such as knowing more about the ethnic, ethnic traditional costume, meeting and greeting the local people, etc ...

Pesta Bakanjar in Kuala Penyu (Part 1) ; learning about other Malaysian ethnics' cultures


Pesta Bakanjar in Kuala Penyu (Part 2); strolling around the handicraft stalls


Pesta Bakanjar (Part 3) ; the unforgettable memories


we were really enjoying our selves driving along the way to Pekan Menumbok on that day ... do you have any favorite road trip? where is it? ...

and thanks for reading this, xoxo.

cheers.

Monday, 14 August 2017

Barangan voucher kemenangan Lazada selamat diterima + Tips menarik kalau nak beli kasut secara online

hi there,

alhamdulillah, semua barangan yang mrs pip beli di Lazada menggunakan voucher kemenangan sempena Lazada Ramadhan Blogger Contest tu, sudah selamat diterima semuanya. Ada 4 barangan semua yang mrs pip order pada 17/7/2017. semua barangan tak sampai serentak.


Item 1 / Logitech B170 wireless mouse diterima 21/7/17 (RM29.90)
Item 2/ Education Board diterima pada 26/7/17 (RM35.90)
Item 3/ Zanzea floral long sleeve blouse diterima pada 26/7/17 (RM31.60)
Item 4/ PINSV women shoes diterima pada 31/7/17 (RM36.60)

semua barangan diterima dalam keadaam yang baik, semua item dibalut menggunakan plastik bubble-wrap kecuali blouse tu .... mouse tu untuk mr.Husband, yang bestnya mouse tu diberikan bateri percuma T_T ... happy mr.Husband dapat mouse daripada mrs pip, wireless pula tu ...

untuk education board ni, of course untuk our lil' armies. suka lah dorang main ABC dan 123 , lagi lagi it's a magnetic clip kan ... didatangkan siap dengan duster, whiteboard marker dan 4 colorful chalks ... tapi yang chalk tu mrs pip sembunyikan, kalau bagi kat anak-anak, habislah dinding rumah dikerjakan oleh budak berdua tu T_T ....

Zanzea floral blouse ni materialnya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal, just nice and comfortable buat mrs pip. saiz pun just nice ... kalau saiz korang M, so beli M, kalau XL so beli XL ya ... dan ini blouse Zanzea ketiga yang mrs pip purchase di Lazada.

dan yang terakhir pula ialah slip-on shoes tu ... ada 6 warna pilihan ... ini pertama kali mrs pip beli kasut secara online. rambang mata pilih kasut di Lazada ... ada yang berkenan hari tu, keluaran Carlo Rino, tapi saiz lah pula tiada :( ... end up tersuka yang ni, nak selamat beli warna kulit, semua warna baju boleh matching.

tips untuk beli kasut secara online 
(ni pun mrs pip google cara nak beli kasut online yer dan info dari orang ramai yg share tips beli kasut online) ...

a) pastikan korang tau saiz kasut korang, dan aware dengan label saiz EU , UK, AU/US ... biasanya kalau beli kasut let say Hush Puppies, mrs pip pakai saiz 7, yang saiz 7 ni ialah saiz AU/US,  bersamaan saiz EU 38 ... convert UK saiz ialah UK 5 (sila aware bab sukatan kasut)

saiz sukatan kasut wanita

b) kalau korang beli kasut yang established brand secara online seperti Carlo Rino, Vinci, Hush Puppies, etc biasanya saiz yang korang biasa pakai yang korang beli di butik kasut, sama saja dengan saiz yang dijual secara online ... no plus minus saiz kasut ... pendek kata, tak perlu risau takut bila beli online nanti kasut tu maybe kecil sedikit dari beli di butik kasut ... biasanya, no such things ya, so boleh beli secara online dengan senang hati

c) kalau untuk kasut yang 'generic brand' atau jenamanya tidak diketahui, such as kasut yang mrs pip beli kat atas tu, dinasihati agar pilih satu saiz lebih besar daripada yang biasa dipakai ... let say all these while pakai saiz 38, so nak beli kasut online, kena pilih saiz 39 ... bukan apa, biasanya generic brand ni mungkin saiznya kecil sedikit berbanding kasut yang established brand tu ...  

kot kot beli saiz 38, nanti sempit la pula, rugi kan tak boleh pakai ... kalau beli saiz 39 pula, in case lah kasut tu besar sedikit dari kaki korang, still boleh pakai walaupun agak longgar ... nak selesakan kaki pakai kasut sedikit longgar, korang boleh beli 'shoes pad' yang dilekatkan dibahagian sekitar belakang tumit dalam kasut tu ... biasanya ada jual kat kedai kasut such as Bata  ...

mcm kes mrs pip, kasut kat atas yg mrs pip beli tu bersaiz 39, memang beli 1 saiz lebih besar dari saiz yg biasa pakai ... dan for info, so far kasut yang mrs pip tu selesa dipakai ... tapi maybe nnt mrs pip nak beli 'sanitized insole' untuk mudahkan mrs pip nak bersihkan dalaman kasut tu nanti ...

nak tahu apa tu sanitize insole, boleh check entry mrs pip yang terdahulu ... boleh KLIK DI SINI ...

thanks reading everyone, xoxo

cheers.

Sunday, 13 August 2017

Jom bantu blogger lekatlekit.com yang perlukan dana guaman

hi there,

terbaca di blog #jmbelog mengenai blogger suriamanda yg memerlukan bantuan dana untuk kos guamannya .. rasanya ramai yg tahu kan apa yg berlaku dgn blogger lekatlekit dot com yg disaman oleh sebuah syarikat kecantikan ...



