5 Sebab Bayi Tidak Perlukan Buaian

Ada banyak jenis buaian yang dijual dipasaran pada masa kini. Boleh lihat pelbagai jenis buaian dijual pada harga yang reasonable dan affordable , boleh tengok platform Shopee dan buat perbandingan harga. 

Antara jenis-jenis buaian yang ada ialah (klik jenis buaian untuk tengok harga)

atau korang boleh klik link utama Buaian Bayi Di Shopee  untuk check harga lain seperti kain buaian baby, harga buaian baby, spring buaian baby. 

Memang banyak sangat pilihan untuk korang pilih mengikut bajet. Dan apa yang aku perasan, sekarang harga baby bouncer tu dah tak semahal harganya seperti 10 tahun lepas (2012).

5 Sebab Bayi Tidak Perlukan Buaian
Kredit Gambar: Pexels


Perlukan bayi dibuai?

Kita raikan perbezaan sesama kita. Ada yang lebih suka anak dibuai kerana anak lebih mudah tidur dan akan tidur dengan dengan waktu yang lama.

Namun ada juga ibubapa memilih untuk tidak membuai anak kerana mahu melatih anak agar boleh tidur tanpa bergantung dengan buaian. 

Aku memilih untuk tidak memberikan buaian kepada semua anak-anak aku. Ini kerana gaya hidup kami di awal perkahwinan yang banyak bergerak ke sana ke mari kerana mengikut suami bekerja. Dan agak sukar bagi aku untuk angkut sekali buaian, jadi eloklah aku biasakan anak-anak tidur tanpa buaian atau ayunan.

5 sebab bayi tidak perlukan buaian

Pendapat Sendiri: 5 Sebab Bayi Tidak Perlukan Buaian 


  • Bayi akan cari tune sendiri untuk tidur

Bagi aku biarlah bayi cari tune sendiri untuk tidur. Letakkan bayi dalam baby cot atau biasakan bayi tidur di atas tilam mereka sendiri.

Lama-lama bila bayi dah biasa dan tahu itu tempat tidur dia, dia akan selesa dan tidur seperti biasa.

Pastikan tempat tidur bayi selesa, bersih dan mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik.

  • Cara saya latih anak tidur secara berdikari

Kenapa aku tolak buaian? 

Kerana aku mahu melatih anak-anak agar tidur berdikari. Selepas mereka menyusu dan tidur nyenak, aku akan letak mereka di atas tempat tidur mereka dan lama lama mereka terbiasa dan akan tidur sendiri.

  • Boleh merosakkan otak

Aku ada terbaca satu kajian mengatakan membuai bayi boleh membawa risiko kerosakan otak.

Walaupun aku kurang bersetuju dengan kajian tersebut kerana ramai bayi yang dibuai tidak berdepan dengan kerosakan otak, namun aku juga berpendapat mungkin kajian tersebut ada benarnya juga cuma peratusan adalah kecil.

Walaupun begitu, aku tetap ada rasa risau terhadap kajian tersebut dan terfikir "what if kalau betul?".

  • Beli rocking chair , alternatif kepada buaian

Aku dan mr.Husband sepakat belikan rocking chair untuk anak dan ada fungsi vibrate, jadi kalau anak meragam bolehlah aku letakkan di atas rocking chair tersebut.

Ini hanyalah alternatif sekiranya anak sukar untuk tidur. Rocking chair ni lebih kurang macam baby bouncer, cuma terus terang aku cakap pengalaman aku guna rocking chair ni, anak hanya guna di bawah umur 6 bulan.

Untuk 6 bulan ke atas, anak dah start pusing kiri dan kanan, kurang selamat menggunakan rocking chair tanpa pemantauan ibubapa atau penjaga.

  • Bayi yang tidur tanpa buaian senang dibawa berjalan-jalan 

Pada pendapat aku, buai atau tak buai bayi tu bukannya satu masalah besar. Dari koranglah nak anak tidur sendiri atau guna buaian.

Tapi macam kitorang yang selalu road trip, so memang dah fikir tak nak buaikan anak untuk tidur untuk mudahkan kitorang road trip ke mana-mana tempat.

Dan tak perlu nak angkut buaian anak ke sana sini seperti yang aku dah jelaskan di atas.

Sebab Bayi Tidak Perlukan Buaian


Yang rocking chair ni jenama Fischer Price, boleh vibrate (guna 1 bateri sahaja). Ni aku beli di kedai. Harga agak mahal juga waktu baru release dulu.

Tapi sekarang harga dah murah sangat. Korang boleh beli di Shopee.



cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

1 Comments

  1. leyla setuju. leyla pon tak plan untuk beli buaian untuk anak. nanti senang nk kemana-mana. tak perlu risau nak angkut buai kesana kemari. leceh jugak kalau xde buai je dia susah nak tidur nnti

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.