test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 21 July 2016

10 perangai pelik orang obses pada sesuatu

hi there,

fuh, manusia ni ada macam macam jenis kan ... yang biasa biasa hinggalah yang luar biasa, tak ketinggalan juga yang super pelik ! ada juga yang obses dengan sesuatu sampai hidup tak sempurna kalau yang dia obses tu dia tak dapat nak buat , phew!

 Asha, sangat obses untuk menyimpan rambut .... 25 tahun tak potong rambut! boleh tahan juga dia ni .. kalau mrs pip la kan, memang tak larat dah rambut mcm ni, setakat kat paras pinggang tu boleh lagi diterima T_T

Juga di kenali sebagai 'Mr.Cobra' atau 'Black Rapunzel' , Asha menggunakan 25 botol syampu sebulan untuk menjaga kebersihan rambutnya ... pftt ....

nak tengok cerita Asha, ni video dia ... saksikan sendiri ...


siapa yang suka hidu diapers penuh air kencing kemudian boleh chew pula mcm gula gula getah? yuck it is suck ... tapi lain pula dengan si Keysha ni, kalau boleh lagi kuat bau air kencing tu lagi best katanya, mcm gula gula masam (sour candy) konon ...

alahai, kalau kita ni berjiran, senang mrs pip tak perlu susah susah buang diapers anak anak, letak kat rumah keysha ni jer la nampaknya ... hidu puas puas ...

dia dapat diapers tu pun dari kengkawan dan strangers ... punyalah obses nak mencium diapers kan ...

nak tengok cerita pelik Keysha, layan kat sini


haish, ni makcik Margaret lagi satu ... orang lain kalau boleh tak nak kena sengat lebah kan ... dia ni terbalik la pula ... kononnya dia biarkan diri dia disengat untuk kurangkan sakit arthritis dia tu, pulak dah ...

siap suami dia ni bagi support dan siap ada sarang lebah letak di rumah ... haish, tak nak aku berjiran dengan makcik Margaret ni, silap haribulan aku pun boleh kena sengat ... ingat tak sakit eh kena sengat lebah ...

layan ja la cerita makcik Margaret tu kat sini ....


eh eh, budak Allison ni ... orang lain kunyah gula gula getah, yang kau ni kunyah hirisan tayar ... hurm .... siap boifren dia yang kerja di kilang tayar bawa balik hirisan tayar buat stok ... punyalah nak support habit girlfriend dia kan ... hish, tak baik untuk kesihatan la Allison ...

klik la sini kalau nak tengok si Allison tu kunyah hirisan tayar ...


haha, yang Robert ni pula suka sangat makan beg plastik ... wowzer, bagus juga ni untuk kurangkan pencemaran alam sekitar ... asal ada beg plastik ja, dia makan .... nnt mrs pip bagi beg plastik extra yang tak guna tu eh, mrs pip pun ndak tau mau buat apa dgn stok beg plastik yang banyak kat rumah ni T_T hehe ...

Robert mula makan beg plastik ni ketika berumur 7 tahun, mak oiiii lamanya dah start perangai pelik ni ....

klik sini untuk tengok cerita Robert ...

 ada juga orang yang sungguh obses dengan kereta ... ni obses hinggakan ada hubungan intim tau ..bukan obses biasa biasa jer ... sungguh mrs pip pun rasa segan nak cerita tahap obses lelaki yang bernama Nathaniel ni ....

dan nama kereta dia ni Chase ... sungguh bertuah la Chase ni dapat tuan yang terlebih penyayang ..kang nnt Nathaniel kawin dengan Chase, kat sebelah mana nak bagi pakai wedding ring tu eh Nathaniel?

korang tengoklah cerita dia kat sini ....


yang ni Lisa ... obses makan bulu kucing .... ni korang kalau berjiran dgn si Lisa dan korang ada kucing peliharaan, make sure jangan bagi Lisa ni pegang ... obses dia lain sikit, mula mula pegang pegang then cium cium dan jilat jilat dan last last dia makan bulu kucing tu! botak la bdan kucing korang nnt ... yewwww, gross

layan cerita Lisa kat sini ....


sob sob .... cian kat lelaki bernama Davecat ni .... orang lain serius nak cari pasangan wanita, tapi dia cuma perlukan patung bersaiz orang sebenar untuk dijadikan pasangan hidup ... dorang pun dah nak celebrate 15 anniversary tau ... gila ke apa ni?

patung ni direka oleh Abyss Creation, menyerupai hampir wanita sebenar ... hahaha, ni patung sex la , tapi Davecat tak ada hubungan seintim itu dengan patung ni ... opsie, nama patung ni Sidore .. doa jaga cukup baik ... tapi kalau dia nak hubungan intim, dia ada satu lagi patung bernama Elena ...

ye lah, doll love lasts forever la tu ....

klik sini untuk lihat cerita yang lebih lagi tentang Davecat dan patung kesayangannya ...


yang budak ni nama Mark, dia bersahabat naik dengan 15 belon 'inflatable' kepunyaan dia ... dia makan tidur tengok TV dengan kesemua belon dia ni ... hua hua hua .... napa ni Mark? no friends or what?

difahamkan, Mark membesar bersendirian kerana ibunya mengalami mental illness ... cian cian cian ...

klik di sini untuk tengok cerita Mark dan sahabat sahabatnya yang cute ...


yang ni Jennifer ... dia obses nak makan tilam ... wah, korang jgn la tidur sebelah Jennifer ni, kang tak pasal2 habis tilam korang dia kunyah ....

sedap sangat ka tilam tu Jennifer? orang lain sorok cookies, ni family member dia kena sorok tilam!

tengok cerita lanjut Jennifer kat sini ....


kadang kadang, memang tak nak percaya dengan benda benda mengarut macam ni, tapi eh ni happen in real life ! haish, sukar otak nak serap perangai pelik dorang ni ....

kalau korang nak tengok himpunan perangai - perangai pelik orang yang obseskan sesuatu , korang KLIK DI SINI


No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017