Macam - macam usaha dah buat
Untuk kumpul dana untuk kos guaman
Susah kos guaman untuk kes sivil
Tak ada jumlah yang spesifik
Tetiba je kena bayar kos tu ni
Yang tak di sangka sangka
Apapun beliau masih nak terus berusaha. Bagi yang sudi, boleh membantu beliau dengan cara, sama ada mengambil paid review di blog beliau lekatlekit.com Atau ada yang berniat nak melakukan sedekah tak kira la seringgit dua.
Boleh membuat sumbangan terus ke maybank acc beliau 162795008709 (Nursuria)
Moga dengan bantuan anda memberi beliau peluang membela diri Please!! Beliau perlukan bantuan & sokongan anda
#jmbelog

copypaste dari blog #jmbelog, sekadar untuk berkongsi cerita, manatau ada yang berniat untuk membantu memberikan sumbangan dana, tak kira nilainya besar atau kecil, yang penting ikhlas dari hati kita, semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan kita bilamana kita membantu mempermudahkan urusan saudara kita yang lain ...

Nak baca cerita lanjut blogger suria mengenai perkara beliau disaman ni, boleh KLIK DI SINI

dan baca isi hati cik Suria tentang betapa dia perlu mengemis untuk membela diri, KLIK DI SINI ...

have a nice day everyone.

cheers.

Saturday, 12 August 2017

Novel Cinta Cape Town & Salju Cinta Anna akhirnya sampai juga !

hi there,

buku novel yang mrs pip order online dari karangkrafmall dah sampai. hari tu kan karangkfar buat jualan murah, ada yang dijual serendah RM5.00 satu, kalau beli 5 buah just bayar RM20.00 ... ada pula tang serendah RM10.00 satu, beli 5 buah bayar RM40.00 !!! gila tak murah kan ...

untuk percubaan pertama, mrs pip beli dua buah novel. pembelian dibayar pada 21/7 dan novel ni mrs pip terima pada 26/7/17... tak lama mana pun menunggu lepas pembayaran dibuat. ... nak tahu details entry pembelian dibuat hari tu, bolehlah KLIK DI SINI ...

terima pada 26/7/2017

mrs pip beli Cinta Cape Town dan Salju Cinta Anna , tajuk novel ni mcm BEST! ... tak start baca lagi coz sekarang tengah baca novel YANG INDAH HANYA SEMENTARA, buku kedua selepas KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN ...

mrs pip bukan pembaca tegar novel, tapi bila dah berblogging ni, ramai pula blogger yang kaki buku novel, so setiap kali dorang up entry pasal novel, terus hati mrs pip terusik ... eh eh, mcm best la novel ni, novel tu .. nak baca lah juga ....

salah sorang blogger yang mmg dekat kat hati mrs pip ni bila bab novel ni ialah blogger Shahida, memang awesome sangat blogger ni .. koleksi novel dia memang boleh tahan! siap hari tu Sha jual preloved novel, murah sangat ... mrs pip sempat rembat 3 buah , muehehe .... KLIK SINI kalau nak tengok novel yang berjaya dirembat hari tu ....

insyaallah once dah siap baca novel novel ni nanti, mrs pip buat review yer *tu pun kalau I is rajin* ... anyway, kalau karangkraf buat OFFER gila gila lagi, nnt mrs pip share promosi tu ya ...

cheers.

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

 hi there,



Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....

cheers.

Give Away Topup by Makbapakkauhijau

hi there,


jom topup giveaway segmen , kali ni dari blogger Adilla .. kalau menang, so merasalah mrs pip dapat topup percuma ... kalau korang tiada prepaid, korang join saja giveaway ni, once menang boleh hadiahkan untuk sesiapa yang korang nak .. muehehe ... nak join pun senang saja, mrs pip kongsikan syarat syaratnya sekali untuk rujukan korang yer ...

1. Follow blog makbapakkauhijau
2. Follow ig :
3. Buat satu entry bertajuk 'Give Away Topup by Makbapakkauhijau' dan link kan ke sini
4. Tinggalkan komen di bawah serta link di blog awak
5. Pemenang akan dipilih jika memenuhi syarat
6. Give Away start 10/8/2017 - 20/8/2017

cheers

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

hi there,


hi semua, happy Saturday! yeah ... baru ada masa untuk join segmen. tengok ramai rakan rakan blogger join segmen, macam macam segmen ada, hati terusik la juga nak join, nak memeriahkan bersama ... kali ni, mrs pip join segmen cik adik molek, kin naz ... apa kata korang join sekaki ...

nak join pun senang saja, mrs pip kongsikan sekali syarat2 nak join yer :-

  • Follow blog ini 
  • Follow google+
  • Follow instagram di sini 
  • Buat satu entri dan tepekkan banner di atas tu dan backlinkan ke blog ini
  • Kemudian hantar link di petak komen di bawah
Tempoh segmen ni berlangsung dari 7 Ogos hingga 31 Ogos. 

cheers

Friday, 11 August 2017

Menjadi wanita penghuni syurga

hi there,

kalau hari tu mrs pip berkongsi tentang wanita penghuni neraka, hari ni mrs pip kongsi pula cerita tentang bagaimana caranya kita menjadi wanita penghuni syurga pula ... nak bayangkan neraka tu, memang naik bulu roma, nak bayangkan neraka, lebih dari fairytale stories, semua indah di dalamnya ...

boleh baca entry terdahulu kat sini tentang wanita penghuni neraka , semoga ianya bermanfaat untuk dikongsikan bersama T_T

