test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Sunday, 7 May 2017

Pertama kali makan aiskrim!

hi there,

what kind of mom are me?

lil' Iman sudahpun berusia 4 tahun, manakala lil' Amin berusia 2 tahun 6 bulan .... dan selamaour lil' armies ni membesar, tidak sekalipun mrs pip mahupun mr.Husband berikan anak anak ni aiskrim! huh ;( .... kononnya, prinsip kitorang ni nak anak anak makan makanan berkhasiat dan elak anak anak makan junk food.

a good friend of mrs pip told me once, anak anak bila dah masuk sekolah, mmg sukar untuk kita tegah makan junk food, kalau kita tak beri pun, tapi di sekolah mereka pasti akan tahu junk food ni juga ... they will know it through their friends ...

tahun tahun berlalu, lil' Iman pun dah masuk playschool .... so one day, our Iman came home from school, mrs pip tengah masak petang tu di dapur, lil' Iman masuk dapur dan cakap "mommy, mommy, see mommy ... Iman makan aiskrim macam ni", sambil tunjuk aksi makan aiskrim kon ...

and me like ..."what?" ... "Iman ada makan aiskrim di sekolah?" .... risau tak bertempatkan mrs pip ni! .... Iman jawab "Iman nampak di TV" .....


that nite, mrs pip bagitau mr.Husband aksi lil' Iman makan aiskrim ... mr.Husband cakap, eloklah kita yang bagi mereka rasa makan aiskrim berbanding kelak dorang rasa dari orang lain .... mr.Husband cakap lagi, anak anak dah besar, no harm juga kalau sesekali bagi mereka junk food, tapi jangan sampai budak budak ketagih dah lah ....

kali pertama makan aiskrim

jadi, di suatu petang yang indah, kitorang pun bawa budak berdua ni keluar beli barang dan terus beli satu pek aiskrim ;) .... kemudian singgah pergi pantai, tapi tak kluar kereta pun, just lepak dalam kereta saja lah , sambil makan aiskrim bersama anak anak  ....

cuba teka apa perasaan budak berdua ni yang pertama kali diberikan aiskrim?

aksi lil' Iman bila dapat suapan pertama 
dan kemudian suapan suapan seterusnya ....

waktu mr.Husband bagi suapan aiskrim ni, terlupa pula nak ambil video budak2 ni :( ... tapi memang kelakar budak berdua ni makan aiskrim, budak 1st time merasa , ekspresi wajah mereka agak lucu pul mrs pip tengok ...

"ermmmm, sedap daddy, memang sedap.... Iman mau makan lagi" ....

"daddy, sedaaaaaaaaaaaaaappppppppppppppppnya"

"yummy"


petang tu, selain makan aiskrim, mrs pip siap sedia bawa keropok goreng dan sedikit kuih muih yang mak mertua beli di pasar tamu dan bagi untuk anak anak makan :)).... thanks mak mertua.


macam tu lah ayat2 yang keluar dari mulut lil' Iman ... manakala lil' Amin pula lepas makan tu, terus duduk diam .... then lama juga baru dia berbunyi ....

"daddy, apa ni?" ...

"aiskrim kah?"

"ermmmm, sedap .... boleh Amin makan lagi?" ....

dah habis makan keropok, kuih muih dan aiskrim tu, anak anak pun kekenyangan dan yang pasti, anak anak gembira sangat dapat makan aiskrim ....

so little kids , time to go home!

sepanjang perjalanan, lil' Iman tak habis habis bercerita pasal aiskrim, dan tanya berulang kali bila lagi dapat makan aiskrim. muehehe T_T

next time ya sayang. next time mommy dan daddy bawa Iman n Amin makan aiskrim lagi ... insya allah .... and guess what, malam tu anak anak demam batuk dan selesema !

mr.Husband and mrs pip saling berpandangan ... hurm! penangan aiskrim la ni.

sehingga di lain kali, mungkinkah ada aiskrim lagi untuk kali ke-dua?

cheers.


No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017