test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 1 September 2016

Perangai di meja makan

hi there,

how's everyone weekend + merdeka public holiday?

mrs pip stay at merphinhouse ja yang merdeka holiday tu with the kids, while mr.Husband kluar fishing. quite sometimes juga mr.Husband tak pergi memancing.

once in a while, mrs pip and mr.Husband makan di luar , bawa sekali lil' armies ni. memang enjoy la kan sekali sekala tukar selera menu makan, bukan bosan makan di rumah, tapi kalau ada extra rezeki apa salahnya belanja family member makan luar T_T.

tapi mrs pip lebih suka tapau ja makanan kegemaran kitorang, then lebih seronok kalau dapat makan mcm ala-ala piknik , dekat tepi pantai, dekat playground , etc berbanding kena duduk makan dalam restoran.

bukan tak suka makan dalam restoran, tapi anak anak mrs pip ni kan, alau duduk dalam restoran, the first 10 minutes tu dorang behave baik sangat, tapi lepas tu, sukar untuk dikatakan.

biasanya , mrs pip akan layan lil' Amin dan mr.Husband akan layan lil' Iman. why? kerana lil' Amin ni kalau dia start feeling2 nak jadi mischievous , mrs pip akan jadi mummy ala ala 'singa' , siap suara kena kasi GARANG sikit, and kalau panggil nama lil' Amin tu perlu guna CAPSLOCK dan tanda seru A.M.I.N !!! gitu.

lil' Iman pula, kalau mr.Husband cakap duduk elok elok, dia duduk la elok elok, kalau mr.Husband cakap makan, dia makan pun sopan ja ... tapi tu bukan selalu dia behave elok mcm tu, kalau angin KUSKUS dia datang, sama ja mcm lil' Amin, sukar untuk dikawal. kejap nak itu, kejap nak ini, kejap nak minum, kejap tak nak makan ketip mulut rapat rapat , haish! tu belum lagi kalau ada minuman tumpah or makanan bersepah. sabar ja la ;(


kadang kadang, buat mrs pip hilang mood untuk terus makan coz anak anak dah berperangai. mcm rasa nak cepat cepat beredar ja padahal makanan belum habis dimakan ... dilema la juga. 

eh, lil' Iman dan lil' Amin ja ka mcm ni? or anak anak mak mak sekalian yang baya baya lil' Iman dan lil' Amin pun berperangai mcm ni? ... banyak kali cakap dengan budak berdua ni supaya dorang behave di restoran, mula mula tu dorang angguk angguk je la, lepas tu lupa la tu apa yang mrs pip pesan awal awal before masuk restoran.


kadang kadang tu, baik lil' Iman mahupun lil' Amin, dorang ni suka la panjat duduk atas meja. grrrrr, dorang ingat meja tu mcm padang permainan , grrrrrr ......


lain kes pula, kita dah siap siap orderkan makanan dorang kan, tapi makanan mrs pip atau mr.Husband juga yang dorang mahu ... kita kekadang order masakan yang agak spicy or mmg tak sesuai untuk budak berdua ni makan, tapi makanan yang bukan untuk dorang juga lah yang dorang nak!


kalau kita tak layan request dorang, mulalah ada yang tunjuk 'protes' , tak nak duduk elok elok dalam baby chair, nak try rebut makanan mrs pip or mr.Husband. huhuhu.

mcm kes recently, mrs pip suapkan lil' Amin makanan. semangat lil' Amin makan time tu. lil' Iman pula mr.Husband yang layan. lil' Iman tak nak makan once dia tengok order minuman dah sampai. dia nak minum habiskan minuman kegemaran dia tu which is cincau susu.

lil' Amin mula mula ja la makan dengan sopan, aftr few bites , dia pun sibuk nak minum. bukan sekadar minum guna straw hokey, kalau boleh gelas minuman tu dia yang pegang as if dia ni adult. lil' Iman pula kalau mr.Husband suapkan makanan, banyak sangat songeh tanya itu ini , bukan nak makan terus. nasib baiklah mr.Husband ni tahap sabar dia tinggi. kalau mrs pip, memang surrender la nak bagi lil' Iman makan.

lil' Amin pula, kita tak bagi dia gelas minuman tu, mulalah grumpy nak kluar dari baby chair, haish! ... mrs pip try calm down kan lil' Amin, mcm mcm la dia nak, kejap nak sudu plastik yang kacau minuman tu lah, kejap nak tisu la, kejap nak sup tak nak mee goreng, kejap nak mee goreng tapi kalau kita suapkan dia tak nak ....

lil' Iman pula sambil makan, sambil nak kutip tisu yang jatuh di lantai lah, kejap cakap nak kutip ntah apa apa yang dia nampak at lantai tu, walhal bukan ada apapun di lantai tu ... eeeeiiiii , saja ja buat hal ... 

maybe, budak budak memang mcm tu kot, susah sangat nak behave di meja makan, lagi lagi kalau makan di luar.

ada tips tak how to make the kids behave di meja makan?

taknak mengeluh, tapi seriously kekadang perangai budak budak berdua ni buat mrs pip sweating juga di meja makan. tu belum masuk bab hati resah takut pinggan / cawan pecah, tak pasal2 kita kena bayar ganti pula ...

tak bawa makan di luar salah, once dah bawa, sukar pula nak kawal . hurmmmm.


No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017