Wanita penghuni neraka


kredit: google

Siapa yang layak mendapat pahala dan layak memasuki syurga tidak ditentukan oleh jantina. Kedua-duanya memiliki kedudukan yang sama di hadapan Allah s.w.t. Apa yang membezakan antara keduanya ialah takwa.
Firman Allah s.w.t (maksudnya);
“Sesungguhnya lelaki Muslim serta perempuan Muslimah, lelaki Mukmin dan perempuan Mukminah, lelaki yang taat serta perempuan yang taat, lelaki yang benar serta perempuan yang benar, lelaki yang sabar serta perempuan yang sabar, lelaki yang merendah diri serta perempuan yang merendah diri, lelaki yang bersedekah serta perempuan yang bersedekah, lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempuan yang memelihara kehormatannya, dan lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”Surah al-Ahzab:35
Firman Allah s.w.t (maksudnya);
“Siapa mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dan mereka adalah orang yang beriman, mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”Surah an-Nisa’:124
Oleh itu, untuk menjadi wanita syurga, Allah mestilah diutamakan dalam segala-galanya. Tumpuan calon wanita syurga adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dalam setiap urusan yang dilakukan.
Firman Allah s.w.t (maksudnya);
“Beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, orang-orang yang menjauhkan diri mereka daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia, mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan mengeluarkan zakat dan orang-orang yang menjaga kehormatan kecuali kepada isteri-isteri ataupun hamba sahaya mereka. Sesungguhnya mereka tidak tercela. Siapa mencari yang disebalik itu, mereka itu orang-orang yang melampaui batas. Orang-orang yang menjaga amanah dan janji serta tetap memelihara solatnya, mereka itu orang-orang yang berhak mewarisi syurga firdaus dan mereka kekal di dalamnya.”Surah al-Mukminun:1-10
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w bersabda:
“Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu.”Riwayat al-Tirmizi
Semoga kita semua menjadi wanita solehah yang menurut perintah Allah dan Rasulnya, anak yang patuh kepada ibu bapa, isteri yang menyokong kebaikan suami, dan ibu yang mendidik generasi soleh dan solehah.
semoga kita semua berusaha menjadi wanita yang sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi salah seorang penghuni syurga kelak , amin ...

sumber asal : di sini

cheers

Keberkatan doa seorang ibu yang kita perlu tahu

hi there,

salam Jumaat. semua. bersyukur bernafas lagi kita untuk hari ini ... esok hujung minggu, apa plan korang semua? ... mrs pip duduk rumah sajalah since mr.Husband is not available kerana bekerja ... ingatkan nak bawa lil' armies mrs pip ni berjalan jalan, tapi kalau mr.Husband tiada, memang sukarlah sangat nak mengawal budak berdua ni ... huhu :((

hari ni nak kongsi sikit apa yang mrs pip baca di web lain .. ianya tentang keberkatan doa seorang ibu. wow! beruntung kita yang masih ada ibu kan ...

sumber: Google

Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Lantaran doa mereka yang tidak berhijab dengan Allah SWT itu akan memberi kemuliaan kepada anak-anak mereka kelak.
Selain itu, terdapat banyak kelebihan doa ibu yang dianugerahkan Allah SWT, antaranya;

#1 – Doa Ibu Memberi Kemuliaan

Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Buktinya, dalam Quran tercatat doa-doa dari waita-wanita solehah seperti doa Asiyah yang memohon sebuah istana untuknya di syurga.
Selain itu, Hanah binti Faruq iaitu ibu Maryam yang ketika mengandungkan anaknya itu beliau sentiasa berdoa agar anaknya kelak menjadi orang yang berbakti kepada Allah SWT, mendapat kedudukan yang mulia serta sentiada dilindungi oleh Allah SWT sepanjang hidupnya.

#2 – Doa Ibu Dapat Menolak Fitnah

Ummu Rumman ialah ibu kepada Aisyah. Sewaktu Aisyah diuji dengan dugaan berat berupa sebuah fitnah yang mengatakan Aisyah melakukan perbuatan yang terkutuk, beliau berasa sungguh sedih.
Akibat fitnah palsu itu, masyarakat mulai memandang hina kepadanya. Aisyah sendiri berasa tertekan dan sedih sehingga mengurung dirinya di dalam biliknya dan menangis.
Ummu Rumman bermunajat dan memohon Allah menyelamatkan Aisyah daripada segala fitnah yang menimpanya. Allah SWT mengabulkan doanya itu dengan membebaskan Aisyah daripada tuduhan keji itu.
Allah swt menurunkan wahyu dan menjelaskan kejadian sebenarnya yang diada-adakan oleh Ubay bin Salul iaitu seorang yang munafik.

#3 – Doa Ibu Membawa Husnul Khatimah

Terdapat sebuah kisah tentang sahabat yang bernama Alqomah yang sukar menghadapi ajalnya. Ketika sakaratulmaut, lidahnya kelu untuk mengucapkan kalimah syahadah, sedangkan dia ialah seorang yang soleh dan kuat beribadah, berpuasa dan kerap bersedekah.
Semuanya menjadi hairan dengan keadaan Alqomah, namun Rasulullah mengetahui sebabnya, iaitu ibunya tidak reda kepadanya. Ibunya masih berasa sakit hati atas perbuatan Alqomah suatu masa dahulu.
Lalu Baginda melakukan muslihat dengan memerintahkan beberapa orang sahabat membuat persediaan membakar Alqomah. Tiba-tiba hati ibu Alqomah sedih melihat longgokan kayu untuk membakar anaknya.
Ibunya bertanya kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulullah, apakah yang hendak engkau lakukan kepada anakku?”
Nabi menjawab, “Aku hendak membakar anakmu kerana dia tidak mungkin dia meninggal dengan tenang sekiranya engkau tidak mahu mendoakannya.”
Mendengar kata-kata Nabi itu, ibu Alqomah segera menadahkan tangan ke langit dan berdoa,
“Ya Allah, aku bersaksi kepadamu dan kepada kerasulan Nabimu. Sesungguhnya aku ikhlas atas segala perbuatan Alqomah kepadaku. Semoga dia meninggal dunia dalam husnul khatimah.”
Sebaik sahaja ibunya selesai berdoa, Alqomah dapat mengucapakan dua kalimah syahadah dengan lancar dan meninggal dunia dengan tenang. Lihatlah, dengan berkat dan doa restu ibunya, Alqomah meninggal dunia dalam husnul khatimah.

