test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 14 May 2015

Goodbye my grandma #ALFATIHAH


It was a sad moment to me .... my grandma passed away this morning 14.5.15 .... bercakap tentang iyang (panggilan untuk nenek), yang selalu ada di dalam memori mrs pip, iyang seorang yang sangat lemah lembut, tidak pernah sekalipun mrs pip dengar dia melenting, tinggi suara atau marah marah ... tidak juga pernah mrs pip dengar dia mengata orang, dan dia selalu berkata yang baik baik tentang semua orang disekelilingnya .... dan iyang sangat mudah didampingi oleh semua cucu cucunya ...

iyang sudah sakit agak lama, kejap baik kejap sakit .... dan minggu lepas adalah keadaan yang paling kritikal bagi iyang, dan saat yang paling nervous untuk seluruh keluarga iyang ... dan mrs pip pasrah dengan suratan allah, akhirnya iyang kembali menemui RabbNya ...

dia seorang nenek yang sangat baik, sentiasa menyokong mrs pip, sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun sudah tua ...rambutnya lebih banyak yang hitam berbanding uban putih walaupun usianya 90 tahun .... pernah mrs pip bertanya apa rahsia rambutnya hitam, licin, berkilat dan lebih sihat berbanding kita kita yang berusia sekitar 30an ni .... iyang bagitau dia guna minyak kelapa ....

mrs pip terasa kehilangannya, dia wanita yang hebat, dia ibu yang hebat dan nenek yang hebat ... sekarang apabila iyang pergi, mrs pip tertanya tanya, bagaimana dengan atuk? apa atuk boleh menerima kepergian iyang? iyang adalah cinta mati atuk, mereka sentiasa bersama, mereka contoh kepada kami betapa mereka bertahan dengan perkahwinan mereka, menjadi suami isteri yang baik, menjadi sahabat sesama mereka ... 


iyang dalam kenangan, 
ketika menghadiri majlis pernikahan mrs pip three years ago
and next to her is my pakcik bongsu

iyang, damailah di sana ... iyang sentiasa dalam ingatan .... alfatihah.

No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017