test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Sunday, 29 March 2015

Resepi Homemade Aiskrim Coklat Berkeju

hello semua ... beautiful sunday ni ... mrs pip harap everyone ada a very good weekend ...

so hari ni, mrs pip wanna share resepi mrs pip ... ni resepi yang sangat mudah dibuat, lagi best cuaca memang panas nowadays, so memang sedaplah kan kalau dapat makan aiskrim yang yummy and sejuk sejuk masuk tekak ...

homemade aiskrim coklat berkeju

ni aiskrim very the homemade hokey ... takkan dapat di mana-mana kedai atau restoran ... lagi best aiskrim ni takkan cair walaupun setakat masuk kat dalam peti sejuk bahagian bawah , no need to put in the freezer or chiller ...

untuk buat aiskrim ni, mudah sahaja ....

Bahagian A : buat dasar ais krim ( ni pilihan, kalau nak buat boleh, tak buat pun boleh)

p/s: mrs pip ada ambil gambar guna samsung tablet, but samsung tablet tu tetiba unable to charge, so gambar tu unable to attach yer kengkawan since tablet ON switch malfuncion  ...  

bahan-bahan dan cara membuat :-

200 gram biskut marie yang dihancurkan
150 gram planta yang dicairkan

- balutkan lapisan dalam loyang (saiz 26cm) menggunakan aluminum foil
- campurkan biskut marie dan planta, gaulkan hingga sebati dan masukkan ke dasar loyang. 
- tekan campuran tadi hingga padat, dan sejukkan di dalam peti ais

Bahagian B: untuk buat ais krim 

bahan-bahan dan cara membuat :-

- 350 gram coklat masakan yang dicairkan secara double boiling
- 500 gram cream cheese (mrs pip guna jenama tatura)
- 300 gram krimer manis (mrs pip guna susu cap junjung)
- 450 ml whipping cream
- 1 1/2 teaspoon gelatin yang dicairkan di dalam 150 ml air suam

- pukul cream cheese hingga lembut
- masukkan coklat masakan yang sudah dicairkan
- pukul hingga sebati
- masukkan krimer manis dan diikuti whipping cream dan kacau hingga sebati
- kemudian, masukkan gelatin yang sudah dicairkan
- tuang campuran ke dalam loyang yang sudah disediakan dasarnya terlebih dahulu tadi (seperti dalam bahagian A)
- masukkan ke dalam peti sejuk, dan biarkan semalaman

p/s: mrs pip suka jer ais krim yang ada dasar biskut di bawah ni, cos bila makan nnt, ada rasa rangup rangup dan masin masin sedikit, memang awesome! tapi kalau tak buat dasar pun tak apa, just buat ais krim tu jer pun boleh ....


macam ni lah rupa ais krim yang dah siap disejukkan, bolehlah tambah aneka hiasan untuk dimakan bersama aiskrim ni ...

mcm mrs pip, mrs pip tambah a few pieces of NIPS chocolate dan juga blueberry filling (yang nips warna oren tu duduk kat atas jem blueberry la tu) ... mrs pip pakai a real blueberry filling yang pakai untuk cake filling ....

so, selamat menjamu selera ....

p/s: boleh makan aiskrim berulang kali memang puas hati!  .... ngee ....



No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017