test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Saturday, 18 April 2015

Tips kebaikan susu ibu dan petua membanyakkan susu badan


chipumpum belajar untuk menggunakan susu botol 
at the age of 5 months, but still using breastmilk yang mrs pip pumped daily

pengalaman tidak mampu menyusukan gummypie (mrs pip 1st son) secara eksklusif at least for the first 6 months after born memang mengajar mrs pip untuk lebih bersedia untuk kelahiran yang akan datang .... mrs pip still can't forget the sadness apabila failed untuk bagi gummypie menyusu badan pada waktu itu ... 

mrs pip rasa almost every mom yang tiada masalah kesihatan pasti teruja untuk memberikan susu badan pada bayi mereka yang baru lahir, kemudian diteruskan selama enam bulan dan insya allah kalau dimurahkan rezeki sehingga anak berusia 2 tahun ....

mrs pip pun pasti setiap ibu ibu yang mengandung diberi penerangan tentang kebaikan susu ibu ni kan ... jom kita sneak peek sedikit kebaikan susu ibu ni, kot kot lah ada yang terlupa ...

kredit: Google

kebaikan susu ibu ....
  • kolostrum yang terdapat pada susu ibu di awal pengeluaran ketika bayi baru lahir amatlah penting kerana kolostrum ini meningkatkansistem imuniti bayi .... ianya melindungi bayi daripada jangkitan cirit birit, selsema, radang paru paru dan lain lain
  • susu ibu mempunyai nutrien yang baik untuk perkembangan otak
  • susu ibu diperolehi pada suhu yang betul pada setiap masa
  • susu ibu mencegah alahan seperti asma, dan mencegah kolik bayi
  • ketika proses penyusuan berlaku, ianya membantu mengecutkan rahim, dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin
  • membakar kalori dan membantu badan ibu ibu kembali kepada bentuk asal
  • mengurangkan kanser payudara dan ovari
  • dan yang tidak kurang pentingnya, menjalinkan kasih sayang antara ibu dan anak

ketika mengandung anak kedua, which is our chipumpum, mrs pip sentiasa berdoa agar mampu menyusukan chipumpum secara eksklusif untuk 6 bulan dan kalau ada rezeki sehingga berusia 2 tahun.

mrs pip memastikan air susu sentiasa mencukupi dengan mengamalkan petua petua yang ada *petua ni mrs pip amalkan juga ketika menyusukan gummypie, namun time gummypie, petua ni nampaknya tidak berjaya, but still mrs pip tidak putus asa*

ni antara petua yang mrs pip amalkan ketika berpantang untuk mendapatkan susu badan yang cukup dan still amalkan till today though pantang dah habiskan, chipumpum pun dah 5 months old ...

kredit: Google

petua untuk membanyakkan susu badan ....
  • minum air yang banyak
  • minum sup sayur / sup ikan / sup ayam / sup daging atau sup kegemaran setiap hari
  • elakkan stress
  • bersenam jika ada kesempatan (mrs pip just do light exercise jer at home)
  • makan makanan yang penuh khasiat >>>>> seriously segala mee segera, ajinamoto mmg kena banned di rumah mrs pip by mr.Husband
  • makan byk sayur bayam, atau sayuran hijau
  • mengambil multivitamins >>> terutamanya tablet zat besi coz mrs pip ni mmg mengalami zat besi very low level dalam badan
  • since now dah ada breast pump, so mrs pip berusaha pump breastmilk untuk simpanan pada masa depan, moreover pumping breastmilk mampu menggalakkan pengeluaran air susu 

untuk ibu ibu sekalian, jangan mudah putus asa dalam memberikan susu ibu kepada bayi kalian ... however, when you reach at one point your breastmilk no longer can produce milk, never feel bad about it ... i've been there too, klik sini the previous entry ... but at least you've tried your best as a mom kan ...

n to mommies yang sedang dilemma antara beli pam susu atau tak, mrs pip pun pernah berada dalam situasi mcm ni, but end up mrs pip beli juga, tapi after chipumpum 5 months old ... frankly, mrs pip regret tak beli awal ... kalau beli awal at least mrs pip can have hundreds of stock kan ...

but one thing yg mrs pip tak regret, when mrs pip beli pam susu elektrik, walaupun it's a bit expensive *some said it's expensive* at cost of rm250 from lazada (klik sini from previous entry), but mrs pip sangat gembira dapat pam susu n stok kan untuk chipumpum .... lagipun pam susu ni didatangkan sekali dengan pam manual , very the best!

kredit: disini

for muslim mommies, jom amalkan doa di atas,
insyallah kita dirahmati allah swt, amin.

 to all mommies, happy parenting .... 

No comments:

Post a Comment

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017