#4 – Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki

Ibu ialah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak. Dengan berkat doa yang selalu dipohon oleh ibu, anak-anak memperoleh rezeki melalui kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, kesihatan yang baik serta kebaikan dalam segala aspek.
Doa-doa ibu bukan sahaja mampu mengubah kehidupan seorang anak, tetapi berupaya membuka pintu rahmat Allah SWT. Berterima kasihlah kepada ibu dan bapa kita yang tanpa jemu mendoakan kebaikan buat kita, janganlah lakukan seuatu yang membuatkan mereka mendoakan keburukan buat kita.
Nabi SAW mengingatkan:
“Keredaan Allah itu bergantung pada keredaan ibu bapa
dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan
ibu bapa.”

#5 – Doa Ibu Membawa Keselamatan

Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan akan kisah seorang anak terselamat daripada menjadi mangsa serigala. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah berkata;
“Seorang pengemis datang meminta sedikit makanan daripada seorang wanita yang sedang makan. Apabila wanita itu melihat pengemis itu datang kepadanya, dia tidak jadi menyuapkan makanan ke mulutnya, tetapi memberikan semua makanannya kepada pengemis itu.
Tidak berapa kemudian, wanita yang memberikan sedekah itu melahirkan seorang anak lelaki. Apabila anaknya sudah boleh berjalan dan keluar bermain-main, tiba-tiba datang seekor serigala menerkam anaknya itu dan melarikan anak itu ke dalam hutan. Wanita itu mengejarnya sambil memohon pertolongan daripada Allah, ‘Anakku, anakku, ya Allah, selamatkanlah anakku!’
Allah segera memerintahkan malaikat menyelamatkan anak wanita itu daripada menjadi habuan serigala. Kemudian malaikat berkata kepada wanita itu, ‘Allah menyelamatkan kamu dan Allah berkata inilah gantinya makanan yang engkau berikan kepada seorang pengemis dahulu’.”
Selain daripada menunjukkan besarnya kesan doa seorang ibu, kisah ini juga memperlihatkan kuasa bersedekah yang membuatkan doanya mudah termakbul.

#6 – Doa Ibu Sumber Kekuatan Dan Keyakinan

Seorang anak yang taat sentiasa mengharapkan restu daripada ibunya. Keredaan dari seorang ibu menjadi kekuatan jiwa untuk anak itu, terutamanya apabila mereka berlainan pendapat dalam sesuatu perkara. Bukan sahaja ibu, bapa juga sangat berperanan dalam menjadi sumber keyakinan seorang anak.
Dalam sebuah peristiwa tentang perselisihan antara Nabi Sulaiman dengan bapanya, Nabi Daud. Dari Ibnu Abbas berkata, terdapat sekelompok kambing yang merosakkan tanaman seorang petani. Lalu petani itu mengadukan kejadian itu kepada Nabi Daud. Nabi Daud memutuskan, kambing-kambing itu perlu diserahkan kepada petani itu sebagai mengganti tanamannya yang rosak. Namun Nabi Sulaiman berpendapat keputusan itu kurang adil.
Nabi Sulaiman mengusulkan bahawa semua kambing itu diserahkan sementara kepada petani itu bagi mengambil hasilnya iaitu susu dan bulu. Sementara pemilik kambing perlu menggantikan tanaman yang rosak dengan tanaman baru. Apabila tanaman baru mengeluarkan hasil kelak, barulah pemilik kambing mengambil kambingnya semula.
Nabi Daud menilai keputusan anaknya adalah lebih baik daripada keputusannya sendiri. Dengan itu, Baginda pun bersetuju dengan anaknya. Nabi Sulaiman berasa sangat gembira. Mereka berdua berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Nabi Sulaiman gembira dan sangat yakin pada dirinya sendiri apabila bapanya memberikan sokongan moral kepadanya. Beliau juga merasakan dirinya dihargai dan diberikan penghormatan.
Oleh itu, bersyukurlah atas segala kurniaan Allah SWT dan hargailah segala pengorbanan ibu kita dengan dengan menghormati, menyayangi dan bersikap baik pada mereka.
“Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan dan mensyukuri segala petunjuk dan bimbingan orang tua kami sejak kami lahir hingga dewasa. Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa ibu bapa kami. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil.”
Amin.
kalau korang berjauhan dari ibu korang sekalipun, jangan pernah lupa untuk mendoakan kebaikan ibu korang yer ... jauh di mata , tapi dekat di hati .... dan jemput baca entry mrs pip yang menarik di bawah ... semoga membawa manfaat kepada semua ...

Cerita si anak bersama dua biji epalnya


Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Anda Para Wanita Part 1


sumber asal : di sini

cheers.

Wednesday, 9 August 2017

Ziarah Raya; cikgu cikgu kat playschool lil' Iman datang melawat ...

hi there,

lagi sedikit cerita raya, cerita raya PROGRAM ZIARAH RAYA playschool lil' Iman. ... cerita raya yang terakhir la kot , no more raya entry lepas ni, kena tunggu cerita raya aidiladha yang bakal menyusul tak lama lagi. ni

untuk playschool lil' Iman, PAPN Membakut, ada satu program yang dinamakan ZIARAH RAYA. program ni bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara cikgu cikgu dan parents kat playschool tu. sepanjang 2 minggu dari 10 Julai sehingga 24 Julai hari tu, semua cikgu kat playschool lil' Iman akan mengadakan LAWATAN dari rumah ke rumah setiap anak anak murid yer *ianya WAJIB*...

