test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Wednesday, 26 July 2017

Drama Bunga-Bunga Jodoh; Fathia Latiff X Aiman Hakim Ridza

hi there,


mrs pip terjebak menonton telemovie di youtube. banyak pilihan menarik untuk ditonton, thanks to all uploader, korang memang the best rajin upload segala videos ... jadi cuma perlu sit back and tonton dengan tenang *only when the kids went to bed ya* ....

telemovie BUNGA BUNGA JODOH ni dah quite lama, terbitan tahun 2013 kalau tak silap, dan dibintangi oleh Fathia Latiff, Aiman Hakim Ridza, Azhar Sulaiman dan beberapa barisan pelakon lain.

photo: kredit Google

kalau korang mencari telemovie yang ada sense of humor, tak membosankan, jalan cerita menarik, ada scene sweet romantik yang just so-so dengan rasa menyampah sedikit, dan family bonding , korang bolehlah layan telemovie ni ...

gandingan Fathia dan Aiman Hakim dalam telemovie ni memang sesuai ... dengan watak Fathia sebagai Dee yang clumsy, manakala watak Aiman Hakim sebagai Zahir yang sentiasa cool dan bertanggungjawab, tak jemu tengok telemovie ni.

  

sedikit sinopsis bunga bunga jodoh:-

Dee bercinta dengan bosnya sendiri bernama Wan Hanafi (dilakonkan oleh Azhar Sulaiman), dan percintaan mereka sudahpun menjangkau dua tahun, namun selama mereka bercinta, tidak sekalipun Wan Hanafi melawat dan berkenalan dengan ibubapa Dee. Zahir pula seorang anak muda yang bertanggungjawab, bekerja dan menjaga ayahnya dengan penuh kasih sayang ...

pertemuan mereka yang pertama di sebuah kedai kek ketika Zahir sedang mengisi crosswords sambil menunggu client, pertemuan kedua ketika Zahir secara kebetulan yang merupakan interior designer datang ke pejabat Dee untuk bertemu dengan Wan Hanafi untuk berbincang tentang konsep interior design yang telah direquest oleh Wan Hanafi, dan pertemuan ketiga ketika Dee sedang menangis di depan kedai kek ...

dalam setiap pertemuan tersebut, ada saja perkara yang berlaku. pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka menjadi akrab, dan dipendekkan cerita, akibat kecurangan Wan Hanafi, akhirnya Dee berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga Dee ...

rasanya korang dah boleh agak, lelaki tu Zahir kan ... muehehe ... tapi yang bestnya, Dee tak tahupun lelaki yang dipilih oleh ibubapanya ialah Zahir ... dan Zahir pada mulanya menolak wanita pilihan ayahnya, namun setelah mengetahui wanita tersebut ialah Dee,  maka Zahir menerima Dee.

part yang paling best dalam telemovie ni kan, dalam banyak2 scene ialah scene paling akhir, scene Dee dan Zahir buat kek red velvet .... nak tahu apa yang best sangat ttg scene tu, kenalah tengok sendiri ...

thanks for reading.

cheers.

4 comments:

  1. eeh rasa nak pula pergi cari kat utube tu hehe..

    ReplyDelete
  2. Cantik kan Fathia ni, pakai tudung sudah dia kan..suka día berlakon memang best

    ReplyDelete
  3. Lama saya tak ikut drama telemelayu nie..

    ReplyDelete
  4. Macam sweet sangat je bila baca review mrs pip nie..

    ReplyDelete

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017