bayangkan, ada 28 murid semuanya, so semua 28 rumah tu cikgu cikgu akan datang lawat satu satu ... lawatan pula dibuat selepas waktu bekerja, bermula jam 5.30 petang ... memang kagum dengan cikgu cikgu ni semua, seharian dah la mengajar dan mendidik anak kitorang, petang tu pula ziarah rumah anak murid , penat tetap penat, tapi wajah cikgu cikgu tu semua tetap maintain ceria T_T


setiap parents diminta untuk isi jadual, bila hari yang sesuai untuk cikgu datang melawat rumah ... mrs pip tak fikir lama, terus request cikgu datang untuk hari pertama T_T muehehe, tak sabar sabar nak jemput cikgu datang rumah ... bukan selalu pun.

untuk hari pertama tu, ada 4 buah rumah yang cikgu cikgu dtg melawat. rumah kitorang our little merphin house ni adalah rumah terakhir untuk hari pertama ...sekitar jam 7.30 pm cikgu sampai rumah bersama beberapa parents lain yang join sekaki dtg melawat #gengziarahrayabersamacikgu ...

rumah kitorang ni memang kecil cinonet jer lah, just muat muat saja untuk tetamu yang hadir malam tu ... semua pun ceria datang melawat rumah kitorang, siap ada yang request kalau boleh baring kat lantai coz dah kekenyangan makan ... muehehe  ...

thanks semua yang bersusah payah dtg melawat, dah lah malam, simpang masuk rumah kitorang gelap gelita, nasib baik tak sesat jalan ... syukur juga, cuaca elok malam tu, kalau hujan habislah korang semua berlumpur sampai kat rumah kitorang ...


selepas tu esok esok nya pula, cikgu melawat kat rumah lain lagi ... ni semua gambar gambar ni dikongsi oleh parents melalui group whatsapp ... ada parents yang memang tak melepaskan peluang untuk datang melawat ke semua rumah parents lain, memang sporting sangat parents mcm ni, penat lepas kerja pun still support jadi pengiring temankan cikgu cikgu melawat rumah yang lain seperti #teamparentshuzaimi #teamparentsbatrisyia # teamparentsrabiatul .... dalam semua gambar, memang ada family ni tau, I is kagum dgn mereka ...


bagus juga ada program ziarah raya mcm ni ... mcm kitorang kira still new kan, so bila ada program mcm ni, lebih mendekatkan kitorang mengenali cikgu cikgu dan juga parents yang lain .... ianya mengeratkan silaturrahim dan menambahkan kenalan sesama parents ... walaupun hari hari jumpa time hantar anak kat sekolah kan, bukan semua kita kenal .. once ada program mcm ni, barulah lebih mesra dan tak segan malu nak menyapa bila bertemu, bukan kat sekolah sahaja malah bila berjalan ke pekan, now dah berani nak bertegur sapa :) ...

untuk program ziarah raya ni, memang setiap parents siap jemput parents yang lain, kira lawat melawat sesama kita ... tapi mr.Husband terpaksa meminta maaf kepada semua parents yang menjemput kerana tak dapat nak ziarah raya kat rumah parents lain kerana kekangan kerja ... 

sekarang ni, mr.Husband berulang alik Membakut - Keningau atas urusan kerja ... memang sukar buat kami sekeluarga nak join ... mrs pip kalau nak join tanpa mr.Husband tu, memang sukar sangatlah, nak angkut dua askar kecil yang lincahnya boleh tahan memeningkan kepala T_T

anyway, thanks kepada semua yang sudi bersesak sesak datang ke rumah kecil kitorang, memang happy sangat T_T ... ni antara kenangan indah raya tahun ni ... tahun depan jemput datang lagi semua, tapi hope boleh buat di siang hari la yer ... senang korang nak mencari simpang masuk rumah kitorang nnt ...

cheers.

Tuesday, 8 August 2017

Bloglisted dalam blog Puan Kuci, Messarah & Elsalicious

hi there,

yeah! bila join segmen kan , tak kisahlah bloglist, giveaway, ataupun contest kan, once tersenarai sebagai pemenang (tempat pertama ka, kedua ka, atau even saguhati ka), hati ni terus rasa nak menari nari, rasa gembira sangat ....


segmen bloglist is one of fav segmen yang mrs pip akan join kalau tak terlepas pandang, it's kinda to support each other as a blogger, dan once kita join secara tak langsung kita membantu menghebahkan kepada blogger lain, the more the merrier gitew T_T  hari tu join bloglist puan kuci ... baru baru ni senarai pemenang sudah diumumkan, dan tuah menyebelahi mrs pip, blog mrs pip tersenarai untuk dibloglistkan, yeah  .... korang nak tengok senarai pemenang penuh, KLIK DI SINI


lepas tu, blogwalking pula kat blog cik Nurul kita ni ... eh, senarai pemenang GA Nurul & Friends pun dah dikeluarkan ... mrs pip tak menang hadiah utama, kedua n ketiga ... then bila scroll dan scroll lagi, terlihat blog mrs pip terpilih untuk hadiah saguhati ... dapat masuk bloglist dalam BLOG MESSARAH AKA SAGHAH, yeah! .... mrs pip pun hampir lupa ada join GA cik Nurul ni ... kalau korang nak check senarai pemenang *kot kot rezeki korang menang*, boleh KLIK DI SINI


selain terpilih masuk bloglist messarah dalam segmen GA Nurul & Friends ni, dapat pula berita gembira daripada elsa T_T yeah! elsa (salah sorang sponser GA) telah menambah bilangan bloglist daripada 3 kepada 10, dan maka dengan itu, elsa telah menggunakan perkhidmatan random.org untuk memilih 7 lagi blogger untuk dimasukkan ke dalam bloglist elsa , dan blog mrs pip terpilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist tambahan elsa .... nak lihat details kat blog elsa, KLIK DI SINI

congrats kepada semua pemenang & thanks kepada para sponsors , you all are awesome! happy mrs pip, and buat mrs pip lebih bersemangat nak terus berblogging ....

cheers.

Monday, 7 August 2017

Hari bersama haiwan dan beberapa aktiviti lain yang menarik di playschool lil'Iman

hi there,


setiap bulan di playschool lil'iman, ada saja aktiviti menarik yang dibuat bersama cikgu dan anak anak murid .... ada masanya, cikgu berkongsi gambar di whatsapp, yang selainnya kalau nak check full pics, kena tengok facebook ....

gambar di bawah ni ialah antara aktiviti harian / bulanan yang cikgu kongsikan di group whatsapp ... kalau boleh, nak saja minta cikgu kongsi aktiviti harian lil'iman setiap hari di sekolah melalui whatsapp, tapi segan la pula πŸ˜‚ ...


biasanya, aktiviti harian ni cuma melibatkan cikgu dan anak murid, tapi kalau aktiviti bulanan yang dirancang ketika setiap kali dalam mesyuarat bulanan ibubapa dan pendidik, yang ni akan melibatkan ibubapa untuk hadir ke sekolah πŸ˜€, dan yang pasti sesiapa yg hadir akan dapat 1 jam kredit .....


kalau bulan Jun hari tu kita berpuasa, so aktiviti agak terhad, but still cikgu cikgu berusaha untuk adakan aktiviti ... aktiviti bulanan bulan Jun bersama ibubapa ialah majlis iftar dan sembahyang terawih di sekolah ... malangnya mr.Husband outstation, dan lil'armies pula sakit, so family mrs pip tak dpt join .... dapat 2 jam kredit sesiapa yg attend majlis tu ...

untuk bulan July pula, ada dua program, satu MAJLIS RAYA ... yang ni mrs pip ada kongsikan beberapa hari lepas, boleh KLIK DI SINI kalau nak baca entry terdahulu ... dan satu lagi program ialah HARI BERSAMA HAIWAN ... yang ni, semua murid diminta untuk bawa binatang ke sekolah ....

mrs pip hantar ayam telur seekor kat sekolah ... antara haiwan lain yang dibawa ialah beberapa jenis kucing, ayam jantan, arnab, beberapa jenis ikan, dan belalang ... mula mula nak bawa tupai hitam, mak mertua dah siap masuk dalam kurungan, tapi sehari sebelum nak bawa tu, tupai hitam tu mati sakit ... nak bawa monyet, tapi kurungan monyet tu besar, tak muat masuk dalam kereta 😒 ... so bawa ayam telur sajalah ....


selain tu, sebelum HARI BERSAMA HAIWAN hari tu, ada pemeriksaan gigi di playschool lil'iman ... gambar ni diambil oleh cikgu Rozie ... semua anak anak tak terkecuali untuk diperiksa gigi .. and thumbs up untuk semua anak anak, tiada seorang pun yang takut atau menangis, relax ja dorang kata cikgu ... gambar di atas ialah lil'iman dan hariz ketika sedang diperiksa gigi ....

tu saja antara serba sedikit perkongsian aktiviti di playschool lil'iman sepanjang jun-julai 2017 .... hope all the kids sentiasa happy datang sekolah, cuma lil' iman lately byk sgt cuti, kejap2 selesema ... hurm πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯ .... dan bila dpt selesema ni, mrs pip mmg tak bg lil'iman pigi sekolah, nnt tak pasal2 anak2 lain pun terjangkit sama ....

thanks for reading, xoxo

cheers.

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

hi there,


jom kita bersegmen lagi .. kali ni dibawakan oleh Cik Miela pula ... segmen berakhir pada 13/8/2017 ... nak join, just click banner kat atas tu ... dan syarat syarat penyertaan mrs pip kongsikan bersama untuk perhatian semua :-

Syarat - syarat:
1. Follow Blog Cik Miela
2. Like Page Blog Cik Miela atau follow Twitter Cik Miela *salah satu atau kedua-duanya
3. Buat Entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela beserta gambar diatas.
4. Komen di entri ni beserta link entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

*setiap penyertaan akan disemak


Tempoh penyertaan: 04/08/2017-13/08/2017 


Hadiah:
10x bloglist untuk 6 bulan keatas *kemungkinan akan tambah lagi 5 bloglist jika lebih penyertaan

wish me luck ya.

cheers.

Malaysian Blogger Database by Afifah Addnan

hi there,

so, I was  blogwalking my bloglist, and found this! >>>>> Awesomeness's Ultimate Blog-list ... just to spread the news, blogger Afifah Addnan is looking for all Malaysian Blogger to register their URL blog link for her to make the Malaysian Blogger Database. come and join her T_T ... give her your support.


click HERE to leave your blog URL for her :) ... all the best Afifah.

cheers.

Saturday, 5 August 2017

Cerita si anak bersama dua biji epalnya

hi there,

cerita ni dikongsi di group whatsapp playschool lil'Iman oleh seorang parent, ianya perkongsian yang menarik untuk dihayati bersama ... mrs pip pun kadangkala tidak terkecuali seperti si ibu di dalam cerita ini ... sobs sobs ....

Photo: pexels.com
FaridahSalleh * SKBukitMahkota* -QasehLearningCentre-:

*"BERBAIK SANGKA"*
Seorang anak kecil memegang dua buah epal🍎🍎 di kedua tangannya.
Ibunya datang mendekat, sambil tersenyum kemudian bertanya "Sayang.., boleh Mama minta 🍎 satu?"
Si anak memandang ibunya beberapa detik, kemudian dengan cepat menggigit kedua epalnya 🍎🍎, bergantian ...
Si ibu berusaha menyembunyikan kekecewaannya, senyumnya terlanjur luntur dari wajah nya... πŸ˜•
Sampai kemudian si anak menghulurkan salah satu epal 🍎 yang telah digigitnya  tadi kepada ibunya.
Dengan sukacita dan senyum ceria πŸ˜ƒ si anak berkata : *"Ini untuk Ibu, kerana yang ini LEBIH  MANIS"* πŸ‘
Hening.. πŸ˜”
ternyata anak ingin memberikan yang terbaik buat ibunya... makanya si anak memastikannya
πŸ‘πŸ˜†
Tidak ada kata-kata yang terucap dari bibir ibunya, kecuali senyum dan bola matanya yang berkaca-kaca.... tak terasa mengalir air matanya 😭

*"JANGANLAH KITA CEPAT BERBURUK SANGKA"*

πŸ›Siapapun Anda,
seberapapun pengalaman & pengetahuan anda,
 jangan tergesa-gesa menilai seseorang, siapapun dia.
Sabarlah... tunggu responnya..... pahami maksud nya
πŸ›Janganlah buru buru menghakimi, supaya kamupun tidak akan dihakimi....
πŸ›Berilah kesempatan kepada setiap orang untuk memberikan penjelasan ... dengΞ±n caranya sendiri ..
πŸ›Tetaplah menjadi orang yang sabar &  bijaksana menilai diri orang lain....
πŸ‘πŸ˜ŠπŸŒ
☆☆☆ SERINGKALI ...... kita kurang paham dengan maksud orang .......... kerana .......
Kita melihat dengan kacamata kita
               
*Tetapi*
Jika kita belajar mau sabar..... tenang.... dan cuba memahami dengan kacamata mereka.......
Pasti semua Indah ☆☆☆
Mari belajar *Berbaik Sangka* pada sesama saudara teman-teman dan siapa saja yang kita temui...

semoga cerita ini mendidik kita menjadi insan yang lebih baik ...

just for sharing, semoga bermanfaat, xoxo

cheers

Happy birthday Asia Prince , JKS

hi there,

Admit that, I was once a big fan of kdrama ... but nowadays I'm a bit selective with what I want to watch , I only watch drama that really come to my attention despite who is the hero and heroin, but when it comes to few artistes such as park shin hye, lee seung gi, ku hye sun, song hye ko, jang keun suk, lee min ho, park min young, shin min ah, jaejoong, junsu, lee bo-young, lee jong suk, song joong ki and few others, it's hard not to watch their dramas ...

how about u ols? are u kdramas addict? any fav stars? ....


if previously I follow almost his stories (when I was single, muehehe) but nowadays not anymore ... my prince charming is no longer this asia prince, but always my 3 men in life --- mr.Husband, lil'Iman n lil' Amin ....

wishing jang keun suk dongseng a nice happy 30th birthday (it was yesterday 4.8.17) ... all the best ! ....ok JKS, this noona hope to see you with Park Shin Hye dongseng ( I heard she is with Jung Hwa , the CNBlue ... πŸ˜‚ is that true?)

cheers.

Menang segmen blogwalking raya mialiana

hi there,

yeah, rezeki lagi ... mrs pip tersenarai sebagai salah seorang pemenang segmen blogwalking raya mialiana ☺ .... selain mrs pip, ada 4 lagi pemenang bertuah yang dipilih secara random.org ... thanks so much mialiana, dapat merasa angpow raya RM10.00 dari cik mialiana, semoga murah rezeki cik mialiana kita ni ....


cheers.

Friday, 4 August 2017

Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Anda Para Wanita Part 1

hi there,

kalau minggu lepas mrs pip kongsikan mengenai Wanita Penghuni Neraka, minggu ni terbaca pula tentang pesanan nabi kesayangan kita mengenai kita wanita ... semoga kita sebagai wanita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha untuk sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah (bukan wanita sahaja sebaiknya, tapi juga untuk lelaki, sama sama kita berusaha semuanya untuk berada di jalan menuju ke syurga) ...

kredit: pexels.com
sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita

Wanita adalah permata, wanita juga adalah ciptaan Allah sangat istimewa. Allah bukan sahaja memberi keistimewaan kepada wanita melalui kelebihan-kelebihan tertentu, tetapi Rasulullah s.a.w juga memberi layanan dan perhatian yang lebih kepada kaum wanita.
Malah Rasulullah s.a.w mengkhususkan beberapa pesanan untuk wanita agar menjadi muslimah yang berakhlak mulia dan dicintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya;

#1 – Jadilah Wanita Yang Dinikahi Kerana Agama

Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda;
“Wanita dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Nikahi wanita kerana agamanya,nescaya kamu tidak akan menyesal.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#2 – Jadilah Wanita Solehah

Dari Abdullah bin ’Amr, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Dunia itu adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”Hadis Riwayat Muslim

#3 – Jangan Berhias Secara Berlebihan

Dari Amr bin Sya’ib, dari ayahnya, dari datuknya, sesungguhnya ada seorang wanita mendatangi Rasulullah s.a.w bersama puterinya dan di tangan puterinya itu terdapat dua gelang emas yang tebal. Lalu beliau bertanya kepadanya;
“Apakah kamu mengeluarkan zakat untuk gelang emas ini?” Dia menjawab, ‘Tidak”. Baginda bersabda, “Apakah kamu mahu jika Allah memakaikan kepadamu dua gelang dari api pada hari kiamat?” Dia (perawi) berkata, “Dia pun melepaskan gelangnya itu dan menyerahkannya kepada Nabi s.a.w dan berkata, ‘kedua gelang ini adalah untuk Allah dan RasulNya.”Hadis Riwayat Abu Dawud

#4 – Jangan Tabarruj (Mempamerkan Aurat)

Dari Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah s.a.w bersabda;
“Ada dua penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Satu kelompok yang membawa cemeti seperti ekor sapi, mereka memukulkan cemeti itu kepada orang-orang. Kelompok lainnya adalah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka berlenggak-lenggok, dan kepala mereka miring seperti punduk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wangi syurga, kerana sesungguhnya wangi syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.”

#5 – Berhati-Hati Dalam Memakai Wangian

Dari Abu Musa, Nabi s.a.w;
“Jika wanita memakai minyak wangi, kemudian dia melewati sekelompok (lelaki) agar mereka dapat mencium baunya. Maka wanita itu adalah begini dan begitu (iaitu pezina).”Hadis Riwayat Abu Daud
*Disebut sebagai pezina kerana mengundang syahwat lelaki dan menyebabkan mereka melihat wanita itu.

#6 – Jauhilah Hiasan Yang Dilaknat Rasulullah

Dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata;
“Allah melaknat wanita yang mentatu dan ditatu, wanita yang mencukur alis dan minta dicukur, dan wanita yang mengikir giginya untuk keindahan, serta wanita yang mengubah ciptaan Allah.”
Lalu ucapan Abdullah ini sampai kepada seorang wanita dari bani Asad yang bernama Ummu Yakub dan mendatangi Abdullah bin Mas’ud seraya berkata;
“Telah sampai kepadaku khabar bahawa kamu melaknat ini dan itu.”
Abdullah berkata;
“Apa salahnya aku melaknat orang yang dilaknat Rasulullah dan hal itu terdapat pula dalam kitabullah.”
Wanita itu berkata;
“Aku sudah membaca kitabullah dari awal sampai akhir, tetapi aku tidak menemukan apa yang kamu kata itu?”
Abdullah berkata kembali;
“Jika kamu benar-benar membacanya, pasti kamu akan menemukannya. Apakah kamu membaca (ayat) apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa-apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.”
Wanita itu berkata;
“Ya”
Kemudian Abdullah berkata;
“Sesungguhnya Allah telah melarangnya.”
Wanita itu berkata;
“Sesungguhnya aku melihat isteri dan tetanggamu melakukannya.”
Abdullah berkata;
“Pergi dan lihatlah.”
Lalu wanita itu pergi dan melihatnya, akan tetapi dia tidak mendapati apa yang dia katakannya. Abdullah berkata;
“Seandainya mereka melakukannya, sungguh aku tidak akan berkumpul dengan mereka,’ kata Abdullah.”Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

#7 – Mentaati Suami

Rasulullah s.a.w bersabda;
“Apabila seorang suami mengajak isterinya bersama, tapi dia menolak sehingga suami tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknat isterinya itu sehingga datang waktu Subuh.”Hadis Riwayat Bukhari

#8 – Jadilah Wanita Yang Terbaik

Rasulullah s.a.w bertanya;
“Siapakah wanita yang paling baik itu? Wanita yang paling baik itu adalah wanita yang membuat suaminya senang.”Hadis Riwayat an-Nasa’i

#9 – Menjadi Pemimpin Di Rumah Suami

Dari Ibnu Umar ra, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;
“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya mengenai kepemimpinanya. Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepemimpinanya. Seorang lelaki adalah pemimpin bagi harta-harta ayahnya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#10 – Meminta Izin Untuk Mengambil Barangan Suami

Rasulullah bersabda;
“Tidak boleh bagi wanita memberikan sesuatu kecuali atas izin suaminya.”Hadis Riwayat Abu Dawud

#11 – Jangan Mengingkari Kebaikan Suami

Dari Ibnu ‘Abbas ra, dia berkata. Nabi s.a.w bersabda;
“Neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata kebanyakan penghuninya adalah para wanita yang kufur. Lalu beliau ditanya, ‘Apakah mereka kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab, ‘Mereka mengingkari suami dan kebaikannya. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang dari mereka selama setahun, kemudian dia melihat sesuatu (perbuatan buruk) darimu, maka dia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun dari kebaikanmu’.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#12 – Jadilah Wanita Yang Solehah Untuk Suami

Dari Ismail bin Muhammad bin Sa’ad bin Abi Waqqas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Antara kebahagiaan anak cucu Adam itu ada tiga dan kesengsaraan (juga) ada tiga kebahagiaan. Yang termasuk kebahagiaan anak cucu Adam adalah wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang selesa. Dan antara kesengsaraan mereka adalah wanita yang buruk, tempat tinggal yang sempit, dan kenderaan yang buruk.”Hadis Riwayat Ahmad

#13 – Berhiaslah Untuk Suami

Dari Jabir dia berkata, Rasulullah s.a.w, bersabda;
“Jika salah seorang antara kalian pulang malam (berpergian), maka janganlah dia mendatangi isteri kalian secara mendadak (tanpa pemberitahuan terlebih dahulu) sampai isteri yang ditinggal berpergian itu membersihkan diri dan menyisir rapi rambutnya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#14 – Mintalah Izin Jika Berpuasa Sunat

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda;
“Seorang wanita tidak boleh puasa (sunnah), sedangkan suaminya ada bersamanya (tidak berpergian), kecuali dengan izinnya.”Hadis Riwayat Bukhari Muslim

#15 – Jadikanlah Rumah Tempat Solat Yang Paling Baik

Dari Abdullah bin Suwaid al-Ansari dari Ummu Humaid, isteri Abu Humaid as-Saidi bahawasanya dia pernah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w, lalu berkata;
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin solat bersamamu.” Baginda berkata; “ Aku mengetahui bahawa kamu ingin solat bersamaku. Namun solatmu di bilikmu lebih baik daripada solat di kamarmu. Solatmu di kamarmu lebih baik daripada solatmu di ruangan rumahmu. Solatmu di ruangan rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini.”Hadis Riwayat Ahmad

#16 – Menunaikan Haji Adalah Jihad Bagi Wanita

Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a. Dia berkata;
“Wahai Rasulullah, kenapa kami tidak berperang dan berjihad bersama kalian?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya jihad yang paling bagus (bagi wanita) adalah haji, iaitu haji yang mabrur.”
Hadis Riwayat Bukhari


sekadar untuk berkongsi, semoga bermanfaat

sumber asal : di sini

cheers

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017